Responsive Ad Slot

NAJIB RAZAK BOLEH BEBAS - AZLIANA ADNAN


NAJIB RAZAK BOLEH BEBAS JIKA BERJAYA MENDAPAT PENGAMPUNAN DARI YDPA.
Oleh: Wan Azliana Wan Adnan
1. Hari ini, 31/3/2023 Permohonan semakan DSNR ditolak. Keputusan oleh Panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan secara Majoriti 4-1 dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, 3 Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan menentang.
2. Dengan penolakan permohonan semakan ini, DSNR akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun.
3. Walaubagaimanapun jika berjaya mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, DSNR akan dibebaskan.
4. Pada 23/8/2022 Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir dan DSNR pada hari yang sama menjalani hukuman penjara. Pada 2/9/2022 Petisyen untuk mendapatkan pengampunan telah difailkan.
5. Diharap YDPA akan menolak petisyen tersebut kerana kes ini telah dibicarakan secara adil. Malah keputusan semakan pada hari ini telah membuat keputusan bahawa tiada “bias” (berat sebelah) atau “breach of natural justice” (prinsip keadilan asasi)
6. Mahkamah telah membuat keputusan. Bukan sekali tetapi beberapa kali dibeberapa peringkat, iaitu bicara kes di Mahkamah Tinggi, Rayuan di Mahkamah Rayuan dan juga Rayuan di Mahkamah Persekutuan. Jumlah keseluruhan Hakim yang mendengar adalah 14 orang. Seorang hakim Mahkamah Tinggi, 3 orang hakim Mahkamah Rayuan, 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan. Dan hari ini keputusan semakan 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan.
7. Yang Arif Datuk Vernon Ong semasa membaca keputusan berkata “He (Najib) was the author of his own misfortune. The review application should be, and hereby, dismissed,".
8. Ingatkan kembali kesalahan DSNR. DSNR telah disabitkan dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana syarikat tersebut pada 28/6/2020.
9. Kes pendakwaan terhadap DSNR telah bermula pada 4/7/2018 dan akhirnya hari ini 31/3/2023 selesai sudah segala proses Mahkamah bagi DSNR.
10. DSNR harus membayar denda RM210juta. Kerajaan Perpaduan Madani harus dengan segera menuntut bayaran tersebut dari PM6 🇲🇾.
11. Sabitan dan hukuman terhadap DSNR memberi pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pemimpin politik dan masyarakat bahawa NO ONE IS ABOVE THE LAW.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BERCAKAP MENGENAI BANGSA MELAYU SEJAK 80 TAHUN YANG LEPAS


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BERCAKAP MENGENAI BANGSA MELAYU SEJAK 80 TAHUN YANG LEPAS

Semua pihak yang tidak bertanggungjawab harus berhenti untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya hendak jatuhkan kerajaan PH pada hari ini apabila beliau bercakap secara proaktif mengenai masa depan orang-orang melayu.

Apa masalahnya untuk kita bercakap serta berbincang mengenai kedudukan anak bangsa melayu tanpa sebarang unsur-unsur yang menyentuh mengenai sensitivi agama, Raja-Raja Melayu dan mempertikaikan hak kaum-kaum lain di negara ini?

Dalam perlembagaan persekutuan termaktub secara jelas mengenai hak-hak orang-orang melayu yang mana berhak untuk berbincang atau mempertahankan pada setiap masa tanpa sebarang elemen-elemen provokasi.

Mengapa pada pemikiran kerajaan Madani apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap mengenai dilema orang-orang melayu mereka mentohmah itu satu gerakan untuk menganjurkan kacau-bilau ke arah hendak menumbangkan kerajaan.

Pada hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali mengingatkan serta memberi arahan kepada kami semua agar tidak terlibat dengan mana-mana gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas bahawa apa saja daya-usaha murni kerajaan pada rakyat jelata harus disokong.

Tetapi sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang tidak baik untuk bangsa dan negara maka kita harus memberi tentangan secara habis-habisan.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa semua pihak harus meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas kepentingan politik.

Kesejahteraan penghidupan rakyat serta masa depan negara harus diutamakan. 

Bukan perbuatan untuk merebut kuasa yang harus diutamakan!

Bagaimana dengan kedudukan masakini Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen hendak menjatuhkan kerajaan?

Apa kekuatan yang masih ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini?

Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad merasa amat hairan pada usia yang mencecah 98 tahun beliau senantiasa ditakuti oleh kalangan tertentu khususnya Perdana Menteri masakini.

Beliau menyatakan bahawa beliau sudah terlalu tua dan tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkan kerajaan; jadi apa yang pihak tertentu takut pada ‘bayang-bayang sendiri?’

Sebenarnya, terdapat segelintir dari kalangan yang tidak bertanggungjawab cuba hendak mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad secara membuat satu ‘branding’ seolah-olah beliau gemar mengganggu-gugat kestabilan lanskap politik tanahair kita.

Ini akan memberi satu imej bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan hanya mementingkan legasi peribadi semata-mata tanpa memikirkan kepentingan bangsa serta negara.

Ramai orang-orang melayu menyokong mengenai niat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menganjurkan majlis ‘Proklamasi Orang Melayu’ baru-baru ini.

Sebenarnya, ini adalah sesi perjumpaan secara tertutup berlandaskan perjumpaan ‘non partisan’ dengan jemputan terhad 350 orang saja.

Majlis ini adalah untuk bermuzakarrah mengenai segala permasalahan orang-orang melayu dan untuk mencari satu formula ke arah menyelesaikan segala polemik bangsa melayu  yang belum selesai selaras dengan perlembagaan negara.

Kita hanya ingin mencari satu kaedah bagi menjaminkan kesejahteraan masa depan orang-orang melayu tanpa menyalahi atau menyentuh hak kaum-kaum lain di tanahair yang tercinta ini.

Majlis sepatutnya dianjurkan secara tertutup tanpa sebarang unsur-unsur provokasi, tiada perarakan di jalan raya mahupun bukan satu himpunan besar secara terbuka.

Cuma yang peliknya Sekretariat Orang Melayu selaku penganjur gagal untuk mendapatkan tempat di empat lokasi walaupun milik syarikat swasta ditolak atas alasan ‘tekanan dari atas.’

Walaupun wang pembayaran sudah dibuat secara sepenuhnya namun di saat akhir lokasi pengajuran telah dibatalkan atas dasar arahan dari kalangan tertentu.

Berpuluh tahun pemimpin-pemimpin kerajaan Madani bercakap mengenai ‘reformasi,’ ‘kebebasan bersuara’ dan ‘demokrasi’ tetapi malangnya hari ini mereka semua kelihatan hanya ‘beretorika’ semata-mata.

Sungguh memalukan di alaf moden dengan kerajaan yang kononnya ditunjang oleh tokoh ‘reformasi’ menyekat serta menghalang atau menafikan hak-hak orang lain dalam sebuah negara yang mengamalkan amalan demokrasi.

Dalam bahasa yang ringkas; Anwar Ibrahim adalah seorang ‘kaki penipu dulu, kini dan selamanya.’

Anwar Ibrahim jangan lupa dia hanya mampu menipu Allah swt dan memperbodohkan rakyat jelata hanya untuk seketika bukan buat selamanya.

Malaysia sedang diuji oleh Allah swt dan keseluruhan umat Islam di negara kita harus menadahkan tangan berdoa agar kifarah serta mala-petaka ‘sejarah zaman Nabi Lut’ tidak diturunkan di bumi orang-orang melayu ini. Ameen.

Yang Ikhlas, 
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
26 Mac 2023

***********************************************************************

DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN adalah mantan Ketua Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, seorang aktivis, dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

TUN MAHATHIR SELAMATKAN NEGARA - HAJI HADI ABDUL AWANG


Tun Mahathir Selamatkan Negara


#PAS ketika meniadi pembangkang yang tegar, tidak lupa akan peranan Tun Mahathir yang menyelamatkan negara ketika krisis ekonomi daripada diheret oleh Menteri Kewangan (yang dinobatkan paling hebat di Asia) masuk ke dalam mulut buaya Tabung

Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa peristiwa yang lain"


YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Minda Presiden PAS, 'Malaysiakini Mempromosikan

ICERD dan Malaysian Malaysia', 23 Mac 2023 


JANGAN MALU MENGAKU MELAYU-BIBI SUNITA


JANGAN MALU MENGAKU MELAYU

1. Saya lahir setahun selepas peristiwa berdarah 1969. Seringkali mendengar cerita dari arwah bapa dan kawan2 beliau mengimbau detik2 berlakunya peristiwa ini.
2. Anak-anak yang lahir tahun 1980an ke atas, masing-masing tak mendapat peluang mendengar cerita2 ni dari ibu bapa mereka. Tak banyak yang tahu. 5Ws,1H (who, what, when, where, why & how).
3. Bila bercakap tentang ini, semacam taboo, mungkin dilihat sebagai membakar semangat api perkauman.
4. Tidak sama sekali. Apa yang berlaku, semua dah wujud dalam sejarah tanahair kita ini dan tak akan terpadam melainkan ada tangan-tangan yang ingin peristiwa-peristiwa sebegini terkubur dan tertanam.
5. Bukan juga niat kita selaku bangsa yang sangat bertolak ansur ingin mempertikaikan hak bangsa lain di negara ini. Kita bukan bangsa yang sedemikian. Kita bangsa yang hormat menghormati antara satu sama lain dan buktinya sejak dari negara ini merdeka hingga ke detik hari ini, kita mampu berkongsi rezeki dari hasil bumi Malaysia yang bertuah ini dengan berbagai kaum dan bangsa.
6. Namun perangkaan dan data maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara tidak boleh kita semua nafikan
7. Bangsa Melayu masih berada jauh ketinggalan ke belakang berbanding kaum-kaum lain di negara ini.
8. Apa yang boleh kita lakukan untuk mencari jalan
terbaik
menyelesaikan masalah ini?
9. Ekonomi bukan milik kita, tanah rezab melayu menurun, ada aset hartanah dijual, terjual, terlelong menjadi milik orang lain, bangsa Melayu tak berkemampuan beli lot-lot rumah atau apartment yang harganya mencecah ribuan-ribuan ringgit, adapun bangsa Melayu yang kaya, semakin kaya, tunjukkan kemewahan yang ada dalam media massa namun ribuan, jutaan lagi bangsa Melayu sedang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
10. Kini, kuasa juga tidak lagi kita ada. Banyaknya parti-parti Melayu mengakibatkan pepecahan sesama kita, akhirannya kemenangan bukan milik kita. yang ada pun bersekongkol menghalalkan cara. Dengan Gah mendabik dada, sedangkan bangsa kita masih di takuk yang sama.
11. Pemimpin bangsa kita yang ada, masing-masing majoriti terpalit dengan perbuatan-perbuatna mereka sendiri yang membawa kepada kerendahan akhlak dan menjatuhkan imej serta maruah bangsa kita sendiri.
Sikap amanah, bersih, cekap, berintigriti, bermaruah, berprinsip sudah tiada dalam kamus mereka. Yang ada kini, lobi jawatan, mencari kuasa, untuk menyalahgunakan apa saja yang di depan mata untuk kepentingan peribadi masing-masing jauh sekali untuk niat membantu bangsa, agama dan negara.
12. Alangkah sedih dan malang nasib kita, bangsa Melayu.
13. Kita perlu bangkit, kita bercakap soal maruah kita, kita berkata soal nasib kita, kita berhujah soal kehidupan kita.
14. Jangan kita malu mengaku diri kita Bangsa Melayu.
15. Atas nama bangsa Melayu inilah, kita ingin ajak semua kembali sedar, tahu, ingat, kenang, imbas setiap sejarah2 yang tercatit dan tercatat di negara kita ini.
16. Pesan-pesan kepada anak-anak kita, cucu-cucu kita bahawa jika kita tak cuba berusaha melakukan sesuatu untuk Melayu kembali menjadi Satu, kita mungkin tak lagi mendapat apa jua keistimewaan yang sedikit ini yang kita terima dari tanahair kita ini.
17. Justru itu, marila bersama-sama kami, dalam menyatakan niat kita agar Bangsa Melayu itu Satu, Bangsa Melayu itu Islam.
19. Bersama-sama kita nyatakan niat kita agar Melayu bergabung melalui proklamasi orang melayu di link diberikan ini.
20. Ingatan untuk diri saya sendiri dan bangsa saya.

Ikhlas dari saya (Hjh Bibi Sunita S.Khan)

Nota : Syukur, semua yang datang ke ofis saya, bersetuju atas Proklamasi Orang Melayu dan menandatangani dengan rela hati. Kita bukan sekadar menggunakan pen or dakwat utk tandatangan proklamasi ini, tapi ini adalah jiwa, jihad, ibadah dan niat kita untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.
Hadamkan.

Kepada Wanita-wanita Melayu, yang ingin sertai Sekretariat Wanita Tanahair untuk membantu usaha kami ini, amat kami alu-alukan, boleh mesej, pm, dm saya.. Moga Allah merahmati usaha kita ini dan kita lakukan dengan sedaya mungkin. InsyaAllah. Amiiin 

***********************************************************************

HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

HURU-HARAKAN NEGARA BUKAN TUJUAN “PROKLAMASI ORANG MELAYU


HURU-HARAKAN NEGARA BUKAN TUJUAN “PROKLAMASI ORANG MELAYU
Oleh: Azman Mohd Hashim

Sekarang kerap kita mendengar ungkapan; Orang Melayu sudah berpecah kerana wujudnya berbagai Parti Melayu di persada Politik Tanah Air. Maka inilah salah satu kenapa Sekretariat Tanahair mengujudkan “Proklamasi Orang Melayu”.

Proklamasi yang baru dilancarkan pada 19 Mac 2023, merupakan satu proklamasi orang Melayu yang melangkau batasan kepartian. Ianya bukan untuk mana-mana parti politik atau kumpulan, ianya dibuat untuk orang Melayu. Untuk menyedarkan orang Melayu di manakah kedudukan kita di Tanah Melayu ini. Ianya untuk menyatukan orang Melayu, kerana hanya dengan penyatuan orang Melayu maka kejayaan akan dapat di capai bagi menjamin masa depan orang Melayu. 

Proklamasi Orang Melayu ini mendapat sokongan dari Negarawan Negara yang kita Banggakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga beberapa lagi pemimpin-pemimpin Melayu, seperti Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Dato’ Mohd Zaini Hassan, Aminuddin Yahya, Tan Sri Khalid Yunus, Datuk Wira Marzuki Yahya, Dato’ Tamrin Abdul Ghafar, Datuk Dr Ibrahim Ali, Dato Mohamed Mohsin Abdul Razak dan ramai lagi yang akan menyusul. Mereka telah menunjukkan sokongan kepada Proklamasi Orang Melayu ini dengan hadir pada 19 Mac 2023 dan menurunkan tandatangan.

Tiada apa-apa yang rasis didalam kandungan Proklamasi Orang Melayu dan bukan niat Sekretariat Tanahair untuk meniup sentimen perkauman mahu pun mencetuskan keadaan huru-hara di dalam negara yang tercinta ini. Apakan lagi merampas hak kaum lain, tidak disebut sepatah pun mengenai mana-mana kaum di atas bumi ini selain Orang Melayu. Proklamasi ini semata-mata untuk mengimbau kelemahan dan memberi kesedaran serta menyeru penyatuan orang Melayu.

Melayu perlu bersatu, kerana apabila kita dilihat berpecah dan lemah, maka Islam itu akan dilihat lemah. Baru-baru ini Utusan Malaysia melapurkan ada sekumpulan individu dan Persatuan Agama menyaman 8 buah Negeri dan mendesak ditukar enakmen Undang-Undang Islam, sebelum ini pula terapat isu menjemput belia melawat gereja, ini semua mencabar kesucian Islam dan kedudukan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara.

Seruan adalah untuk Orang Melayu menghayati 12 perkara yang tercatit didalam Proklamasi ini, dan berikan sokongan dengan menurunkan tandatangan samada melalui online mahupun diatas borang.

Berikan perhatian kepada perkara ke 9,10,11 dan 12 Proklamasi Orang Melayu yang berbunyi:
9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka Kembali bersatu.
10. menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukan perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak relevan lagi.
11. Jesteru, kita menyeru supaya ketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.
12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Agama.

Azman Mohd Hashim
Jawatan Kuasa Sekretariat Tanahair

***********************************************************************HAJJAZMAN MOHD HASHIM ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

UMNO Sudah Tiada – Dr Mahathir

 

Oleh Mahdzir Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti UMNO sudah tiada lagi dan gugur daripada perjuangan asalnya. Beliau menyatakan demikian dalam hantaran terbarunya menerusi applikasi twitter semalam.

Dakwanya, UMNO tidak ada lagi dan apa yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

“Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya.

Dr Mahathir melontar perkara itu sebagai mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

Dalam mesyuarat itu juga, UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Bagi Mahathir, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenarkan.

“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.

“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO,” soal beliau.

Justeru. Beliau mengajak orang UMNO sedar bahawa UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. – malayadaily.com

***********************************************************************

MAHDZIR IBRAHIM ialah Pengarang di portal MalayaDaily.com. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

KOPI DAN BALUT SUNGAI PENCHALA

 


Evening walk dengan twins di sekitar Sungai Penchala. Berhenti sat minum kopi di Kopi Dan Balut. Hari-hari lalu gerai ni tapi tak kesampaian hajat nak try. Gerai ni terletak betul- betul selekoh jalan menghala ke rumah. Selepas Nizra Auto.
Biasanya memang ramai pengunjung kedai ni. Gerai ni di usahakan oleh Shapik, anak muda yang memang menetap di sini; Sungai Penchala.
Petang ni masa tengah walkabout dengan twins, singgah kat Kopi & Balut berkenalan dengan Shapik. Shapik friendly dan mesra. Shapik suruh try pekena kopi vanilla. First time try kopi vanilla.
Sambil tolak pram, sambil hirup kopi. Kopi ni dibuat secara manual, omputih kata hand-made fresh from the oven. Hirup pertama terkejut sat. Tak sangka sedap gila kopi ni. Esok boleh singgah lagi.

Gerai buka setiap hari dari pukul 12pm sampai 7pm. Bulan Ramadhan buka pukul 6pm sampai 12 tengah malam. Masa bulan puasa, Shapik juga menjual makanan berbuka puasa seperti Spaghetti selain dari kopi kepakaran mereka. Terima kasih Pik.

Ps. Zoom gambar tu nampak Shapik kat belakang tengah sengeh 😁

ORANG MELAYU BERHIMPUN DIKATAKAN RASIS- BIBI SUNITA



Oleh: Hajjah Bibi Sunita Sakandar Khan

1. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) (2022), kadar kemiskinan mutlak bagi Bumiputera adalah 7.2%.

2. Peratusan 7.2% ini lebih tinggi daripada Paras Nasional iaitu 5.6%.

3. Seramai 383,036 orang dikalangan Bumiputera berbanding 136,124 Bukan Bumiputera dikategorikan sebagai penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini bermakna penerima bantuan paling ramai adalah dari kalangan bumiputera

4.  Kaum Bumiputera merupakan kaum terbesar di Malaysia, seramai 21.1 juta orang atau merangkumi hampir 70% daripada populasi penduduk di negara ini. 


5.  Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu,

Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. 

6.  Meskipun memegang komposisi penduduk terbesar, kaum Bumiputera sering dikaitkan dengan pelbagai kesulitan ekonomi dan sosial yang tampak seperti tiada penghujungnya walaupun saban tahun diberikan keutamaan oleh Kerajaan.

7. Bukan saja Bumiputera yang majoritinya dari etnik orang Melayu mempunyai jurang kemiskinan yang tinggi berbanding kaum lain, malah dari segi pemilikan hartanah juga rendah, sehingga faktor kemiskinan ini membuatkan sehingga ada yang menjual atau menggadaikan hartanah mereka yang akhirannya tidak dapat dituntut dan terlepas dari tangan menjadi milik orang lain khususnya bangsa asing.

8. Sebagai contoh, daripada 94,000 perniagaan yang didaftarkan pada tahun 1957, hampir tiga per empat daripadanya dimiliki oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya memegang lebih kurang 15% sahaja daripada perniagaan yang didaftarkan. Monopoli kaum Cina dalam industri-industri utama negara seperti perbankan juga begitu jelas sekali pada era pasca Kemerdekaan

9.  Perangkaan ini bukan direka-reka atau dicipta-cipta tetapi semua termaktub dalam perangkaan dan kajian2 yang telah dilakukan oleh Jabatan berkaitan.

10. Pada 19hb Mac 2023, atas dasar dan keprihatinan Sekretariat TanahAir telah menjemput YABhgia Tun M untuk bersama2 melihat permasalahan dan isu ini secara serius dan perlunya semua bangsa Melayu melakukan sesuatu untuk mengatasi permasalan dan isu ini.

11.  Namun 4 kali lokasi dipilih oleh Sekretariat ini, 4 kali juga telah dibatalkan oleh pemilik lokasi tanpa diberikan apa jua alasan yang munasabah.

12. Orang Melayu hendak berkumpul untuk membawa isu-isu yang jelas di depan mata namun kerajaan menuduh perhimpunan ini menunjukkan ada sikap rasis dan perkauman.


13. Wahai Kerajaan!!! Adakah menjadi kesalahan kepada kami-kami untuk mencari jalan dan usaha sebagai bangsa Melayu untuk memperbaiki masalah dan isu yang terpampang di data-data perangkaan tersebut???

14.  Kami orang-orang Melayu tidak rasis, Sepanjang zaman bermula Merdeka hingga kini, berikan bukti-bukti yang kami orang-orang Melayu mengamalkan sikap rasis kami kepada kaum lain. Buktikan dan bukan menuduh kami rasis hanya kerana takut pada bayang-bayang sendiri.

15.  Kami ingin majukan diri kami, kami ingin lihat purata kadar kemiskinan kami dibaiki dan bukan lagi lebih tinggi dari kadar paras Nasional. 

16. Sekarang ini, dilihat hanya golongan elitis yang kaya semakin kaya, kami-kami ini, masih terkial-kial mencari rezeki, anak-anak kos sekolah, ada hingga nak beli komputer riba untuk sekolah anak-anak pun tak mampu, warga emas tak diberi perhatian, yg bekerja gaji tak cukup untuk sara keluarga mereka sedangkan kos barang2 meningkat hari demi hari.

17. Ada pulak dari kalangan mereka yang berjawatan ingin untuk menghapuskan dan mengurangkan dominasi kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam, sedangkan ini sajalah punca pendapatan orang2 Melayu, sektor lain dikuasai oleh Siapa?? adakah anak2 Melayu dapat pekerjaan di sektor2 ini?? ada yang diterima tetapi harus pula diminta untuk menanggalkan hijab mereka. Ini apa wahai Kerajaan??

18.  Jangan fikir kami tiada mata, mukut kami tertutup rapat, telinga kami pekakkan.

Kami lihat, sedar, dan faham situasi kami ini.

19. Salah kah kami ingin berkumpul untuk menzahirkan isu-isu kami ini??

20.  Saya bersyukur, saya salah satu dati ramai anak-anak Melayu lahir dari Universiti UITM, saya anak miskin yang dari kecil hidup menumpang sedara mara, saya ingin bersama-sama membantu bangsa saya orang-orang Melayu.

21.  Saya tidak rasis, saya punyai ramai sahabat-sahabat berbangsa lain dan kaum-kaum lain. Saya juga menjadi pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berbilang kaum. Saya yakin ramai kami orang-orang Melayu bukan terdiri dari golongan rasis, amat menyedihkan bila dituduh sedemikian rupa.

22.  Atas apa yang berlaku kini dan dengan insaf serta keyakinan untuk bersama-sama perjuangan orang-orang Melayu, saya menandatangani PROKLAMASI ORANG MELAYU. 

23. Saya pohon semua yang bernama dan mengakui diri mereka Orang Melayu, jom sama2 kita tandatangani Proklamasi Orang Melayu ini.

https://bit.ly/ProklamasiOrangMelayu

24.  Ini ibadah & Jihad kita untuk generasi anak cucu cicit kita yang akan datang


*********************************************************

HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

Proklamasi Orang Melayu

Proklamasi Orang Melayu

1. Secara keseluruhan hanya 65% rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbandingkan dengan 98% rakyat bukan Melayu yang keluar mengundi. 35% rakyat berbangsa Melayu tidak mengambil kisah soal pemilihan wakil rakyat.

2. Sebahagian besar yang keluar mengundi ini, keluar mengundi untuk mendapat sogokan wang kecil berjumlah RM100-RM500 setiap seorang.

3. Matlamat utama Proklamasi Orang Melayu ialah untuk menimbul kesedaran dan mendorong lebih ramai orang-orang Melayu untuk mengambil kisah tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi. Tanggung-jawab untuk menyedarkan orang-orang Melayu ini perlu di pikul bersama oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu merentasi kepentingan politik.

4. Saya amat kecewa dengan tindakan kerajaan menghalang inisiatif murni Sekretariat Tanahair untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tanggung-jawab mereka terhadap Negara.

5. Untuk pelancaran proklamasi ini, empat dewan dengan kapasiti hanya 300 hadirin telah membatalkan tempahan yang telah pun dibayar di atas arahan tangan ghaib. Majlis tertutup kecil dengan jemputan rasmi hanya 80 hadirin telah di labelkan sebagai perkauman. 

6. Inikah yang di namakan demokrasi oleh kerajaan Perpaduan?

7. Orang-orang Melayu tidak sedar kejahilan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab untuk keluar mengundi atau mengundi pemimpin yang memberi wang sogokan akan merugikan mereka pada jangka masa panjang.

8. Ini telah terbukti melalui statistik dengan jumlah pegangan ekuiti orang Melayu yang kecil dan semakin merosot, jumlah tanah rizab melayu yang semakin pupus. Jumlah kemiskinan yang tertinggi dan semakin besar di tanah Melayu, adalah orang-orang Melayu. 

9. Dengan Lafaz Bimimillah, saya Armin Baniaz Pahamin seorang warganegara berbangsa Melayu menandatangani Proklamasi ini.

10. Marilah orang-orang Melayu bersama, bersatu membina bangsa kita. Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Orang Melayu


Berikut adalah Proklamasi yang di tandatangani.


PROKLAMASI ORANG MELAYU 

  1. Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.
  2. Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka. 
  3. Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka. 
  4. Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri. 
  5. Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri. 
  6. Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu. 
  7. Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka. 
  8. Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka. 
  9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan Berjaya jika mereka kembali bersatu. 
  10. Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan. 
  11. Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri. 
  12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara.

Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini. 





© all rights reserved
made with by templateszoo