Saturday, 2 May 2015

KHAS UNTUK SEMUA PENGUSAHA-PENGUSAHA BENGKEL KERETA OEM DAN BENGKEL KERETA BEBAS

Saya cukup faham masalah masalah mengusahakan bengkel kereta samada bengkel kereta OEM seperti pusat servis kereta Proton Edar dan juga bengkel kereta bebas seperti rangkaian 43 pusat servis Fasfik yang pernah saya terajui beberapa tahun lepas. Dalam beberapa industri yang saya ceburi, industi otomotif ialah industri yang paling saya minat bukan kerana keuntungan yang tinggi tetapi kerana cabaran industri otomotif ini semakin hari semakin mencabar!

Diantara masalah utama ialah dari segi pekerja. Pekerja yang mempunyai sijil atau seorang graduan yang berpengalaman amat susah untuk diambil bekerja. Gaji pun kenalah setaraf dengan kelulusan dan pengalaman. Yang menjadi beban, apabila kita dapat mencari pekerja yang amat bagus tetapi bengkel kita pula kosong tiada pelanggan. Pelanggan pusat servis kereta ini mengikut musim. beberapa minggu/hari sebelum musim perayaan atau cuti am, memang bengkel akan penuh. Kalau tak, mekanik kat kedai duduk terlopong, sibuk menyapu dan meluangkan masa main handphone; tak ke rugi?


Masalah mengendalikan pusat servis OEM seperti Proton Edar pula, alat-ganti tulen kena beli dan simpan dalam stok. Kalau tak simpan dan nak beli hanya apabila ada pelanggan, harga kos alat-ganti menjadi lebih tinggi. Bila simpan stok, kewangan kita pulak ketat. Situasi menjadi lebih parah kalau stok yang dibeli tidak dapat dijual dan tersimpan dalam bilik stor berbulan bulan atau mungkin bertahun. Kadang kadang duit keuntungan langsung tak ada, semua habis beli dan simpan stok. Kalau beli dengan kredit, nanti interest pula kena bayar atau akaun kredit kena blok apabila tempoh kredit telah tamat dan stok alat ganti tidak dibayar kerana stok alat ganti itu tidak dapat dijual. Kalau bengkel kita sentiasa tidak putus dengan pelanggan, masalah ini dapat di elak.



Nak melariskan jualan, beribu-ribu ringgit bajet setiap bulan habis untuk masuk iklan dalam siber atau majalah dan surat khabar. Hasilnya, kadang kadang ada tetapi nisbah peratusan peningkatan pelanggan dan bajet pengiklanan tidak memadai. Kadang kadang rugi pun ya. Semasa era Fasfik dahulu, kita membelanjakan hampir RM1 juta setahun untuk mengiklan dalam radio dan majalah majalah. Kos pengiklanan sebenarnya, memang tak masuk akal.

Kadang kadang terfikir juga nak buka kedai hari Ahad.  Kalau buka, kena bayar gaji lebih untuk
mekanik bertugas tapi kalau langsung tak ada pelanggan, adoiii rugi !!

Dalam pengalaman saya mengusahakan bengkel kereta Proton Edar dan juga rangkaian Fasfik,
pelbagai cara dah saya cuba untuk meningkatkan lagi prestasi jualan. Saya juga pernah buka pusat servis kereta Proton Edar di Kinrara, Puchong 24 jam, 7 hari seminggu. Pekerja bekerja dalam 3 syif. Selepas 6 bulan, kos untuk 3 syif itu lebih tinggi dari keuntungan. Tidak ramai yang tahu waktu operasi kita 24 jam, 7 hari seminggu. Jadi kita tukar balik strategi dan berubah untuk menabur risalah promosi. Selama 1 jam setiap pagi, semua warga pekerja kena ronda setiap kawasan dalam radius 10km dari kedai untuk menghantar risalah promosi dari rumah ke rumah dan juga untuk meletakkan risalah di wiper kereta yang parking ditepi jalan. Kita tidak pernah putus asa untuk mencari pelanggan tetapi hasilnya sahaja yang tidak memadai.

Samada jumlah pelanggan sehari sebanyak 100 pelanggan atau 10 pelanggan, kos tetap seperti sewa kedai, gaji pekerja, elektrik, air, bil broadband dan sebagainya tetap kos tetap dan mesti dibayar. Bila sasaran servis setiap bulan tak tercapai, habis semua orang kena sembur. Kalau kita mengusahakan perniagaan kita dengan hutang Bank atau berhutang dengan kerajaan melalui skim pembiayaan SME, memang akan masuk ICU. Tetapi pada hakikatnya, nasib setiap bengkel bergantung sepenuhnya kepada pelanggan walk-in. Pelanggan pula, sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk bawa kereta ke bengkel untuk diservis atau dibaiki kecuali kalau dah paras kritikal seperti kereta dah jahanam atau tak boleh dipandu.


Jadi untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi cabaran mengusahakan bengkel kereta, saya menceburi masuk kebidang baru. Bidang teknologi. Semenjak beberapa tahun, saya mendalami secara post-mortem masalah-masalah yang dialami oleh usahawan seperti saya dan pengusaha-pengusaha bengkel kereta dan telah mandapat satu idea yang boleh menjayakan dan meningkatkan lagi prestasi jualan setiap bengkel kereta.

Idea ini kemudiannya dikongsi dengan beberapa rakan untuk mendapat maklum balas tetapi untuk
mendapatkan keyakinan yang lebih, saya memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan dari agensi kerajaan Cradle Fund Sdn Bhd. Ye la, tanya dengan kawan-kawan, kemungkinan mereka semua mengiakan sahaja. Pada pendapat saya, jika badan kerajaan yang terdiri dari pekerja profesional gabungan dari Kementerian Kewangan, MITI dll percaya kepada idea baru ini, saya telah melangkah satu langkah kehadapan. Jadi tahun lepas, saya memohon untuk mendapat bantuan kewangan. Memang ironic kerana semua perniagaan saya semua dibiayai tersendiri tetapi setelah mengalami kerugian hampir RM20juta dalam industri otomotif, saya menjadi lebih bijak. Bijak tu bukan dengan cara menggunakan kewangan dari luar tetapi kadang kadang, kita terlalu yakin dengan idea kita, Tetapi untuk menjayakan idea itu, tidaklah semudah itu. Jadi, sokongan idea dari para professional dari Cradle adalah amat berharga bagi saya.

Pengalaman berurusan dengan Cradle Fund Sdn Bhd, agensi Kementerian Kewangan itu, nanti akan disiarkan pada blog akan datang. Buat masa ini, saya ingin kongsi idea baru ini.

Idea ini telah didaftar Cap Dagangan (trademark) sebagai CarBengkel dan hak cipta dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Ianya terbahagi kepada dua applikasi berteraskan teknologi GPS dan teknologi mudah alih (GPS and Mobile technology). Satu applikasi untuk pemilik kereta pelbagai model dan jenis, dan satu lagi untuk pengusaha bengkel kereta. Applikasi untuk pemilik kereta akan di huraikan dengan lebih lanjut di blog akan datang. Applikasi mudah alih untuk bengkel kereta ada dipaparkan di video dibawah dalam blog ini. Maaf, video versi Bahasa Malaysia belum siap.

Secara ringkasan, bengkel-bengkel yang berdaftar dengan CarBengkel akan mendapat tempahan untuk servis and baiki kereta dari pengkalan data CarBengkel yang dijangka akan berjumlah beratusan ribu setelah dilancarkan nanti. Terdapat hampir 20 juta kereta di Malaysia mengikut pendaftaran di laman web JPJ. Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat telefon bimbit pemilik kereta untuk menggunakan aplikasi mudah alih Carbengkel. Dengan kerjasama badan-badan dan agensi kerajaan serta strategi pemasaran yang kuat, Inn Sya Allah tugas ini dapat disempurnakan. Pemilik kereta tidak dikenakan apa-apa caj bayaran untuk menggunakan aplikasi ini tetapi akan mendapat banyak faedah. Faedah-faedah ini akan di ulas dengan lebih lanjut di blog akan datang.

Bengkel-bengkel kereta hanya perlu berdaftar dengan Carbengkel dan mereka akan menerima setiap tempahan untuk servis dan baiki kereta melalui aplikasi Carbengkel. Tempahan ini akan dihantar melalui aplikasi telefon mudah alih pelanggan kepada bengkel mengikut kategori servis yang dipilih oleh bengkel berkenaan semasa berdaftar dan juga lokasi bengkel yang berdekatan dengan pelanggan (dimana pelanggan itu berada) mengikut waktu operasi bengkel (jadi kalau kita buka 24 jam sebagai contoh, tempahan hanya akan dihantar kepada bengkel yang buka semasa waktu tempahan itu dibuat). Pengkalan data CarBengkel juga mengkategorikan pelanggan mengikut kereta yang dimilikinya. Jadi, kalau mana-mana Bengkel ada membuat promosi, promosi itu boleh disalurkan terus kepada pemilik kereta mengikut jenis dan model kereta. Ini mempastikan promosi yang dilancarkan dihantar tepat terus kepada pelanggan sasaran. Bengkel juga boleh mempromosikan produk mereka mengikut kawasan sekeliling mereka atau pada radius yang lebih besar dan mengelak pembaziran dari segi pengiklanan yang tidak efektif.

Bengkel tidak perlu membayar apa-apa kos pelaburan atau bayaran penyertaan untuk berdaftar dan muat-turun (download) aplikasi tetapi setiap bengkel akan diperiksa dan disahkan dahulu mengikut syarat-syarat kami sebelum diluluskan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila tonton video dibawah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih, boleh email terus kepada saya di armin@carbengkel.com
  



1 comment:

  1. salam tuan idea yg sangat bijak, nak tanya jika mereka yg usahakan bengkel dirumah boleh ke gunakan aplikasi INI.tq

    ReplyDelete

Stay Tuned~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

google analytic