Responsive Ad Slot

Slider

Menziarahi Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 3): Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Selepas selesai berjumpa dan bertemu bual peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, konvoi kami, Dato Sazmi Miah bersama pemimpin MPN, jawatankuasa dan jentera Pejuang Kota Bharu meneruskan perjalanan kami untuk melawat tapak rumah sederet terbakar yang terletak di Jalan Sultanah Zainab atau jalan yang lebih dikenali sebagai Jalan Gajah Mati.
Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Masjid Jamek Pakistan . Saya diiringi oleh Dato Sazmi Miah Ketua MPN Kelantan, Abdul Muthalib dari Biro Ekonomi Pusat, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Parlimen Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Alinordin Yaman Penyelaras Pejuang Kota Bharu serta jawatankuasa MPN dan jentera Pejuang sempat berbual mesra dengan beberapa keluarga. Salah seorang dari peniaga disitu berniaga barangan elektrik dan telah berada disitu agak lama. Beliau memaklumkan masalah utama kawasan itu merupakan dadah. Dadah dijual di kaki lima secara terbuka. Penagih dadah juga mengambil dadah secara terbuka. Berbagai laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan oleh pihak berkuasa. Malah penagih dadah itu sendiri mencabar pemilik kedai untuk membuat laporan polis kerana dia sendiri tahu tiada apa-apa tindakan akan diambil. Mangsa mengesyaki kebakaran berpunca dari api yang digunakan oleh penagih dadah.
Apabila melihat kami semua berpakaian rasmi Pejuang, keluarga cina salah sebuah keluarga mangsa kebakaran mendekati kami dan bertanya Pejuang ini apa? Kami menjawab Parti baru Tun Dr Mahathir dan menjelaskan hasrat kami datang ke Kelantan dari Pejuang Pusat, iaitu untuk berjumpa dengan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk merapatkan silaturahim, mendengar rintihan dan masalah yang mereka hadapi. Jelas terukir senyuman di mata peniaga cina sekeluarga itu lalu mereka bertanya banyak soalan berkenaan dengan parti pejuang dan Tun Dr Mahathir. Mereka amat menghargai Tun Dr Mahathir yang masih mengingati mereka di Kelantan. Panjang juga perbualan kami. MasyaAllah… terasa sebak melihat dan mendengar isihati mereka.
Kami bersyukur kerana dapat menghulur sedikit bantuan berupa barangan asas dan tunai kepada 10 keluarga untuk meringankan beban mereka yang hanya tinggal sehelai sepinggan.
Kadang-kadang kita tidak menghargai ahli politik tetapi ahli politiklah yang sebenarnya boleh mengubah kelangsungan hidup dan masa depan masyarakat. Kita harus tekad dan nekad untuk mengatasi masalah dadah dan kemiskinan di Kelantan InnSya Allah. Semoga dengan doa rakan-rakan, kita dapat membantu dengan lebih berkesan.
Saya doakan kesejahteraan dan moga diberi kekuatan kepada mangsa-mangsa kebakaran untuk kembali ke kehidupan asal mereka.













0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo