Responsive Ad Slot

Slider

PERJUANGAN YANG HILANG?


Alhamdulillah usai program pertama anjuran pertububan MyVoice.my dan Sekretariat Tanahair dengan Tajuk “Perjuangan yang hilang?”. Tetamu kehornat untuk sesi ala mini town hall bersama Tun Mahathir hari ini ialah Tan Sri Noh dan Dato Seri Zuraidah.

Tahniah hos dan penganjur Tun Fiqa Mohammad dan rakan-rakan diatas program yang membawa mesej yang jelas. Bangsa termiskin dan terpinggir dari segi peratusan terbesar kemiskinan, peratusan terkecil pemilikan tanah dan pegangan terkecil pemilikan ekuiti saham adalah orang-orang melayu. Kita harus sedar dan kita perlu ambil iktibar untuk membina bangsa kita. Oleh sebab yang sama jugalah, parti berteraskan bangsa adalah relevan dan masih penting.
Saya suka cadangan Dato Seri Zuraidah yang mencadangkan di antara langkah-langkah yang perlu diambil perlu bermula dengan pembudayaan semula keluarga melayu agar lebih cenderong ke arah dunia perniagaan dan keusahawanan. Alhamdulillah sebenarnya kami telah pun bermula semenjak awal tahun 2022.
Saya juga tertarik dengan ulasan mantan Menteri Pembangunan Usahawan Tan Sri Noh. Pembabitan melayu dalam perindustrian mikro, kecil dan sederhana telah banyak meningkat. Secara peribadi semasa berkempen di parlimen Tanjung Karang untuk calon GTA semasa PRU15, saya kagum mendengar maklum balas masyarakat terhadap Tan Sri Noh. Hampir semua warga tempatan yang saya berjumpa di Tanjong Karang amat menyayangi Tan Sri Noh semasa beliau menjadi wakil rakyat disitu. Dia banyak membantu masyarakat dan rakyat khususnya warga Usahawan.
Perjuangan ABATA sudah semakin pudar dan cair bersama peredaran masa dan hanya tinggal nama. Perjuangan yang hilang bersama naratif kerajaan yang berjuang untuk kesaksamaan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Orang melayu pula di label rasis hanya kerana mereka berjuang diatas peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan persekutuan. Orang melayu di gelar rasis sedangkan bangsa lain yang menuntut kesaksamaan hak. Orang melayu bukan rasis, mereka yang telah menguasai ekonomi dan politik tetapi terus mencabar dan menuntut peruntukan orang melayu lah yang sebenarnya rasis.
Perjuangan ABATA hilang kerana orang-orang melayu lebih setia kepada Parti dan bukan perjuangan membina bangsa. Orang melayu harus terus bersatu merentasi Parti politik dan saling membantu untuk membina bangsa supaya menjadi lebih kompetitif wallahu a’lam.
Sekretariat Tanah Air adalah satu badan penyatuan bangsa di luar batasan parti Politik. Semoga kita bersatu dan bersama membina bangsa demi agama dan tanah air.
0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo