Responsive Ad Slot

Slider

ORANG MELAYU BERHIMPUN DIKATAKAN RASIS- BIBI SUNITA



Oleh: Hajjah Bibi Sunita Sakandar Khan

1. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) (2022), kadar kemiskinan mutlak bagi Bumiputera adalah 7.2%.

2. Peratusan 7.2% ini lebih tinggi daripada Paras Nasional iaitu 5.6%.

3. Seramai 383,036 orang dikalangan Bumiputera berbanding 136,124 Bukan Bumiputera dikategorikan sebagai penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini bermakna penerima bantuan paling ramai adalah dari kalangan bumiputera

4.  Kaum Bumiputera merupakan kaum terbesar di Malaysia, seramai 21.1 juta orang atau merangkumi hampir 70% daripada populasi penduduk di negara ini. 


5.  Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu,

Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. 

6.  Meskipun memegang komposisi penduduk terbesar, kaum Bumiputera sering dikaitkan dengan pelbagai kesulitan ekonomi dan sosial yang tampak seperti tiada penghujungnya walaupun saban tahun diberikan keutamaan oleh Kerajaan.

7. Bukan saja Bumiputera yang majoritinya dari etnik orang Melayu mempunyai jurang kemiskinan yang tinggi berbanding kaum lain, malah dari segi pemilikan hartanah juga rendah, sehingga faktor kemiskinan ini membuatkan sehingga ada yang menjual atau menggadaikan hartanah mereka yang akhirannya tidak dapat dituntut dan terlepas dari tangan menjadi milik orang lain khususnya bangsa asing.

8. Sebagai contoh, daripada 94,000 perniagaan yang didaftarkan pada tahun 1957, hampir tiga per empat daripadanya dimiliki oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya memegang lebih kurang 15% sahaja daripada perniagaan yang didaftarkan. Monopoli kaum Cina dalam industri-industri utama negara seperti perbankan juga begitu jelas sekali pada era pasca Kemerdekaan

9.  Perangkaan ini bukan direka-reka atau dicipta-cipta tetapi semua termaktub dalam perangkaan dan kajian2 yang telah dilakukan oleh Jabatan berkaitan.

10. Pada 19hb Mac 2023, atas dasar dan keprihatinan Sekretariat TanahAir telah menjemput YABhgia Tun M untuk bersama2 melihat permasalahan dan isu ini secara serius dan perlunya semua bangsa Melayu melakukan sesuatu untuk mengatasi permasalan dan isu ini.

11.  Namun 4 kali lokasi dipilih oleh Sekretariat ini, 4 kali juga telah dibatalkan oleh pemilik lokasi tanpa diberikan apa jua alasan yang munasabah.

12. Orang Melayu hendak berkumpul untuk membawa isu-isu yang jelas di depan mata namun kerajaan menuduh perhimpunan ini menunjukkan ada sikap rasis dan perkauman.


13. Wahai Kerajaan!!! Adakah menjadi kesalahan kepada kami-kami untuk mencari jalan dan usaha sebagai bangsa Melayu untuk memperbaiki masalah dan isu yang terpampang di data-data perangkaan tersebut???

14.  Kami orang-orang Melayu tidak rasis, Sepanjang zaman bermula Merdeka hingga kini, berikan bukti-bukti yang kami orang-orang Melayu mengamalkan sikap rasis kami kepada kaum lain. Buktikan dan bukan menuduh kami rasis hanya kerana takut pada bayang-bayang sendiri.

15.  Kami ingin majukan diri kami, kami ingin lihat purata kadar kemiskinan kami dibaiki dan bukan lagi lebih tinggi dari kadar paras Nasional. 

16. Sekarang ini, dilihat hanya golongan elitis yang kaya semakin kaya, kami-kami ini, masih terkial-kial mencari rezeki, anak-anak kos sekolah, ada hingga nak beli komputer riba untuk sekolah anak-anak pun tak mampu, warga emas tak diberi perhatian, yg bekerja gaji tak cukup untuk sara keluarga mereka sedangkan kos barang2 meningkat hari demi hari.

17. Ada pulak dari kalangan mereka yang berjawatan ingin untuk menghapuskan dan mengurangkan dominasi kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam, sedangkan ini sajalah punca pendapatan orang2 Melayu, sektor lain dikuasai oleh Siapa?? adakah anak2 Melayu dapat pekerjaan di sektor2 ini?? ada yang diterima tetapi harus pula diminta untuk menanggalkan hijab mereka. Ini apa wahai Kerajaan??

18.  Jangan fikir kami tiada mata, mukut kami tertutup rapat, telinga kami pekakkan.

Kami lihat, sedar, dan faham situasi kami ini.

19. Salah kah kami ingin berkumpul untuk menzahirkan isu-isu kami ini??

20.  Saya bersyukur, saya salah satu dati ramai anak-anak Melayu lahir dari Universiti UITM, saya anak miskin yang dari kecil hidup menumpang sedara mara, saya ingin bersama-sama membantu bangsa saya orang-orang Melayu.

21.  Saya tidak rasis, saya punyai ramai sahabat-sahabat berbangsa lain dan kaum-kaum lain. Saya juga menjadi pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berbilang kaum. Saya yakin ramai kami orang-orang Melayu bukan terdiri dari golongan rasis, amat menyedihkan bila dituduh sedemikian rupa.

22.  Atas apa yang berlaku kini dan dengan insaf serta keyakinan untuk bersama-sama perjuangan orang-orang Melayu, saya menandatangani PROKLAMASI ORANG MELAYU. 

23. Saya pohon semua yang bernama dan mengakui diri mereka Orang Melayu, jom sama2 kita tandatangani Proklamasi Orang Melayu ini.

https://bit.ly/ProklamasiOrangMelayu

24.  Ini ibadah & Jihad kita untuk generasi anak cucu cicit kita yang akan datang


*********************************************************

HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo