Responsive Ad Slot

Slider

Bantuan perlu disediakan sebelum capaian imuniti kelompok (Herd Immunity)

 KENYATAAN NEDIA

  1. Kami merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

  2. Tiada peruntukan atau perancangan yang disediakan kepada setiap sektor yang masih ditutup atau memerlukan masa untuk dibuka mengikut fasa-fasa yang dicadangkan. Kemungkinan besar sektor tersebut akan gulung tikar sebelum negara masuk ke fasa seterusnya.

  3. Sehingga imuniti kelompok (herd immunity) dicapai atau sehingga sektor-sektor dibuka, Moratorium menyeluruh atau blanket moratorium perlu disediakan. Moratorium ini tidak memerlukan peruntukan bajet tambahan dari kerajaan dan patut disegerakan.

  4. Bantuan juga perlu disediakan kepada peniaga kecil dan PKS yang tidak dapat beroperasi sehingga nilai ambang dicapai untuk maju ke fasa-fasa seterusnya.

  5. Diantara bantuan yang boleh ditawarkan seperti bantuan pengurangan sewa untuk pejabat, kedai, kediaman sekurang-kurangnya 30%.

  6. Pengurangan bil TNB sebanyak 50%. Umum sedia maklum kenaikan bil lektrik yang mengejutkan semasa PKP 1.0 dahulu.

  7. Pilihan untuk mengeluarkan wang KWSP supaya dapat membantu orang ramai untuk menampung sarahidup, memulakan perniagaan baru atau menjalani kehidupan selepas selesai PKP.

  8. Program Kupon Makanan bantu PKS, pengusaha mikro seperti saranan awal Parti Pejuang boleh digunakan untuk membuat pembelian daripada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar dan penerima bantuan kewangan melalui Geran Khas Prihatin (GKP).

  9. Oleh kerana sektor-sektor yang terjejas bergantung sepenuhnya diatas kebolehan kerajaan untuk mencapai sasaran nilai ambang disetiap fasa, bantuan yang diminta oleh industri wajar diberi pertimbangan yang sewajarnya.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat/ Ketua Biro Ekonomi Pusat (Penaja)
Parti Pejuang Tanahair 





0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo