Responsive Ad Slot

Slider

SASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

 KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA

PARTI PEJUANG TANAHAIR MENSASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

Kajang, 2 Januari 2022. Parti Pejuang Tanahair mensasar untuk membantu 100,000 penganggur dan usahawan melalui program gerakan ekonomi Pejuang yang dilancarkan pada 19 Disember 2021.

Gerakan ekonomi Pejuang merupakan satu program yang menggerakkan semua jentera-jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu komuniti bisnes dan usahawan dengan mendigitasikan perniagaan atau kemahiran mereka serta menyediakan platfom pemasaran dan latihan. Sasaran utama kami adalah kepada golongan B40 terbawah.

Kami telah berjaya mendigitasikan lebih 2,000 kemahiran melalui program GIG, mendaftar 2,000 perniagaan dan memberi penempatan kerja kepada lebih 1,000 orang terutamanya di negeri Kelantan, Selangor dan Perak dan bercadang untuk menggerakkan jentera parti di seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai masyarakat.

Penggerak-penggerak Pejuang di setiap negeri dilatih dan dikelolakan oleh biro-biro Ekonomi Pejuang di setiap Negeri. Gerakan ekonomi Pejuang ini akan berlangsung sehingga akhir tahun hadapan atau sehingga masalah pengangguran menjadi kurang kritikal.

Parti Pejuang Tanahair amat bimbang keadaan rakyat yang semakin terdesak akibat kehilangan kerja dan tiada sumber pendapatan. Terkini lebih 60,000 rakyat kehilangan kerja dan jumlah pengangguran telah meningkat mencapai paras 860,000.

Kami risau keadaan dan kebajikan mereka terutamanya dengan kenaikan harga barang keperluan asas yang teramat tinggi dan situasi banjir yang menjejas kedudukan ramai.

Oleh itu, Parti Pejuang Tanahair dengan kerjasama Pertubuhan Gerakan Ekonomi Malaysia telah melancarkan Gerakan Ekonomi Pejuang Kebangsaan diseluruh negara pada 19 Disember bermula dengan Negeri Selangor.

Pelancaran gerakan ekonomi pejuang disempurnakan oleh YBhg Datuk Wira Hj Marzuki Yahya selaku Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanahair, Armin Baniaz Pahamin selaku ahli Majlis Eksekutif Pusat merangkap Ketua Biro Ekonomi Malaysia bersama YB Tuan Harumaini Hj Omar Ketua Pimpinan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor disertai oleh Dato Hj Mohd Zaidi bin Hj Llamdin, Ketua Biro Ekonomi Selangor.

UNTUK EDARAN SEGARA

Jentera parti di semua peringkat akan keluar bertemu dan berjumpa dengan masyarakat di kawasan parlimen mereka untuk menawarkan bantuan yang disediakan dibawah gerakan ekonomi Pejuang. Perbezaan utama gerakan ekonomi Pejuang dengan program lain ialah dari segi pendekatan ini. Jentera kami keluar membantu menawarkan bantuan dan bukan mereka yang memerlukan bantuan perlu datang ke kami.

Pakej bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang yang disediakan merangkumi 4 aspek:

  1. Peluang pekerjaan ini terbuka kepada semua warga negara berumur 18 hingga 60 tahun dan tidak memerlukan apa-apa sijil. Pemohon yang mempunyai ijazah dan sijil

    boleh memohon dengan Gred dan tangga gaji yang berbeza.

  2. Penempatan latihan kemahiran secara percuma kepada golongan yang berminat

    untuk mendapatkan kemahiran atau latihan. Latihan disediakan dalam 2 kategori: jangkamasa pendek (dalam 5 hari) atau jangkamasa panjang (beberapan bulan/tahun).

  3. Pendaftaran Perniagaan untuk bantuan khidmat nasihat, pendigitalan, peningkatan pemasaran melalui hebahan secara berpusat, memajukan ekonomi sesama peserta.

  4. Pendigitalan Kemahiran untuk menjana pendapatan dari kemahiran.

Oleh kerana sasaran kami adalah golongan B40 terbawah, kepada mereka yang memohon kerja melalui kami, segala kos perjalanan, penginapan, kelengkapan asas, kos pengangkutan pergi balik ke tempat kerja dan makan & minum untuk bulan pertama sebelum mendapat gaji akan disediakan oleh majikan yang berdaftar dengan kita.

Selangor merupakan negeri pertama yang mengadakan ‘Roadshow’ Gerakan Ekonomi Pejuang yang telah berlangsung di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali pada 19 Disember; 26 Disember 2021 di Balairaya PJS 20/11 Petaling Jaya dan 2 Januari 2022 No. 32, Jalan Kajang Perdana 2/3 Selangor. Labih banyak mini roadshow akan di adakan di pelusuk Selangor.

Tujuan Roadshowini diadakan untuk memaklumkan kepada lebih ramai masyarakat bantuan yang kami sediakan dan untuk rakyat yang lebih selesa untuk ‘walk-in’ berjumpa dengan kita. Sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil kami di kawasan parlimen terdekat seperti dilampiran.

Untuk mereka yang memerlukan bantuan ekonomi Pejuang, mereka boleh menghubungi penggerak kami seperti dalam senarai lampiran.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Ketua Biro Eonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair 03.01.2021





0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo