Responsive Ad Slot

EVERY CANCER PATIENT WORST NIGHTMARE. OUR PRAYER IS WITH YOU AIDA AZMI



This video and the daily series hereon, is dedicated to a friend Aida Munirah Azmi. A friend whom was diagnosed with a rare cancer called the Adenoid Cystic Carcinoma, a rare form of salivary gland cancer 10 years ago and recently had a relapse (every cancer patient's worst nightmare). There is no better way to spend the Movement Control order at home than to participate in cancer awareness + get fit. Please watch the video and join this campaign. Aida in collaboration with Cancer Research Malaysia has launched an awareness and fund raising campaign for rare cancer. The campaign is called #Burpees4Aida. At the Chief’s Original Bootcamp, we don’t do Burpees. We do Grunts. So we will do grunts instead of Burpees. I hope Azmir & you do not mind. Aida take the Burpees (quite similar to Grunts) as a metaphor in life where you will always fall but you got to get yourself back up (everytime). Which is true to every cancer and healthy person. Both Aida and her husband Azmir was a recruit at the Chief's Original Bootcamp (COBC). Azmir later became one of the best instructor at COBC. I’m more than happy to spread this awareness and pledge to do this everyday for you Aida, Azmir & the 4 children (the A team), and for rare cancer awareness & fund raising. Stay strong we are all with you during this trying time. On every video, I will do my best to show different types of Grunts we do at the Chief’s Original Bootcamp to make this exercise more interesting. If you are healthy and is able to, join me create the awareness for rare cancer and Aida. I will demo a new sets of Grunts in every "BurpeesForAida video". But of course it will be a different type of grunt instead of Burpees which is what I am more familiar. Please subscribe to my channel, start with 10 grunts today, tag me so we know the numbers are growing. #burpees4aida. #COBC4Aida I will also tag a friend and I do hope you will continue spread this awareness. If you would like to donate instead, you can donate to at the link https://bit.ly/33BnEcL Take care Aida & Azmir. Both of you are always in my thought and prayer and have always been an inspiration to many people. Aida’s husband Azmir was my ex colleague at the Chief’sOriginal bootcamp. He now runs the Warrior Bootcamp and we are never a rival. We live by our tagline Bootcamp for life! I will be nominating a friend at the end of the video. If you have been tag, please do the following: 1. Record a video of yourself doing as many burpees (or Grunts) as you can (a good number to start is 10 repetitions if you are not accustom to working out). Step 2 : Upload your video via facebook, instagram or youtube with hashtag #burpees4aida #COBC4aida Step 3 : Tag three (3) friends to stand a chance to be featured on the Malaysia Book Of Records by participating in Aida's #burpees4aida Mass Festival on 7 June 2020. Note, for more info, do check out their website at https://bit.ly/b4aida If you like this video and would like to spread the awareness, do like and share this video. I will also be happy if you can subscribe to my Youtube channel which is one of my passion. #burpees4aida #cobc4aida #aidaday1 #CancerReseachMalaysia

CARA YANG SELAMAT JUAL KERETA SAMBUNG BAYAR



CARA YANG SELAMAT KALAU TERPAKSA JUAL KERETA SAMBUNG BAYAR 1. Ramai pemilik kereta masih menjual kereta mereka secara sambung bayar dan memang kita boleh cakap jangan jual sambung bayar, jangan buat itu, jangan buat ini tapi hakikatnya, sesetengah orang memang tak ada pilihan lain sebab diaorang dah cuba berbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk menjual kereta mereka. 2. Mungkin you all dah cuba semua cara lain tetapi tidak berjaya untuk re-finance kereta atau menjual kereta tanpa perlu membayar Bank baki pinjaman. 3. Video ini disediakan khas kepada yang terpaksa menjual kereta secara sambung bayar kerana tidak mampu untuk teruskan bayaran bulanan, tidak mampu membayar bank untuk baki pinjaman kereta kalu dijual dan memang tidak ada pilihan lain. 4. Video ini juga di sediakan supaya you all tahu secara mendalam akibat-akibat, risiko dan juga cara yang paling selamat. Dalam Video, ni saya senaraikan 4 kesalahan, 5 Risiko dan 10 langkah-langkah yang perlu diambil supaya kereta yang you jual sambung bayar ini selamat. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen Inn Sya Allah saya akan cuba menjawab semua pertanyaan. Kalau tak ada soalan, boleh juga tinggalkan pendapat atau tinggalkan komen Hello pun memadai. Video lain berkenaan dengan kereta sambung bayar. 1. Video Beli Kereta Sambung Bayar - http://bit.ly/2vS6BGM 2. Playlist Sembang Kereta - http://bit.ly/31DFXNd 3. Tip membeli kereta - http://bit.ly/2SuTl20 4. YouTube Channel saya - http://bit.ly/2Evk0oZ Saya berharap kalau video ni bermanfaat, tolong like dan share. Kalau you all belum subscribe, minta tolong Subscribe dan tekan locent disebelah supaya you all dapat notifikasi untuk semua video terbaru. Rujukan: Akta Sewa Beli - http://bit.ly/2vxWFlo Akta Kontrak 1950 - http://bit.ly/2v9gdN2 Penal Code - http://bit.ly/330tYtM Disclaimber/Penafian - Saya tidak menggalakkan penjualan atau pembelian kereta sambung-bayar ni tetapi kalau dah terdesak dan terpaksa, you all kena faham sedalam-dalamnya sebelum menjual kereta secara sambung bayar. Bila dah faham, kalau masih nak meneruskan hajat, itu risiko tersendiri. Saya juga bekas pengedar kereta baru & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Semasa berkhidmat dengan PEDA lebih pada 20 tahun, saya berpeluang untuk berdialog dengan usahawan/pengusaha/pengedar kereta, pelbagai agensi kerajaan dan Bank terutamanya semasa pindaan Akta Sewa-Beli dibuat. Saya juga bukan seorang peguam yang bertauliah. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya menjadi panduan kepada awam. #keretasambungbayar #JualKeretaSambungBayar #KeretaSambungbayarSelamat

MYKAD Kad Pengenalan Hilang! Cara & langkah untuk ganti MyKad hilang.

MYKAD Kad Pengenalan Hilang! Cara & langkah untuk ganti MyKad hilang.




You all pernah hilang IC tak? Dalam seumur hidup, saya pernah kehilangan MyKad sekali. Itu pun memang lalai. Tertinggal card holder dalam flight semasa menukar simcard. Simpan simcard dalam cardholder, masa balik ke Malaysia, dalam plane, tukar simcard terletak wallet dalam poket kapalterbang. Lepas tu turun lenggang lenggok. My son hilang wallet beberapa hari lepas, jadi terpaksalah buat apa yang patut untuk buat kad ganti terutamanya kerana dia kena pakai MyKad untuk memohon masuk ke kolej atau university dalam masa terdekat ni. Alang-alang terpaksa buat laporan polis dan pergi ke JPN, baik buat video YouTube terus untuk dijadikan panduan dan untuk informasi cara-cara dan langkah-langkah untuk mendapatkan kad ganti. #MyKadHilang #GantiMyKad #Kadpengenalanhilang #KadPengenalan #MyKad #JabatanPedaftaranNegara #JPN

BELI KERETA SAMBUNG BAYAR? KENA FAHAMILAH HAK, CARA, PROSES DAN RISIKO




KERETA SAMBUNG BAYAR – PANDUAN KEPADA PEMBELI Jualan kereta sambung-bayar ni dah berkembang sehingga menjadi satu sektor yang teramat besar tetapi tidak dipantau dari segi pengiklanan dan penguatkuasaan (oleh mana-mana agensi kerajaan) walaupun dah terlalu banyak kes pembeli & penjual kena tipu. Macam mana sekalipun kita nak menghalang seseorang dari membeli kereta secara sambung bayar dengan memberi sebab undang-undang la, sebab tak sah la, atau apa-apa sebab sekali pun, hakikatnya ada orang yang terpaksa membeli dengan cara ni oleh sebab-sebab seperti: 1. Tidak dapat kelulusan pinjaman Bank sebab Bank terlalu ketat dalam meluluskan pinjaman. 2. Nama dah disenarai hitam sebab pinjaman lampau atau sejarah pinjaman. 3. Warga asing seumpamanya, tidak ada dokumen yang cukup untuk permohonan pinjaman 4. Untuk peniaga atau usahawan, mungkin tidak mahu nama atau rekod pinjaman terjejas dengan pinjaman kereta. Sekarang ada CCRIS, semua jenis pinjaman akan direkodkan. 5. Tidak mampu membeli kereta baru atau terpakai tanpa pinjaman 6. Lebih senang & mudah membeli kereta sambung bayar. Oleh kerana itu, demand atau permintaan untuk kereta sambung-bayar ni memang banyak dan akan sentiasa ada. Ini semua terbukti dengan semakin pesat dan rancaknya pengedar-pengedar kereta yang menjual kereta secara sambung bayar. Cuba la Google kereta sambung bayar.. berjela-jela iklan yang ada. Jadi saya sediakan video dalam 2 bahagian. Video pertama ni disediakan supaya boleh dijadikan panduan kepada pembeli untuk memahami proses-proses, risiko dan juga hak-hak sebagai pembeli kereta sambung bayar. Video selepas ini (minggu depan) disediakan khas sebagai panduan untuk sesiapa yang nak jual kereta secara sambung bayar. Seseorang memang ada sebabnya yang tersendiri kenapa dia nak jual kereta sambung bayar (seperti tidak dapat menjual kereta tanpa membayar baki pinjaman yang tinggi kepada Bank). Tapi sebelum tu, kalau you all belum subscribe, tolong tekan butang subscribe, klik loceng untuk mendapat notification video terbaru. Rujukan: Akta Sewa Beli - http://bit.ly/2vxWFlo Akta Kontrak 1950 - http://bit.ly/2v9gdN2 Penal Code - http://bit.ly/330tYtM Disclaimber/Penafian - Saya tidak menggalakkan pembelian kereta sambung-bayar ni tetapi kalau dah terdesak dan terpaksa, you all kena faham sedalam-dalamnya sebelum membeli kereta sambung bayar. Bila dah faham, kalau masih nak meneruskan hajat, itu risiko tersendiri. Saya bekas pengedar kereta baru & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Semasa berkhidmat dengan PEDA lebih pada 20 tahun, saya berpeluang untuk berdialog dengan usahawan/pengusaha/pengedar kereta , pelbagai agensi kerajaan dan Bank terutamanya semasa pindaan Akta Sewa-Beli dibuat. Saya juga bukan seorang peguam yang bertauliah. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya menjadi panduan kepada awam. #keretasambungbayar #belikeretasambungbayar #hakprosesrisikobelikeretasambungbayar

INSURAN MOTOKAR. APA YANG ANDA PERLU TAHU & CARA NAK KURANGKAN BAYARAN



Topik pada minggu ini ialah berkenaan dengan Insuran Motokar yang memang selalu kita mengambil mudah (take it for granted) atau memandang remeh kerana insuran adalah syarat mandatori untuk pendaftaran semua kereta & juga untuk setiap pembaharuan cukai jalan. Jadi semua membeli insuran motokar hanya setakat nak cukup syarat. Dalam video ni, saya terangkan sedikit keperluan untuk mengambil lindungan insuran, memahami jenis-jenis insuran dan faktor-faktor yang diambl kira untuk pengeluaran polisi lindungan kita terutamanya kepada pemilik baru kereta. Video ini juga memberi tip cara yang paling murah untuk mendapatkan insuran motokar. Topik ini pertama kali di majukan oleh Youtuber Princess Sofia dan oleh “I am Qay” dalam komen video di http://bit.ly/2PivVw1. saya harap semua soalan terjawab dalam video ni & kalau ada apa-apa soalan lain. tolong tinggalkan komen. NOTA & PERHATIAN: Tiada polisi insurans kenderaan yang melindungi risiko kecederaan dan kematian pada diri sendiri atau pada penumpang anda.  Kalau video ni bermanfaat, tolong like & share video ni dan tinggalkan Komen (atau tinggalkan komen atau topik untuk video seterusnya). Tolong juga tekan butan subscribe & butang loceng supaya you all dapat notification semua video yang terbaru. Ada banyak topik-topik yang saya akan berkongsi pada setiap minggu. Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya boleh menjadi panduan kepada awam.
© all rights reserved
made with by templateszoo