Responsive Ad Slot

Slider

WAKIL PENGEDAR PROTON YAKIN BALIK MODAL DENGAN EXORA

PROTON EXORA PENENTU UNTUNG RUGI, HIDUP ATAU MATI PENGEDAR-PENGEDAR PROTON


April 2009, Kuala Lumpur. “ Purata keseluruhan jualan bulanan kereta setiap pengedar sekarang, telah menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan jualan sebanyak 35 buah kereta dari pelbagai model berbanding dengan 28 buah kereta sebelum ini. Untuk mencatatkan keuntungan (break-even), setiap pengedar perlu menjual sekurang-kurangnya 40 buah kereta sebulan bagi pengedar di Lebah klang atau 35 kereta bagi pengedar di bahagian pendalaman. Pelancaran kereta baru Proton Exora akan dapat meningkatkan purata jualan untuk mengelak dari kerugian” kata Armin Baniaz Pahamin selaku Pemangku President Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).

1. Proton Exora merupakan penambahan model yang ke-sembilan bagi semua model-model kereta dijual oleh Proton. Buat masa ini, terdapat lapan model yang berada di pasaran merangkumi Proton Satria Neo, Proton Waja, Proton Gen2, Proton Persona, Proton Arena (diatas permintaan), Proton Perdana, Proton Savvy dan Proton Saga. Pada masa ini, hanya Proton Saga dan Proton Pesona sahaja yang laris dijual.

2. Dengan kualiti yang bagus dan struktur harga Proton Exora yang berpatutan, kami yakin bahawa kereta baru ini akan mendapat sambutan yang baik dan akan meningkatkan rataan jualan kereta Proton dengan sekurang-kurangnya 30%.

3. Proton Exora bersama dengan Proton Saga dan Proton Persona dijangka akan menyumbangkan sebanyak lebih 80% dari jualan kereta Proton keseluruhan. Berdasarkan jangkaan pengeluaran bulanan kereta Proton Exora, setiap cawangan dan pengedar akan diperuntukkan sekurang-kurangnya 10 buah kereta Proton Exora setiap bulan.

4. Pengeluaran kereta sebanyak 10 kereta setiap pengedar akan menjadi asas kepada tempoh menunggu (waiting list) penghantaran kereta pelanggan. Pelanggan yang telah membuat pesanan sebelum pelancaran hari ini akan diberi keutamaan penghantaran. Setakat ini, kami telah menerima lebih dari 2000 pesanan bagi kereta baru Proton Exora di seluruh Negara walaupun tanpa melihat kereta baru tersebut.


5. Peningkatan jualan kereta (dari purata jualan 28 kereta kepada 35 kereta sebulan setiap pengedar) bagi setiap pengedar juga berdasarkan peningkatan peratusan kelulusan jumlah pinjaman sewa beli pelanggan. Kelulusan pinjaman sewa beli bagi pembeli kereta Proton pada awal tahun adalah kritikal iaitu 30% kadar kelulusan atau hanya 3 kelulusan daripada setiap 10 permohonan pinjaman sewa beli yang dibuat . Kadar peratusan kelulusan buat masa ini telah meningkat dari 30% ke 50% akan tetapi PEDA percaya kadar kelulusan ini masih boleh diperbaiki.

6. Walaupun terdapat peningkatan dari segi jualan kereta, tetapi keuntungan yang diperolehi dari hasil jualan setiap kereta semakin merosot. Ini berikutan amalan dari segelintir pengedar yang tidak bertanggung jawab. Pengedar demikian telah menawarkan komisyen yang lebih tinggi kepada jurujual dari pengedar yang lain untuk mendapatkan pelanggan. Ini bertentangan dengan kadar komisyen yang telah ditetapkan oleh Proton Edar dan mewujudkan situasi dimana tawaran komisyen yang tertinggi akan membolot majoriti jualan dan seterusnya mengakibatkan kerugian yang besar kepada pengedar-pengedar yang lain (disorderly trade practice)

7. Pengedar seharusnya bersaing dengan Perodua atau pesaing yang lain dan bukannya diantara pengedar-pengedar Proton sama-sendiri. PEDA menyeru kepada semua pengedar Proton supaya memberhentikan segala amalan-amalan yang merosakkan dan mencemarkan seluruh rangkaian pengedar. Ia tidak memberi apa-apa manfaat atau merosakkan semangat keakraban dan berkumpulan. PEDA terikat dengan perlembagaannya untuk melindungi semua pengedar Proton dan juga orang awam, tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan mencadangkan kepada Proton Edar pemecatan pengedar-pengedar yang tidak senonoh ini terutama apabila Yg Bhg Dato Nadzmi Salleh, Pengerusi Proton berkali-berkali menekan kan untuk mengurangkan jumlah bilangan pengedar.

8. Pengerusi Proton dan pihak pengurusannya serta PEDA telah bersetuju untuk memberi keutamaan memecat pengedar yang mengamalkan perbuatan tidak senonoh itu (disorderly trade practice).

9. PEDA menggesa orang ramai supaya mengunjungi bilik pameran atau pejabat Proton yang sah untuk membuat sebarang pembayaran pendahuluan. Orang ramai diminta tidak menyerahkan bayaran kepada mana-mana jurujual di luar bilik pameran dan sentiasa mendesak untuk mendapatkan resit rasmi yang mempunyai logo Proton juga nama pengedar yang sah serta alamat dan nombor untuk dihubungi kembali.

10. Skim Pelupusan Kereta yang diperkenalkan tidak memberi apa-apa kesan kepada jumlah jualan kereta baru Proton walaupun terdapat banyak pertanyaan. Ini mungkin punca dari syarat-syarat polisi yang ketat untuk melupuskan kereta yang berumur lebih dari 10 tahun itu. Hanya kereta yang lebih dari 10 tahun dan mempunyai cukai jalan yang sah, berkeadaan baik (road worthy condition) dan lulus pemeriksaan Puspakom akan diluluskan di bawah skim pelupusan. Skim pelupusan ini diperkenalkan untuk mendorong dan mempertingkatkan jualan kereta ekoran dari kemelesetan ekonomi. Peruntukkan dana bagi skim pelupusan kereta ini akan terbuang dan objektif untuk mendorong penjualan kereta juga tidak akan tercapai dengan adanya syarat-syarat ketat yang tidak munasabah untuk melupuskan kereta yang sudah berumur 10 tahun.

11. Rangsangan kewangan ke-dua (2nd financial stimulus) yang awal diumumkan masih belum memberi apa-apa kesan lagi kepada jualan kereta Proton, operasi perniagaan pengedar atau pada industri automotif.

12. Orang awam masih lagi dibebankan dan tidak dapat menjual kereta mereka hasil dari kadar penilaian yang rendah. PEDA telah mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk menubuhkan satu perbandanan yang berasingan dari bank untuk membuat nilaian ke atas kereta terpakai di Malaysia seperti di Negara-negara maju yang lain. Penilaian ke atas kereta terpakai seharusnya mempertimbangkan polisi kerajaan yang melibatkan tempoh pinjaman yand diluluskan, tempoh pembiayaan, keadaan kereta termasuk aksesori, status sejarah kemalangan, catatan pembatuan (mileage) jumlah pemilik, rekod servis dan penyenggaraan serta rekod jenayah dan penipuan. Pelbagai faktor harus dipertimbangkan bagi penilaian ini. Ianya akan mengurangkan beban orang awam dan akan meningkatkan jualan automotif.
3
( Hide )
  1. Aki dah lihat Exora ni sebanyak 3 kali. Pertama di cawangan Kota Damansara (hanya jenguk2 sahaja), kedua di showroom saudara di Present 15, Putrajaya dan baru sebenter tadi dapat melihat sepuas2nya di cawangan Mutiara Damansara.

    Apa yang boleh Aki katakan disini, keluaran Proton kali ini agak bagus kualitinya dan sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah MPV yang mampu dibeli dan mempunyai ciri-ciri (features) yang setanding kereta buatan luar. Harap2 Proton and memantau kualiti pengeluarannya bagi memastikan mutunya terjamin!

    P/s: Sesat juga hari ni nak cari showroom u.. tapi akhirnya jumpa juga.. kunjung kesana pun selepas maghrib.. nasib baik masih buka... rakan sepajabat saya yang beria2 nak tgk Exora... ternyata tak sia-sia kami kesana... Exora memang cun!

    ReplyDelete
  2. Aki, terima kasih diatas maklum balas dan saya amat bangga kerana Aki sanggup mencari showroom saya di presint 15, Putrajaya walaupun jauh.

    Keluaran model-model baru Proton seperti Saga dan persona baru baru ini juga telah terbukti kualiti kereta proton telah banyak diperbaikpulih. tetapi, jika Aki ada apa apa komplen atau maklumbalas, tolong lah bagi tau.

    hanya dengan maklumbalas berterusan yang ikhlas, proton dapat terus memperbaiki kualiti model model keluarannya pada masa hadapan.

    terima kasih Aki

    ReplyDelete
  3. Tidaklah jauh mana since saya berkerja di Cyberjaya. Sempat juga saya jenguk2 showroomnya, besar juga.. corner lot lagi tuh.. memang strategik.

    Pasal komplen tuh isyaAllah Aki akan inform jika Aki beli Exora. Kira2 berminat juga.. tapi mungkin awal tahun depan. Sekarang ni pakai kancil dulu... jimat minyak! Saya berulang alik dari Kota Damansara ke Cyber setiap hari. Kalaau pindah berdekatan dgn tempat kerja baru bercita2 nak tukar kereta....

    All best Armin. Semoga sukses! :)

    ReplyDelete

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo