Responsive Ad Slot

Slider

Jelajah Pimpinan Pusat ke Kota Bharu Kelantan (Part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Pada hari Sabtu saya balik ke Kelantan untuk merapatkan silaturahim bersama jentera parlimen Kota Bharu serta mendapat maklumbalas masyarakat dalam mengharungi pandemik. Sesampai saya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, saya di sambut oleh Penyelaras Pejuanita Kota Bharu merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pejuang Kelantan Cik Norasikim Yusof dan Farid Fakrullah Bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu. Bersama saya, Abdul Muthalib Zulkarnain, pasukan saya dari Biro Ekonomi Pusat Pejuang.
Kami kemudiannya tiba di Ayang Cafe dimana lebih 30 puluh jentera-jentera Pejuang kota Bharu telah berkumpul. Kami disambut oleh Dato Sazmi Miah selaku Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan dan jawatankuasa MPN. 7 orang dari pasukan saya di Biro ekonomi Pusat yang dipimpin oleh Tuan Mohd Norsharryadi Shaarai yang datang dengan kereta telah juga sampai lebih awal.
Turut hadir pada pagi ini Kapt ( B ) Wan Marzudi Setiausaha MPN Kelantan, Kazly Khalid Bendahari MPN, Penyelaras SPP Pengkalan Chepa, AJK MPN Kelantan, Nor Alinordin B Yaman, Penyelaras SPP Parlimen Kota Bharu, Hj Kamarolzaman B Junuh Penyelaras DUN Tanjung MAS, Faizul Hisham Abdul Samad Penyelaras DUN Kota Lama, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah B Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Nurhida Bt Ibrahim Penyelaras Pejuanita Muda Kota Bharu, Wan Azira bt Wan Mohamad Tim Penyelaras Pejuanita Kota Bharu, Mohd Khairul B Mamat Tim Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Ustaz Rosli, Mohd Zaki Mahmood, Emir Rostam, W Salawui W Yusuf, Nik Afif Nik ZUlkifli, Nor Syahmi B Alinordin, Qairatul Aini Azmi, Nurul Huda bt Mahmud, Azmi bin Salleh, Mazidah Bt Mohd Zain dan Noraini Bt Mohamed.
Saya dihidangkan berbagai makanan tradisi Kelatan. Ambo bedal Nasi Tumpang dan roti Ayang. Meme adat oghe Kelatae lagu tu. kalu ado jah tetamu mari, perut tetamu mesti keno kenyae. Kadae kadae sapa sekok hee..
Habih jah makae (eh terbabah terkecek kelatae pulop). Selesai sahaja makan, majlis secara santai dimulakan oleh Pengacara Majlis ala DJ, Saudara Suhaimi Yaakob.
Majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Nor Alinordin Yaman selaku tuan rumah disusuli oleh Ketua MPN Yg Bhg Dato Sazmi Miah yang juga memperkenalkan saya kepada jentera. Almaklumlah, saya bukan dari latar belakang politik, jadi tidak dikenali ramai.
Saya kemudiannya memberi ucapan politik unggul (maiden speech) sebagai MEP. Menjadi sejarah pada pagi ini, saya pertama kali bagi ucapan dalam dialek kelantan (tok pasti demoni pehae ko dok kekee).
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyerahan Bendera Pejuang oleh saya kepada Penyelaras SPP Kota Bharu Tuan Nor Alinordin dan Dato Sazmi Miah menyerahkan cenderahati bagi pihak Penyelaras SPP Kota Bharu berbentuk baju korporat Pejuang Kelantan.
Kami dalam convoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal kemudian berangkat ke Pasar Siti Khadijah
(Bersambung)





















0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo