Responsive Ad Slot

Slider

PERBEZAAN SKIM PELUPUSAN KERETA DIANTARA PROTON EDAR DAN PERODUA

PERBEZAAN SKIM PELUPUSAN KERETA DIANTARA PROTON EDAR DAN PERODUA

1. PERSAMAAN SYARAT-SYARAT SKIM PELUPUSAN PROTON & PERODUA

a) Kenderaan pelbagai model dan buatan diterima tetapi mesti berusia 10 tahun atau lebih dari tahun diperbuat
b) Kenderaan harus berdaftar di Malaysia
c) Tiada hak milik dituntut oleh institusi kewangan atau tiada apa-apa cagaran kewangan
d) Tiada apa-apa saman, senarai hitam, perintah mahkamah, kes polis- Pelanggan harus mendapat kelulusan dari badan-badan kerajaan (JPJ/PDRM)
e) Mesti mempunyai cukai jalan yang sah


2. PERBEZAAN SYARAT-SYARAT SKIM PELUPUSAN

a) HAKMILIK.
PROTON mewajibkan pemilik sah kenderaan yang hendak dilupuskan, telah berdaftar lebih pada 6 bulan dan di rekodkan dalam kad pendaftaran kenderaan.
PERODUA meluluskan semua kenderaan berusia 10 tahun atau lebih (dari tahun diperbuat) dengan syarat pemilik yang direkodkan di kad pendaftaran kenderaan berdaftar sebelum tarikh 10 March 2009.

b) KEADAAN KERETA.
PROTON hanya menerima kereta yang boleh dipandu ke hadapan dan pandu undur (reverse) sekurang-kurangnya sejauh 20 meter.
PERODUA menerima kereta yang boleh dipandu masuk ke atas lori pengangkutan kenderaan.

c) PENDAFTARAN PERSENDIRIAN.
PROTON tidak membezakan kereta yang didaftar untuk kegunaan persendirian atau perdagangan.
PERODUA tidak menerima kenderaan yang didaftar di bawah pendaftaran perdagangan.

d) PINDAH-MILIK SKIM PELUPUSAN.
PROTON tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bertulis yang membenarkan pindah-milik RM5,000 dibawah skim pelupusan kereta kepada sesiapa kecuali pemilik berdaftar.
PERODUA membenarkan secara bertulis pindaan baucer dibuat kepada saudara terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak-beranak dan adik-beradik.

e) JUMLAH YANG DITAWARKAN UNTUK PELUPUSAN KERETA.
PROTON menawarkan RM5,000 kepada pelanggan bagi melupuskan kereta lama untuk membeli sebuah kereta Proton yang baru walaupun harga pasaran kenderaan yang hendak dilupuskan melebihi atau kurang dari jumlah yang ditawarkan.
PERODUA pula menawarkan jumlah maksima sebanyak RM5,000 bagi pelupusan kereta. Jumlah maksima itu bergantung di atas jenis, model dan harga kereta baru yang hendak dibeli pada masa tawaran dibuat.

f) TEMPOH SAH BAUCER DISKAUN
Apabila skim pelupusan diluluskan, baucer RM5,000 akan dikeluarkan dan boleh ditebus untuk membeli sebuah kereta baru PROTON atau PERODUA.
Baucer PROTON sah laku untuk jangkamasa 3 bulan. Baucer mesti ditebus dalam tempoh sah laku itu, tetapi tempoh sah itu akan disambung jika jenis/model kereta yang dtempah masih tidak diperolehi.
Baucer PERODUA pula, hanya sah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan PERODUA berhak mengenakan caj tambahan walaupun kereta yang ditempah tiada dalam stok.


3. SYARAT-SYARAT LAIN YANG HANYA DIKENAKAN OLEH PROTON SAHAJA

PERODUA tidak mengenakan apa-apa syarat lain selain dari syarat yang disebut di perenggan 1 & 2 di atas. Syarat-syarat lain yang HANYA dikenakan oleh pelanggan PROTON dan MESTI DIPATUHI adalah syarat Pemeriksaan fungsi dan Pemeriksaan alatan.

(a) Pemeriksaan Fungsian

i- Sistem pencucuhan yang aktif, enjin boleh dinyala dan dipadamkan tanpa bantuan bateri luaran (ignition).

ii- Pemanduan – kereta boleh dipandu ke hadapan dan pandu-undur sekurang-kurangnya sejauh 20 meter.

iii- Sistem Gear masih berfungsi dan dapat menggerakkan semua gear.

iv- Injak-injak (Pedal) , cekam (Clutch), brek (Brake) dan pemecut (Acclerator) masih berfungsi.

v- Brek Tangan ( Hand Brake ) masih ada dan berfungsi.

vi- Pemanduan tidak terjejas oleh kerosakan pada bahagian badan kereta, steering atau suspension.

(b) Pemeriksaan Alatan

i- Pintu – semua pintu masih ada dan lengkap.

ii- Hud (bumbung) – masih ada dan lengkap

iii- Papan pemuka (Dash Board) - masih ada dan lengkap

iv- Tempat Duduk (Seat) – masih ada dan lengkap

v- Injak-injak dalaman ( Interior Pedals ) – masih ada dan lengkap

vi- Badan Kereta – masih ada dan lengkap

vii-paip eksos – masih ada dan berkeadaan baik

viii-Lampu depan – satu lampu masih ada

ix- Lampu belakang – satu lampu masih ada

x- Lampu brek – satu lampu masih berfungsi

xii-Tingkap – semua tingkap masih sempurna

xiii-Brek tangan ( Hand Brake ) – masih ada


4. Tempoh KELULUSAN untuk permohonan pelupusan kereta dijangka memakan masa di antara 2 minggu sehingga 4 minggu bagi pelanggan PROTON dan 4 minggu hingga 6 minggu bagi pelanggan PERODUA.

.
15
( Hide )
  1. kereta lama kena hantar PUSPAKOM ke??

    ReplyDelete
  2. kalau kereta tak lulus PUSPAKOM boleh dilupuskan?

    ReplyDelete
  3. bleh tanya..yg kt atas tue mmg comform ek itu je syarat2 yg proton nk utk lupus kereta lama?

    ReplyDelete
  4. Azizee,
    Yes, itu saja syarat yang diperlukan untuk melupuskan kereta

    ReplyDelete
  5. lepas hantar kereta utk scrap...kena isi form utk tebus baucer?

    ReplyDelete
  6. bley tanye skit tak??
    kete saya atas nama sedara...mase beli tu tak buat pindah milik...
    kalau nak wat pelupusan die yang buatkan pastu voucher rm 5000 tu bley pindahkan kat saya tak?sebab saya nak beli kereta proton saga baru.

    ReplyDelete
  7. bley tanye skit tak??
    kete saya atas nama sedara...mase beli tu tak buat pindah milik...
    kalau nak wat pelupusan die yang buatkan pastu voucher rm 5000 tu bley pindahkan kat saya tak?sebab saya nak beli kereta proton saga baru.

    ReplyDelete
  8. bley tanye skit tak??
    kete saya atas nama sedara...mase beli tu tak buat pindah milik...
    kalau nak wat pelupusan die yang buatkan pastu voucher rm 5000 tu bley pindahkan kat saya tak?sebab saya nak beli kereta proton saga baru.

    ReplyDelete
  9. al alief,

    voucher yang dikeluarkan diatas nama pemilik kenderaan yang dilupuskan hendaklah digunakan oleh pemilik kenderaan atau the next of kin. ianya tidak boleh dipindah milik.

    armin

    ReplyDelete
  10. Tanya skit...
    Ada ke syarat kereta yg nak dilupuskan tu jenis proton/produa, atau semua jenama kereta boleh sertai skim ini??? trm ksh

    ReplyDelete
  11. semua kereta yang berusia lebih pada 10 tahun boleh di lupuskan (semua jenama kereta) tetapi voucher RM5,000 itu hanya boleh di gunakan untuk membeli kereta proton atay perodua sahaja.

    terima kasih

    ReplyDelete
  12. saya nak tanya la kan...
    tarikh tamat unutk menerima peleupusan kereta lama ni bila...?
    abb ayah saya nak buat pelupusan tetapi ada pihak meyatakan tarikh tamatnya pada 6hb 11 ni...
    adakah betul keyataan tersebut..?

    ReplyDelete
  13. SMD,

    betul, skim pelupusan kereta proton akan tamat pada hari jumaat 6 november 2009, bermakna, segala permohonan harus dibuat pada atau sebelum tarikh berkenaan. harap maklum.

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Saya nak tanya, kalau saya nak check status kereta yg nak dilupus (semua dokumen dah diserahkan kpd salesman proton untuk diuruskan), kat mana saya nak check?...samada dah diluluskan atau belum.. Website atau phone number?(Salesman tu kata bila semua siap nanti, dia akan bagitau. Tapi saya tak puas hati dgn jawapan dia. Hari ni pun dah 10hb Nov, sedangkan Skim Pelupusan Proton tamat 6hb Nov. So nak check sendiri status kereta lama yg nk dilupuskan tu)..Thanks.

    ReplyDelete

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo