Responsive Ad Slot

Slider

Temubual Bersama Akhbar Kosmo (un-edited version)



Wawancara bersama Hisham Idris Wartawan Meja Am Kosmo bertempat di kediaman Armin Baniaz di Sungai Penchala.

Pendahuluan Wartawan.
Secara mudah wawancara ini bakal dimuatkan di dalam kolum Kosmo! edisi harian yang disiarkan di dalam kolum wawancara berbentuk Q&A pada setiap Rabu. Sehubungan itu tujuan saya ingin mewawancara tuan ialah bagi mengupas isu berkaitan pemberian skim baucar RM5,000 ke atas kenderaan berusia 10 tahun ke atas.

Beberapa hari lepas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, kerajaan bersedia mengkaji semula pemberian baucar tersebut sekiranya terdapat alasan kukuh mengenainya.

Sehubungan itu, saya memerlukan pihak tuan dalam memastikan tuntutan oleh timbalan menteri tersebut di samping ingin memaklumkan pendirian Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia yang diwakili pihak tuan sebagai Presiden. 

Di bawah saya sediakan beberapa soalan yang diharap dapat membantu pihak tuan. sekian.

(Armin Baniaz: Maafkan saya jika jawapan saya dicampur dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa malaysia dan juga bahasa Ingeris.)


1. Wajarkah pemberian skim baucar RM5,000 ke atas kenderaan berusia 10 tahun  diteruskan?

Untuk menjawab soalan ini, kita barus menilik kembali objektif asal Skim Pelupusan kereta yang menawarkan baucer RM5,000 untuk kenderaan berusia 10 tahun keatas. Objektif asalnya ialah untuk merangsangkan jualan kereta nasional pada kegawatan ekonomi sekarang yang perkenalkan dibawah bajet Rangsangan Kewangan 2 (“2nd financial stimulus”). 

Objektif ini sedikit sebanyak telah dapat dicapai dengan sokongan yang padu dari pihak Bank yang meluluskan pinjaman sewa-beli pelanggan untuk membeli kereta baru Proton dengan cara menebus baucer tersebut.  

Skim ini telah dapat mengurangkan kesan akibat dari kegawatan ekonomi dan juga dapat mempertahankan jumlah jualan kereta dari terus jatuh. (The scheme was able to minimise the effect from the economic downturn and was able to sustain if not improve the national car sales).

Jika  objektif tersebut telah dicapai dan kerajaan juga yakin keadaan ekonomi Malaysia telah kembali pulih, skim tersebut boleh lah ditamatkan. Terutamanya jika kita berpandukan pada OBJEKTIF ASAL skim tersebut di perkenalkan. 

Walau bagaimanapun, objektif skim pelupusan ini tidak seharusnya terhad bagi  jangka masa pendek sebagai rangsangan ekonomi (semasa kegawatan ekonomi) sahaja tetapi harus dijadikan satu objektif jangka masa panjang bagi mengatasi :


1)       Masa depan pasaran kereta dan industri automotif yang tepu di Malaysia

2)      “Road-worthiness’ bagi kenderaan di Malaysia yang berumur 10 tahun keatas dan keselematan pengguna jalanraya yang lain  

Polisi pelupusan ini haruslah di perkenalkan sebagai satu polisi jangka masa panjang. 

Jadi, skim boucer ini patut diteruskan jika keadaan ekonomi kita masih belum pulih untuk mengelak dari kemelosotan jualan kereta.

2. Apa signifikan sekiranya ia diteruskan dan bagaimana ia membantu merangsang jualan kereta terutama membabitkan kereta buatan nasional?   

Jumlah kenderaan yang berusia lebih dari 10 tahun dianggarkan melebihi 2 juta kenderaan. Jika skim ini di teruskan, ianya akan menolong pemilik pemilik kenderaan untuk menukar ganti kereta mereka dan seterusnya mempertingkatkan jualan kereta nasional.

3. Jika perkara itu diteruskan kerajaan mungkin mengalami kecairan wang kerana membantu pemilik kenderaan lama, apa cadangan program atau kaedah lain untuk tidak membebankan mana-mana pihak tetapi tetap menguntungkan pengguna? 

Ianya bergantung kepada objektif Skim…. Objektif pertama dan utama baucer dan juga Skim Pelupusan kenderaan ini diperkenalkan ialah untuk merangsangkan jualan kereta nasional yang mendokong lebih dari 70% jumlah jualan kereta kesuluruhan (Total passenger car sales)  di Malaysia dan secara tidak langsung, ia membantu juga pemilik kenderaan lama (untuk memiliki kereta baru). 

Secara majority, pemilik kereta kereta yang berusia lebih dari 10 tahun sudah tidak mempunyai sebarang pinjaman. Pinjaman sewa beli kereta itu telah habis dibayar. Pada hakikatnya, penebusan baucer untuk membeli kereta baru akan lebih membebankan pembeli kereta yang kini terpaksa menanggung kos hidup tambahan untuk membayar pinjaman setiap bulan untuk kereta baru mereka. 

Jadi, sebenarnya, jika baucer ini diteruskan, bukan sahaja kerajaan akan kecairan wang, tetapi juga pembeli kereta yang menebus baucer tersebut akan kecairan ‘disposable income’ mereka kerana kini terpaksa menanggung pembayaran pinjaman bulanan sewa beli kereta baru itu (berbandigkan sebelum ini, tiada apa apa pinjaman). 

Tetapi jika Objektif skim dan baucer tersebut ialah untuk jangka-masa panjang demi keselamatan pengguna-pengguna jalan raya dan juga untuk mengatasi masa depan pasaran kereta yang tepu, program yang diperkenalkan (dan kemudiannya ditarik balik) di bawah Dasar Automotif Nasional untuk Pemeriksaan Mandatori Tahunan (untuk kereta berusia melebihi 15 tahun) akan memberi lebih kesan yang lebih berfaedah kepada pengguna secara keseluruhan. 

Apabila pemilik kenderaan (yang berusia melebihi 10 tahun atau 15 tahun) terpaksa melalui Pemeriksaan Mandatori Tahunan, kos kos membaik-pulih untuk mencapai tahap ‘road worthiness’ bagi mendapat kelulusan pembaharuan cukai jalan kereta akan mempastikan keselamatan (akibat dari keadaan kereta yang tidak terjaga) pengguna jalan raya lain terjaga. 

(Senarai atau semakan untuk "Road-Worthiness" ini tidak pernah diumumkan. Senarai dan semakan inilah yang patut dikaji sepenuhnya atau dibahaskan oleh pihak-pihak yang membangkang akan pemeriksaan mandatori ini) 

Pada satu tahap, kos untuk membaik-pulih kereta ini akan membebankan pemilik kereta (tetapi penting untuk keselamatan mereka & pengguna jalan raya) dan dengan adanya pilihan untuk melupuskan kenderaan (melalui skim berasingan dari pembuat kereta nasional), beban pemilik kereta akan dapat dikurangkan. 

Terdapat pelbagai cara yang boleh diperkenalkan supaya tidak membebankan pemilik kereta untuk menjalani Pemeriksaan Mandatori Tahunan. Contohnya, kos ataupun yuran Pemeriksaan itu boleh dibiayai oleh syarikat-syarikat insurans am kerana, syarikat insuran juga akan mendapat faedah dari kekurangan kadar kemalangan (akibat dari kereta yang tidak terjaga). Lagipun, pembaharuan insuran juga adalah mandatori dan perlu sebelum pembaharuan cukai jalan. 

Syarikat yang melupuskan kenderaan tersebut juga boleh membayar pampasan kepada pemilik kereta lama (sebagai boucer) untuk pelupuskan kereta mengikut harga pasaran besi buruk atau pendapatan dari ‘recycle’.  
Di negara-negara maju, pemilik kereta terpaksa membayar syarikat swasta untuk melupuskan kereta mereka. Pemilik kereta dengan relanya menyerahkan kereta mereka untuk dilupuskan kerana kos penyelengaraan kereta yang tinggi.(Car owners voluntarily surrender and pay for their car to be scrapped due to higher cost of maintenance).

Jadi kaedah yang lebih berkesan ialah melalui Pemeriksaan Mandatori Tahunan (yuran yang ditanggung oleh samada syarikat insuran atau sebaliknya) yang juga akan menjaga keselamatan pengguna-pengguna jalan raya lain. Pemilik pemilik kereta boleh membuat pilihan untuk melupuskan kereta lama mereka dan mendapat bayaran yang setimpal dari Syarikat yang di iktirafkan oleh kerajaan untuk melupuskan kereta atau membeli kereta baru yang ditawarkan oleh pembuat kereta seperti Proton dan kerajaan tidak perlu menanggung kos baucer. Dengan cara ini, tiada pihak yang dibebankan. 

5. Jika sebelum ini Persatuan Automobil Malaysia pernah mencadangkan skim tersebut turut diberikan kepada kenderaan impot, apa pandangan tuan mengenai perkara tersebut? 

Saya tidak bersetuju. Kenapa kerajaan kita patut membelanjakan wang rakyat untuk dengan menawarkan baucer kepada syarikat asing yang tidak pernah melaburkan keuntungan mereka dalam melahirkan kereta mereka melalui infrastruktur tempatan seperti dalam teknologi tempatan, R&D tempatan dan tidak juga manjadikan Malaysia sebagai HUB untuk mengimpot kereta mereka? 

Ya, saya tidak menafikan masih terdapat banyak kekurangan dalam proton.. tetapi perubahan telah dapat kita rasai dan nikmati.. ini terbukti dengan pengurangan komplen dari 5 komplen setiap kereta kepada sekarang hanya 0.6 komplen setiap kereta. Ini bermakna tidak semua kereta yang mempunyai masalah kerana  kualiti kereta proton telah banyak diperbaik pulih. 

6. Sampai bila kerajaan perlu memberikan skim baucar ini dan sejauh mana sambutan para pemilik kenderaan pada perlaksaan skim tersebut yang telah berakhir pada 1 November lalu? 

Baucer ini harus diteruskan sehingga keadaan ekonomi kita terutamanya industri automotif telah pulih. Rakyat kita hanya baru memahami sepenuhnya polisi ini semenjak ianya di perkenalkan dahulu. Semasa polisi ini diperkenalkan, ramai yang tidak berapa faham, jadi sambutannya kurang memberangsangkan. Tetapi semenjak kebelakangan ini, sambutan polisi ini menjadi amat menggalakkan. Jika kerajaan yakin, keadaan ekonomi kita telah pulih, baucer ini boleh ditamatkan.  

Tetapi jika skim ini ditamatkan semasa keadaan ekonomi belum stabil, kita akan rugi dari segi momentum yang telah ada dan akibatnya, jualan kereta mungkin akan kembali merosot. 

7. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, jika ada sebab yang kukuh, baru kajian akan dibuat oleh  pihaknya, apa alasan pihak tuan jika mahu ia diteruskan jika tidak kenapa? 

Kenyataan terbuka beginilah yang akan lebih membebankan para pengedar dan juga rakyat. Setiap polisi baru Proton atau kerajaan yang diperkenalkan akan membabitkan para pengedar sebagai pihak pertama yang akan diserbu oleh pembeli yang tidak puas hati atau marah. 

Sebelum program ini ditamatkan, sepatutnya kajian yang mendalam telah dibuat terlebih dahulu. Berdasarkan kajian yang mendalam itu, kerajaan sepatutnya membuat pengumuman kepada rakyat dengan penjelasan terperinci kenapa polisi ini ditamatkan dan juga pencapaian yang telah dicapai.

Bukan hanya dengan cara membuat kenyataan: jika ada alasan yang kukuh baru kerajaan akan buat kajian dan memberi Harapan Palsu kepada rakyat. Ramai pembeli berpendapat dengan cara mengamuk di Pusat jualan pengedar, pihak pengedar dan juga Proton akan lebih cepat bertindak dan memaklumkan kepada kerajaan. Apabila kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan, pengedarlah yang akan menjadi mangsa dan akan mengalami kerugian.

Seperti yang saya maklum, buat masa ini momentum terhadap Baucer & skim pelupusan berada ditahap yang sungguh menggalakkan. Tetapi samada objektif skim tersebut telah dicapai dan jualan kereta nasional tidak lagi memerlukan skim ini, maka skim ini boleh ditamatkan. 

Tetapi pada pendapat PEDA, keadaan jualan kereta kita masih belum pulih dan belum stabil. Dengan menamatkan baucer ini, kita akan kerugian momentum yang telah ada dan seterusnya akan mengakibatkan kerugian jualan.

8. Kenapa di negara kita kenderaan lama seperti dimanjakan dengan pemberian skim baucar bagi menggalakkan pemilik untuk menukar kenderaan baru? 

Pemilik kenderaan lama tidak dimanjakan tetapi keadaan kereta lama yang bernilai kurang dari RM5,000 ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain tetapi juga membebankan pemilik dengan perbelanjaan penyelenggaraan (repair & maintenance) yang tinggi.

Inilah sebenarnya sasaran pasaran skim baucer ini.

9. Ada suara-suara kecil menyatakan, pemilik kenderaan enggan terlibat dengan skim tukaran baucar kerana memikirkan nilai kenderaan mereka di pasaran lebih tinggi dari jumlah wang yang ditukar ganti, kenapa ada pandangan sedemikian?
 
Ini pendapat peribadi setiap pemilik kereta. Skim tukaran baucer atau skim pelupusan adalah sebagai pilihan yang ditawarkan oleh kerajaan. Jika pemilik kereta berpendapat kereta mereka bernilai lebih dari nilai baucer, mereka tidak perlu memohon untuk melupuskan kereta mereka. Skim ini bukanlah skim mandatori.

Kebiasaannya, pemilik kereta yang yang menilai harga kereta mereka dengan harga yang lebih tinggi (dari harga baucer) itu menjaga kereta mereka dengan lebih baik dan kereta tersebut juga berkeadaan lebih baik. Ini bukan lah sasaran pasaran bagi skim ini.

Skim ini juga sepatutnya melupuskan kenderaan yang tidak dijaga yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan mengurangkan beban pemilik yang terpaksa berbelanja tinggi untuk membayar kos penyelenggaraan kereta lama mereka

10. Jika diteruskan, berapa banyak kenderaan yang masih belum ditukar ganti yang berusia 10 tahun ke atas dan jangkaan berapa jumlah dana bakal dikeluarkan selepas ini?

Kerajaan kita lebih mengetahui keadaan sebenar ekonomi di negara kita. Jumlah dana yang patut dibekalkan terpulang kepada keadaan ekonomi kita sekarang. Jika industri automotif masih berada dalam tahap kritikal, mungkin lebih banyak dana diperlukan, tetapi jika industri automotif kita telah lebih stabil, dana yang diperlukan mungkin hanya sebahagan dari dana yang dibajetkan dibawah Ransangan Kewangan 2 (2nd Financial Stimulus).

.
0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo