SELAMATKAN MALAYSIA SIRI-14: LANGKAH PENTING BAGI MEMBAIKI SEMULA PENARAFAN KREDIT MALAYSIA
1. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menambah baik penarafan kredit Fitch dari 'BBB+' kembali menjadi sekurang-kurangnya ke 'A-' dan seterusnya mengelak penurunan penarafan ke 'BB' dan menjadi ‘Junk’. Penarafan ini amat penting terutamanya kerana hutang negara telah menjangkau hampir RM1.3 trilion!!!
2. Ya…bukan sahaja hutang Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 tetapi mengikut data dari Institute of International Finance (IIF) berhubung perbandingan nisbah hutang ke KDNK (Debts to GDP), Malaysia mempunyai nisbah hutang yang
ke-8 terbesar di dunia semasa tempoh pandemik Covid-19. Ini
satu situasi yang membimbangkan memandangkan Malaysia masih merekodkan jumlah pesakit baru positif Covid-19 setiap hari yang tinggi.
4. Manakala dalam carta yang sama, kita dapat melihat bagaimana pentadbiran kerajaan di Australia dapat menurunkan hutang isi rumah dengan membenarkan jutaan warga Australia untuk mengeluarkan simpanan yang seumpama KWSP bagi menyelesaikan hutang dan pinjaman masing-masing. Malangnya di Malaysia, pengeluaran KWSP dibenarkan untuk perbelanjaan harian (yang tetap masih tidak mencukupi).
5. Dengan jumlah hutang yang tinggi menghampiri RM1.3 trilion, penarafan kredit oleh Fitch menjadi satu faktor penting untuk memastikan kos pinjaman dan hutang negara kekal ditahap yang rendah. Ini untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan membayar cukai tinggi selepas pandemik Covid-19 dapat diatasi.
6. Laporan Fitch ada memberi dua saranan untuk menambah baik (upgrade) penarafan tersebut iaitu dari segi kewangan awam ('Public Finance') dan struktur ('Structural').
7. Untuk mengurangkan beban pinjaman, saya ingin menekankan beberapa pendekatan pentadbiran Pakatan Harapan dalam tempoh 22 bulan dahulu (sebelum pandemik Covid-19). Pertamanya adalah semua Menteri dan Timbalan Menteri serta lantikan kanan kerajaan mengambil 'pay-cut' sebanyak 10%.
8. Keduanya; jumlah kementerian telah dikurangkan dan agensi-agensi kerajaan yang bertindan bidang kuasa samada dibatalkan atau disatukan sebagai satu jabatan dibawah sesuatu kementerian. Penstrukturan semula kementerian, agensi dan badan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kos operasi negara. Kos mengurus negara direkodkan sebagai hampir defisit dengan margin yang amat tipis akibat pembayaran hutang 1MDB dan SRC.
9. Unjuran hasil negara pada tahun 2021 telah dirangka tanpa mengambil kira gelombang ketiga pandemik Covid-19. Hasil atau pendapatan negara tergolong dari 3 kategori dan penyumbang terbesar ialah dari kategori cukai. Sebagai contoh, unjuran hasil dari cukai pendapatan untuk tahun 2021 dianggarkan lebih tinggi dari tahun 2019 sebelum wujudnya pandemik Covid-19. Umum sedia maklum kadar pengangguran pun dah hampir mencecah 1 juta.
10. Sebagai satu lagi contoh, seorang Menteri atau Timbalan Menteri atau lantikan setaraf menteri yang bergaji berpuluhan ribu hanya akan berbelanja sebahagian sahaja dari gaji besar yang diterima mereka dan kurang menyumbang kepada pengganda ekonomi (multiplier effect) serta tidak dapat mengurangkan statistik hutang isi rumah.
11. Tetapi penganggur yang mendapat pekerjaan dengan gaji sederhana akan menggunakan keseluruhan gaji untuk perbelanjaan isi rumah termasuk pembayaran ansuran pinjaman untuk menyara hidup. Perbelanjaan ini dapat menyumbang kepada kegiatan ekonomi dan mengurangkan jumlah hutang isi rumah.
12. Polisi fiskal dan pengurusan perbelanjaan mengurus (kos operasi) yang cekap harus dipraktikkan untuk memastikan jumlah pinjaman dan gaya berhutang dapat dikurangkan supaya kedudukan kewangan negara menjadi lebih positif.
13. Saranan kedua laporan Fitch ialah dari segi struktur atau tata-urus pengurusan (governance). Peningkatan standard tata-urus melalui ketelusan dan kawalan rasuah yang lebih meluas diperlukan untuk melonjak kembali penarafan ke 'A-'.
14. Dibawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, pelbagai rasuah berlaku dalam bentuk pemberian jawatan lantikan dalam kerajaan dan pemerdagangan kerusi Parlimen mahupun DUN. Ini berlaku kerana majoriti tipis 2 kerusi yang dimiliki oleh kerajaan Perikatan Nasional dan pendekatan itu terpaksa dipraktikkan untuk mereka kekal berkuasa.
15. Untuk mengatasi masalah tata-urus, cadangan Timbalan Presiden PEJUANG (Penaja), Dato’ Wira Hj. Marzuki Yahya untuk menubuhkan satu gabungan baru yang inklusif boleh dijadikan satu pendekatan yang boleh memperbaiki skor tata-urus selari dengan indikator yang ditetapkan oleh Bank Dunia.
16. Cadangan gabungan baru yang terdiri dari kerjasama ahli-ahli semua parti politik (kerajaan dan pembangkang) dan disertai semua ahli-ahli parlimen serta DUN yang tidak dapat menerima perlakuan pimpinan parti mereka yang bersedia menggadai prinsip perjuangan untuk mendapat kuasa, harus direalisasikan secepat mungkin.
17. Sesungguhnya, semangat benci kepada rasuah harus dipegang erat oleh semua pihak melampaui batasan parti politik.
18. Jika semua pimpinan politik yang punyai suara dalam Dewan Rakyat dan DUN boleh bersepakat untuk bergabung menentang pemimpin yang mengamalkan rasuah, bukan sahaja penarafan Fitch boleh dibaik pulih tetapi dengan kesepakatan itu juga mampu meningkatkan kesejahteraan dan kemajuan ekonomi serta politik negara.
ARMIN BANIAZ PAHAMIN ~ Usahawan teknologi, Mantan Pengerusi & President Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia.
#selamatkanmalaysia #pejuangberprinsip #tolakbelanjawan #muhyidinout
Siri 13: https://bit.ly/3oHrwlO - TIGA FAKTOR UTAMA PERUBAHAN NEGATIF PENARAFAN KREDIT MALAYSIA OLEH FITCH
Siri 12: https://bit.ly/39Sn0fQ - APAKAH KESAN DARI PENYEMAK TURUN PENARAFAN KREDIT MALAYSIA
Siri 11: https://bit.ly/38I0aXX - PINJAMAN TANPA FAEDAH UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)
Siri 10: https://bit.ly/3n2gq9S - BELANJAWAN GERGASI YANG YANG NGERI
Siri 9: https://bit.ly/3kbI1Uy - SUARA RAKYAT SEMAKIN PUDAR
Siri 8: https://bit.ly/34R4bH2 - TAN SRI MUHYIDIN YASSIN MESTI DIKEKALKAN
Siri 7: https://bit.ly/34NmgG8 - BELANJAWAN IMPIAN
Siri 6: https://bit.ly/3mEoP3j - DESAKAN PENGELUARAN KWSP, KEGAGALAN KERAJAAN
Siri 5: https://bit.ly/3mBoLBj - KERAJAAN PERPADUAN PENYELESAIAN KRISIS
Siri 4: https://bit.ly/3mzLGNB - HARAPAN PADA UNDIAN AHLI DEWAN UNTUK PEMILIHAN PM-9
Siri 3: https://bit.ly/31AKWPW - RASUAH TERBARU MELALUI PERJANJIAN KEYAKINAN DAN PERBEKALAN
Siri 2: https://bit.ly/3jqUeV2 - REALITI SEBENAR AKAN TIBA
Siri 1: https://bit.ly/2IHW2Mp
- PENTADBIRAN BARU UNTUK ATASI GELOMBANG KETIGA COVID-19
No comments
Post a Comment
Stay Tuned~