Responsive Ad Slot

Slider

Felda perlu ambil tanggungjawab hutang peneroka RM10.375 bilion



Felda perlu ambil tanggungjawab hutang peneroka RM10.375 bilion | Utusan Malaysia | Oleh ARIF AIMAN ASROL | 25 Februari 2023, 11:59 am


PETALING JAYA: Hutang peneroka sebanyak RM10.375 bilion yang terkumpul sejak 2021 perlu dipertanggungjawabkan kepada Felda kerana ia berpunca daripada kelemahan agensi itu sendiri.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin mendakwa, Felda gagal menyediakan penyata hutang yang telus yang mana nilai-nilai dinyatakan diragui dan dipertikai oleh peneroka sendiri.

Katanya, sikap tersebut membuatkan peneroka terpaksa mengambil keputusan sendiri iaitu mengambil alih pengurusan ladang yang sepatutnya di bawah pengurusan Felda.

“Peneroka-peneroka Felda buat julung kalinya mendapat penyata hutang yang mereka sepatutnya menerima setiap tiga bulan selepas tarikh perjanjian penanaman semula semasa perlaksanaan program pelupusan hutang.

“Apabila peneroka menandatangani perjanjian enam muka surat persetujuan pelupusan hutang, maka peneroka secara tidak langsung mengakui jumlah hutang yang dinyatakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan menghentikan inisiatif penghapusan hutang Felda, persoalan utama adalah jumlah yang perlu dibayar balik.

“Adakah ini bermakna jumlah hutang yang secara tidak sengaja diperakui semasa menandatangangi persetujuan pelupusan hutang itu dengan harapan hutang tersebut dilupuskan akan menjadi jumlah hutang yang perlu dibayar balik?” katanya menerusi satu kenyataan.

Armin Baniaz berkata, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan peneroka menghadapi detik sukar iaitu menjadi fakir tetapi turut memberi kesan negatif kepada anak cucu mereka apabila perlu hidup untuk membayar hutang sehingga mati.

“Ini hutang yang mereka tidak pun tahu hujung pangkalnya. Jadi bagi menjamin masa depan peneroka dan keluarganya, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan keputusan penghapusan hutang peneroka Felda,” katanya. – UTUSAN

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo