Responsive Ad Slot

Slider

KERETA PROTON TETAP MENDAPAT SAMBUTAN

KUALA LUMPUR 11 April - Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) berkata, sambutan orang ramai terhadap kereta-kereta Proton adalah masih tinggi, dengan setiap pengedar mempunyai sekurang-kurangnya 50 Surat Akujanji (LOU) daripada bank-bank untuk pembeli kereta.

“Jualan kereta Proton sebenar­nya masih laris. Model Iriz, Preve, Exora dan Persona terutamanya, masih menjadi pilihan ramai walaupun Proton diselubungi isu negatif pada masa ini,’’ kata Presidennya, Armin Barniaz Pahamin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah kata beliau, jualan dijangka rancak dengan pelancaran tiga lagi model baharu Proton termasuk Proton Perdana yang gambarnya sudah tersebar meluas di dalam Internet.

Bagaimanapun ujar beliau, pihaknya berdepan masalah iaitu bekalan kereta yang rendah dan polisi dalaman yang pelbagai sehingga mengakibatkan jualan kereta terbantut.

“Jualan kereta semakin teruk disebabkan oleh tiga perkara iaitu da­sar-dasar Proton Edar yang lebih ketat telah membantutkan usaha pe­ngedar untuk menjual kereta; bekalan ke­reta yang per­lahan dan tidak ada bekal­an tepat iaitu model atau warna yang dipilih pembeli,’’ ujarnya.

Semasa zaman kegemilangan Proton katanya, pengurus dan pengurus besar boleh membuat keputusan yang membabitkan jualan kereta asalkan jualan laris.

“Keputusan boleh dibuat semasa mesyuarat PEDA dengan pengurusan tengah. Sekarang GM dan CEO pun tidak ada kuasa. Kena jawatankuasa yang bersidang mungkin sekali sebulan yang putuskan. Apabila jawatankuasa bersidang, dan telah mendapat kelulusan, pasaran telah pun dah berubah,’’ katanya.

Armin berkata, semasa PEDA berme­syuarat dengan pengurusan Proton Edar, minit mesyuarat pun tidak pernah dibuat dan jika ada, nota yang diambil amat sedikit.

“Tetapi semasa PEDA berme­syua­rat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mencatat hampir empat muka surat dan amat memahami situasi. Sejurus selepas me­syuarat dengan Tun, Proton diarahkan untuk berjumpa dengan PEDA untuk menyelesaikan isu-isu dengan segera,’’ katanya.
Beliau berkata, pengedar-pengedar Proton kesemuanya adalah setia teguh kepada Proton dan walaupun sudah bertahun rangkaian pengedar mengalami kerugian, namun mereka tetap bersama Proton.

“Selagi Proton ada, selagi itu rangkaian pengedar akan terus berjuang untuk Proton,” katanya.
Armin menegaskan tidak salah sesiapa pun yang hendak mengkritik Proton tetapi lakukannya demi untuk memajukan Proton, bukan untuk menguburkan Proton semata-mata tidak sependapat dengan individu tertentu.

“Ingatlah, ramai yang bergantung dan menyara hidup keluarga hasil dari ekosistem Proton,’’ kata beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/kereta-proton-tetap-dapat-sambutan-ramai-8211-peda-1.244590#sthash.lWc47YPl.dpuf

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/kereta-proton-tetap-dapat-sambutan-ramai-8211-peda-1.244590#sthash.OcnhP0tL.dpuf

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo