Responsive Ad Slot

Slider

JANGAN MALU MENGAKU MELAYU-BIBI SUNITA


JANGAN MALU MENGAKU MELAYU

1. Saya lahir setahun selepas peristiwa berdarah 1969. Seringkali mendengar cerita dari arwah bapa dan kawan2 beliau mengimbau detik2 berlakunya peristiwa ini.
2. Anak-anak yang lahir tahun 1980an ke atas, masing-masing tak mendapat peluang mendengar cerita2 ni dari ibu bapa mereka. Tak banyak yang tahu. 5Ws,1H (who, what, when, where, why & how).
3. Bila bercakap tentang ini, semacam taboo, mungkin dilihat sebagai membakar semangat api perkauman.
4. Tidak sama sekali. Apa yang berlaku, semua dah wujud dalam sejarah tanahair kita ini dan tak akan terpadam melainkan ada tangan-tangan yang ingin peristiwa-peristiwa sebegini terkubur dan tertanam.
5. Bukan juga niat kita selaku bangsa yang sangat bertolak ansur ingin mempertikaikan hak bangsa lain di negara ini. Kita bukan bangsa yang sedemikian. Kita bangsa yang hormat menghormati antara satu sama lain dan buktinya sejak dari negara ini merdeka hingga ke detik hari ini, kita mampu berkongsi rezeki dari hasil bumi Malaysia yang bertuah ini dengan berbagai kaum dan bangsa.
6. Namun perangkaan dan data maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara tidak boleh kita semua nafikan
7. Bangsa Melayu masih berada jauh ketinggalan ke belakang berbanding kaum-kaum lain di negara ini.
8. Apa yang boleh kita lakukan untuk mencari jalan
terbaik
menyelesaikan masalah ini?
9. Ekonomi bukan milik kita, tanah rezab melayu menurun, ada aset hartanah dijual, terjual, terlelong menjadi milik orang lain, bangsa Melayu tak berkemampuan beli lot-lot rumah atau apartment yang harganya mencecah ribuan-ribuan ringgit, adapun bangsa Melayu yang kaya, semakin kaya, tunjukkan kemewahan yang ada dalam media massa namun ribuan, jutaan lagi bangsa Melayu sedang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
10. Kini, kuasa juga tidak lagi kita ada. Banyaknya parti-parti Melayu mengakibatkan pepecahan sesama kita, akhirannya kemenangan bukan milik kita. yang ada pun bersekongkol menghalalkan cara. Dengan Gah mendabik dada, sedangkan bangsa kita masih di takuk yang sama.
11. Pemimpin bangsa kita yang ada, masing-masing majoriti terpalit dengan perbuatan-perbuatna mereka sendiri yang membawa kepada kerendahan akhlak dan menjatuhkan imej serta maruah bangsa kita sendiri.
Sikap amanah, bersih, cekap, berintigriti, bermaruah, berprinsip sudah tiada dalam kamus mereka. Yang ada kini, lobi jawatan, mencari kuasa, untuk menyalahgunakan apa saja yang di depan mata untuk kepentingan peribadi masing-masing jauh sekali untuk niat membantu bangsa, agama dan negara.
12. Alangkah sedih dan malang nasib kita, bangsa Melayu.
13. Kita perlu bangkit, kita bercakap soal maruah kita, kita berkata soal nasib kita, kita berhujah soal kehidupan kita.
14. Jangan kita malu mengaku diri kita Bangsa Melayu.
15. Atas nama bangsa Melayu inilah, kita ingin ajak semua kembali sedar, tahu, ingat, kenang, imbas setiap sejarah2 yang tercatit dan tercatat di negara kita ini.
16. Pesan-pesan kepada anak-anak kita, cucu-cucu kita bahawa jika kita tak cuba berusaha melakukan sesuatu untuk Melayu kembali menjadi Satu, kita mungkin tak lagi mendapat apa jua keistimewaan yang sedikit ini yang kita terima dari tanahair kita ini.
17. Justru itu, marila bersama-sama kami, dalam menyatakan niat kita agar Bangsa Melayu itu Satu, Bangsa Melayu itu Islam.
19. Bersama-sama kita nyatakan niat kita agar Melayu bergabung melalui proklamasi orang melayu di link diberikan ini.
20. Ingatan untuk diri saya sendiri dan bangsa saya.

Ikhlas dari saya (Hjh Bibi Sunita S.Khan)

Nota : Syukur, semua yang datang ke ofis saya, bersetuju atas Proklamasi Orang Melayu dan menandatangani dengan rela hati. Kita bukan sekadar menggunakan pen or dakwat utk tandatangan proklamasi ini, tapi ini adalah jiwa, jihad, ibadah dan niat kita untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.
Hadamkan.

Kepada Wanita-wanita Melayu, yang ingin sertai Sekretariat Wanita Tanahair untuk membantu usaha kami ini, amat kami alu-alukan, boleh mesej, pm, dm saya.. Moga Allah merahmati usaha kita ini dan kita lakukan dengan sedaya mungkin. InsyaAllah. Amiiin 

***********************************************************************

HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo