Responsive Ad Slot

Slider

KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA

 KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA

  1. Kuala Lumpur, 6 Disember 2021. Belanjawan 2022 berjumlah RM332.10 bilion telah diluluskan tanpa apa-apa langkah drastik yang diperkenalkan untuk mengurangkan kos mengurus dan hutang yang telah meningkat . Belanjawan juga diluluskan tanpa hubung kait dengan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12). Malah RMK12 juga tiada sasaran yang menarik yang boleh penambah- baik hasil negara terutamanya untuk menjelaskan pembayaran hutang yang tinggi. Kos mengurus negara berjumlah RM233.50 bilion perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah hutang negara yang sangat membimbangkan.

  2. Hasil negara juga banyak terjejas akibat pandemik dan Parti Pejuang Tanahair berpendapat kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus dan yang paling nyata adalah eperti berikut:

    1. Menghentikan semua lantikan jawatan bertaraf Menteri, mengurangkan jumlah

      Kementerian dan jumlah Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Perdana Menteri dan

      Menteri serta pegawai-pegawai Khas Menteri.

    2. Mengkaji semula dan mengubah kelayakan pencen, ganjaran dan peruntukan khas ahli atau

      anggota pentadbiran. Perbelanjaan tanggungan pencen pada tahun 2020 berjumlah RM26.392 bilion dan jumlah ini akan semakin meningkat setiap tahun dan mungkin berganda dengan suasana politik yang tidak stabil dan sekiranya ia tidak dihentikan sekarang.

    3. Meletakkan had maksima untuk segala kemudahan kepada Menteri sebagai contoh pembayaran kereta sewa dari Spanco sebanyak RM2,000 sebulan.

  3. Perbelanjaan yang dilihat menjadi satu pembaziran seperti kos duta-duta dan jawatan-jawatan bertaraf menteri termasuk jawatan Ketua Pembangkang bertaraf Menteri disamping melantik jumlah menteri, timbalan menteri, penasihat Perdana menteri, penasihat dan pegawai khas menteri yang ramai serta jumlah Kementerian yang banyak.

  4. Malah, perbelanjaan seperti kereta sewa kereta Perdana untuk Menteri berjumlah RM4,854.41 sebulan juga adalah satu kos yang tinggi. Umum sedia maklum kos kereta Proton Perdana dan jumlah sewa RM4,854.41 sebulan untuk sebuah kereta Proton adalah melampau.

  5. Kerajaan boleh berunding untuk mengurangkan kos sewa bulanan kereta Proton Perdana untuk mengurangkan kos kerajaan.

  6. Dengan menukar kereta Vellfire untuk kos sewa yang hampir sama membuktikan kerajaan langsung tidak prihatin untuk mengurangkan kos pentadbiran. Kalau perjanjian dengan SPANCO tidak boleh ditamatkan atas apa-apa sebab, sekurang-kurangnya kerajaan boleh berunding untuk mendapatkan harga sewa yang lebih berpatutan. Saya menyarankan supaya kerajaan menyewa terus kereta dari PROTON. PROTON mempunyai rangkaian dan kepakaran yang lengkap seluruh Malaysia.

UNTUK EDARAN SEGERA

7. Kos mengurus yang tinggi dan beban hutang ini akan merompak masa depan rakyat dari mendapat manfaat-manfaat pendidikan, kesihatan dan kelestarian ekonomi.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair 
06.12.2021






0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo