Responsive Ad Slot

Slider

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN GERAN KEPADA PENIAGA KECIL DIBAWAH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

 KENYATAAN MEDIA

BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN GERAN KEPADA PENIAGA KECIL DIBAWAH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA.

  1. Parti Pejuang menggesa kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah wang dari dana COVID-19 sebagai geran untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang meminjam dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kami juga menggesa kerajaan untuk memberi laporan terkini tunggakan-tunggakan pembayaran oleh peminjam pinjaman AIM.

  2. Lebih RM800 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada AIM semenjak ditubuhkan; untuk tujuan memberi pinjaman kredit-mikro kepada golongan miskin untuk mereka memulakan perniagaan kecil.

  3. Merujuk kepada kenyataan Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahya pada 24 September 2021 di Berita Harian, kesan pandemik daripada sudut bayar balik pinjaman memang ketara. Kami amat prihatin dan risau terhadap masa depan 378,507 peminjam kredit mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD sepanjang pandemik.

  4. Lebih 90% peminjam terdiri dari bumiputera dan suri rumah dan terpaksa mula membayar semula ansuran pinjaman bermula pada 1 September 2021.

  5. Peniaga mikro ini menyara kehidupan seisi keluarga dengan mengusahakan perniagaan kecil dari pinjaman yang diperolehi melalui AIM. Hasil dari perniagaan tersebut, mereka membayar ansuran pinjaman dan bakinya digunakan untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.

  6. Peniaga-peniaga mikro ini amat bertanggungjawab terhadap pembayaran balik pinjaman dan ini terbukti dengan rekod kegagalan bayar balik pinjaman kurang dari 2% sebelum pandemik. Rekod ini merupakan prestasi yang lebih baik dari rekod kadar kegagalan bayar balik pinjaman Bank.

  7. Bantuan-bantuan yang sedia ada tidak akan dapat membantu peniaga kecil untuk kembali beroperasi selepas penutupan operasi yang agak lama. Geran yang di cadangkan adalah amat penting untuk pemulihan operasi peniaga-peniaga kecil.

  8. Berbagai bantuan telah disalurkan oleh AIM seperti moratorium automatik selama 16 minggu semasa PKP 1.0 dilaksanakan, penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan 12,568 peminjam dan semasa gelombang ketiga COVID-19, moratorium automatik dilanjutkan sehingga Ogos 2021.

UNTUK EDARAN SEGERA

  1. Moratorium masih diteruskan di negeri dalam Fasa 1 dan juga lokaliti yang berada dalam status PKPD, serta peminjam yang masih terkesan. Selain dari moratorium, AIM juga telah menyediakan dua kaedah yang terpakai iaitu permohonan Penjadualan Semula (PJS) dan Penangguhan Bayaran Balik (TBB).

  2. Kedua-dua kaedah ini tidak dikenakan caj pengurusan tambahan dengan mengekalkan baki pembiayaan Cuma peminjam hanya perlu memperbaharui caruman Tabung Khairat Hutang (TKH) bagi melindungi pembiayaan peminjam sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal.

  3. Namun, kelangsungan perniagaan mereka masih tergugat kerana bantuan tersebut hanyalah penangguhan pinjaman tetapi peniaga kecil memerlukan suntikan modal untuk kembali beroperasi.

  4. Tanpa geran untuk peminjam AIM, kami khuatir ramai akan tergolong dalam kategori kegagalan bayar balik pinjaman (NPL) dan berkemungkinan bankrap dan menjejas masa depan peniaga.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair 28.09.2021







0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo