PEDA mengalu-alukan perlantikan Pengerusi baru Proton Dato Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang memang berasal dari industry otomotif. Dalam kegawatan ekonomi yang dijangka akan membawa impak yang lebih teruk pada tahun 2009, PEDA percaya pengalaman Dato Nadzmi di dalam bidang otomotif akan mempastikan langkah-langkah tertentu akan diambil untuk mengawal kemerosotan jualan.
PEDA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas Pengerusi Proton Dato Mohd Azlan Hashim. Dato Azlan amat peka dan pro-aktif kepada keperluan pengedar-pengedar Proton Edar bagi mempastikan jualan sasaran dapat dicapai.
1. Industry otomotif dijangka merosot pada tahun 2009 akibat dari kegawatan ekonomi. manufacturer, vendor, pembekal pembekal dan juga pengedar pengedar kereta akan mengalami kerugian atau kemungkinan ‘gulung tikar’ jika tiada tindakan diambil untuk membantu industri otomotif.
2. Impak gawat Industry otomotif dapat dikurangkan jika kemerosotan jumlah jualan kereta dapat di kawal. Dengan jumlah jualan kereta yang menggalakkan, vendor, pembekal dan pengedar kereta akan dapat mengurangkan kerugian.
JUALAN KERETA
3. Jualan Kereta dipengaruhi hampir sepenuhnya oleh institusi institusi bank. Baik vendor atau pembekal, pengedar-pengedar kereta ataupun pelanggan pelanggan yang berminat untuk membeli kereta, semuanya bergantung kepada kemudahan-kemudahan, pinjaman-pinjaman yang disediakan oleh bank.
4. Industri otomotif adalah unik kerana pasaran otomotif tidak memihak kepada pengedar atau pembeli (it is neither the sellers market nor it is a buyers market) tetapi dikuasai sepenuhnya oleh BANK melalui pembiayaan pinjaman kenderaan. Memang benar kualiti, teknologi enjin dan juga reke-bentuk kereta adalah penting untuk mempastikan kelarisan jualan tetapi kereta kereta yang mempunyai kualiti, rekabentuk dan teknologi yang terbaik sekalipun, jika pengedar kereta tidak dapat mengurus dan menjamin pinjaman untuk pelanggan membeli kereta, kereta yang terbaik sekalipun, tidak akan dapat dijual. Sokongan dari Bank merupakan faktor utama yang akan mempastikan kejatuhan atau pembangunan industry otomotif.
5. Lebih 90% operasi pengedar pengedar kereta bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh bank. Lebih 90% juga pembeli-pembeli kereta membeli dengan pinjaman bank. Pada tahun 1998, semasa kegawatan ekonomi, segala kemudahan kemudahan dan pinjaman dari Bank di bekukan.
6. Apa-apa perubahan negatif kepada ciri-ciri kemudahan-kemudahan bank dan pinjaman pembelian kereta (kepada pengedar, vendor atau pembeli) akan memberi kesan buruk kepada industry otomotif.
7. Sebelum kegawatan ekonomi tahun 1998, terdapat lebih banyak institusi institusi kewangan dan juga bank-bank di Malaysia. Institusi kewangan dan bank-bank ini yang sangat aktif berjumpa dengan pengedar pengedar kereta dan juga berjumpa dan menemuramah pembeli-pembeli kereta sebelum pinjaman sewa-beli pembeli diluluskan. Kesan positif dapat dirasai apabila pinjaman sewa beli pembeli kereta diluluskan hampir serta-merta atau dalam jangkamasa maksima 24 jam (SOP kelulusan- AM/PM; atau masuk pagi/lulus petang)
8. Bank-Bank di Malaysia telah di satukan (Merger) selepas kegawatan ekonomi 1998. Selepas penyatuan Bank (Bank Merger), institusi kewangan (finance companies) dilupuskan dan hanya tinggal beberapa bank besar sahaja. Pilihan dan pakej pinjaman pembeli kereta menjadi terhad dan Bank memilih pula jenis-jenis pelanggan yang dianggap menguntungkan. Pinjaman sewa beli pelanggan pula diluluskan oleh komputer yang diprogramkan mengikut ‘Profail Risiko Pelanggan’ & ‘Profail Risiko Kenderaan’. System komputer yang sepatutnya dapat meluluskan pinjaman dengan kadar lebih cepat, memakan masa lebih lama dan kadang-kadang hampir seminggu.
9. Profail Risiko kereta Proton yang diprogramkan oleh Bank adalah lebih tinggi berbandingkan dengan kereta buatan lain. Telah terdapat banyak kes-kes pinjaman sewa-beli pembeli kereta proton yang ditolak oleh bank tetapi pinjaman sewa-beli diluluskan pula untuk membeli kereta buatan lain (bagi pembeli yang sama).
10. Dengan kadar inflasi yang tinggi, profail risiko pelanggan dan profail risiko kereta diubah dan menjadi lebih payah untuk pelanggan mendapat pinjaman pembelian kereta. Saya dipahamkan oleh pengedar kereta di Singapura, disebabkan oleh kegawatan ekonomi, hanya 10% pinjaman sewa –beli kereta diluluskan. Bermakna, setiap 10 permohonan pinjaman sewa beli kereta, hanya satu pinjaman diluluskan. Pengedar pengedar kereta di Thailand juga melaporkan kesan yang sama.
11. Peratusan kelulusan permohonan pinjaman sewa-beli kereta di Malaysia berada pada tahap 40%. Tahun 2009 mungkin peratusan ini akan jatuh sama seperti di Singapura dan Thailand. Peratusan kelulusan 40% ini adalah mengikut pengalaman dan laporan yang diberi terus oleh pengedar pengedar kereta, statistik ini mungkin berbeza dari laporan rasmi yang dikeluarkan oleh bank, tetapi sebagai pengedar, kami merasai hakikat sebenar.
12. Faktor faktor lain yang seperti ‘disposable income’ yang juga akan merosot dengan kadar inflasi yang tinggi dan juga ketidak-ada jaminan pekerjaan dengan risiko ‘retrenchment’ juga akan mempengaruhi kelulusan pinjaman kereta. Kadar inflasi dan kenaikan harga barang akan menjejaskan kemampuan pembayaran pinjaman sewa-beli yang sedia ada dan menaikkan jumlah rekod ‘Non Performing Loan’ (NPL). Kemampuan untuk membeli kereta baru juga akan terjejas.
13. Memang kita tidak dapat elak masalah kegawatan ekonomi sedunia dan industri otomotif juga akan merosot tetapi kita akan dapat kurangkan impak tersebut dengan adanya campur-tangan dari kerajaan.
KELULUSAN PINJAMAN
14. Untuk mengawal jumlah jualan kereta dari merosot, kelulusan pinjaman yang lebih mudah untuk pinjaman kereta di perlukan (instead of a more stringent & careful approach). Terdapat berbagai-bagai faktor yang menentukan profail risiko pelanggan dan profail risiko kenderaan bergantung kepada rekod rekod lepas pelanggan dan juga rekod ‘Non Performing Loan’ (NPL) buatan-kenderaan. Profail profail risiko ini boleh diubah bagi memudahkan kelulusan pinjaman pelanggan.
PERATUSAN DAN JANGKA-MASA PINJAMAN
15. Sekarang, pinjaman maksima untuk pembelian kereta seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara ialah 90% untuk jangkamasa 7 tahun. Jumlah jualan kereta dapat dipertingkatkan jika lebih ramai pelanggan mampu untuk membeli kenderaan. Tindakan drastik seperti menaikkan kadar pinjaman dari 90% kepada 100% dengan jangkamasa pinjaman 12 tahun akan membolehkan pelanggan membeli kereta dan mampu membayar pinjaman sewa-beli.
PENILAIAN RASMI HARGA KERETA TERPAKAI
16. Di Malaysia tidak ada badan terkecuali, NGO atau badan kerajaan yang diiktirafkan untuk menilai harga kereta terpakai. Harga kereta terpakai di Malaysia ditetapkan oleh bank secara tidak-langsung melalui peratusan pinjaman yang dibenarkan. Contohnya, jika bank hanya meluluskan pinjaman RM20,000 untuk kereta Proton Wira tahun 2000, harga proton Wira akan menjadi RM23,000.
17. Dengan tidak-adanya penilaian rasmi untuk kereta terpakai, pelanggan yang membeli kereta dengan tempoh pinjaman yang panjang, tidak akan dapat menjual kereta tersebut dan kereta yang di ditarik kerana bayaran tertunggak akan dilelong dengan harga yang lebih murah menyebabkan peminjam pinjaman sewa-beli di iktirafkan bankrap. Ini akan merosotkan lagi industry kereta apabila pelanggan tidak dapat menukar kereta yang sedia ada dan di senarai hitamkan apabila peminjam tidak dapat membayar baki pinjaman kerana kereta yang ditarik dilelong dengan harga yang lebih murah dari baki pinjaman.
PENGELUARAN EPF UNTUK MENGELAK TUNGGAKKAN PINJAMAN DAN PEMBELIAN KERETA
18. Kerajaan juga boleh menangani kemerosotan jualan kereta dengan membolehkan pelanggan untuk mengeluarkan wang EPF untuk membayar downpayment kereta atau untuk membayar penuh pinjaman kereta yang sedia ada bagi mengelak kereta ditarik atau mengelak pinjaman dari NPL.
PENDAPATAN PENGEDAR
HANDLING FEE
19. Kerajaan juga tidak boleh ketepikan pendapatan pengedar kereta yang semakin tipis akibat dari pendapatan ‘Handling Fee’ yang yang dihadkan oleh Bank Negara kepada pengedar pengedar kereta. Mengikut laporan Ernst & Young (independant studies on automotive financing benchmarking), tidak ada negara-negara maju dan negara-negara jiran yang meletakkan had siling bagi pembayaran ‘Handling Fee’ yang dibayar oleh Bank-bank kepada pengedar-pengedar kereta. Perbandingan dibuat diantara 5 negara; Singapura, United Kingdom, Australia, Japan dan Thailand.
20. Hasil dari laporan Ernst & Young, tanggung-jawab pengedar-pengedar kereta di Malaysia juga adalah lebih berbandingkan dengan 5 negara tersebut dan jumlah ‘Handling Fee’ ditetapkan oleh pasaran tanpa had (di 5 Negara tersebut)
INSURAN
21. Institusi bank di Malaysia juga telah mula mencebur secara langsung dalam jualan insuran kenderaan yang merangkumi lebih 20% dari pendapatan pengedar pengedar kereta. Bank-bank ini secara tidak langsung memaksa peminjam-peminjam untuk membeli terus insuran dari bank (bypassing the dealers and agents) dengan tidak membenarkan kad pendaftaran kereta mereka dibawa keluar oleh pengedar kereta (yang juga ajen insuran) bagi pembaharuan insuran dan cukai jalan.
DISKRIMINASI BANK
22. Institusi bank juga mendiskriminasikan pengedar pengedar kereta dengan mengkategorikan pengedar-pengedar yang mengambil (subscribed to) kemudahan bank dan pengedar-pengedar yang tiada kemudahan bank. Diskriminasi ini amat jelas dengan perbezaan caj caj dan penalti penalti yang dikenakan. Berbagai-bagai caj juga dikenakan kepada pengedar pengedar kereta yang mengambil kemudahan bank.
23. Institusi Bank juga mewujudkan rangkaian pengedarnya yang tersendiri dengan menyalurkan pelanggan-pelanggan sedia-ada bank hanya kepada ‘rangkaian-khas’ ini. Pelanggan-pelanggan Bank yang berminat untuk membeli kereta diberi keistimewaan yang berbeza berbandingkan pembelian kereta melalui pengedar-pengedar kereta lain (yang tidak tergolong dalam rangkaian-khas ini)
KAWALAN AKTIVITI BANK
24. Keadaan Pengedar kereta akan menjadi lebih teruk jika aktiviti institusi institusi bank yang membebankan pengedar-pengedar kereta tidak dikawal terutamanya pada tahun kegawatan ekonomi.