Responsive Ad Slot

Slider

ANWAR BERDOLAK DALIH UNTUK BANTU ORANG MELAYU DENGAN MENCABAR TUN DR MAHATHIR



ANWAR BERDOLAK DALIH UNTUK MEMBANTU ORANG MELAYU DENGAN MENCABAR TUN DR MAHATHIR
 

Cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bekas pemimpin dan pembesar Melayu kaya untuk membantu orang-orang Melayu miskin semasa menyampaikan Amanat di Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang jelas menunjukkan Perdana Menteri memang tiada ide dan cadangan untuk membantu orang-orang Melayu. 

 

Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin sudah lupa yang beliau juga bekas pemimpin terdahulu bersama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga didakwa memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni. Kedua-dua Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi adalah pemimpin terdahulu dan sekarang ini mempunyai kuasa dan kedudukan tertinggi dalam kerajaan. 

 

Apakah bantuan yang mereka telah salurkan samada secara peribadi atau dari segi dasar kerajaan kepada orang melayu sedangkan mereka berdua juga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa dari jawatan terdahulu. Melontar cabaran adalah satu alasan untuk menolak bantuan kepada orang melayu. 

 

Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim tiada memperkenalkan sebarang dasar baru atau mengutamakan apa-apa dasar yang boleh membantu kemiskinan orang melayu dan menyamaratakan ekonomi orang Melayu setaraf dengan kaum bukan Melayu. Dato Seri Anwar Ibrahim juga tidak ada sebarang dasar untuk membasmi kemiskinan samada untuk orang Melayu atau bukan Melayu. 

 

Malah Perdana Menteri tidak ada sebarang dasar baru yang boleh melonjakkan ekonomi orang Melayu mahupun ekonomi negara. Kuasa Perdana Menteri tidak digunakan untuk menggubal dasar-dasar baru tetapi di gunakan beterusan untuk membuat fitnah terhadap Tun Dr Mahathir.

 

Dasar Perindustrian Dr Mahathir pada awal tahun 80an sebenarnya amat senang untuk di fahami. Sebidang ekar tanah pertanian pada waktu itu hanya dapat memberi pekerjaan kepada 10 pekerja tetapi sebidang tanah yang dijadikan kilang dapat membuka peluang pekerjaan kepada 500 atau lebih pekerja di kilang. Jadi rakyat boleh mendapat lebih manfaat bila Malaysia menjadi negara perindustrian. 

 

Sektor pertanian dan perikanan yang majoritinya adalah pengusaha Melayu merupakan satu industri yang perlu di pandu erat oleh kerajaan. Petani dan nelayan adalah golongan miskin kerana saiz perusahaan mereka kecil. Dengan ladang atau bot yang kecil, hasilnya juga kecil. Mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini yang mahal kerana tiada ‘economy of scale’.

 

Anak-anak petani-petani yang mengusahakan ladang kecil mereka juga tidak berminat untuk meneruskan usaha pertanian keluarga mereka mengakibatkan banyak ladang-ladang yang terbiar. Begitu juga anak-anak nelayan. Anak-anak petani dan nelayan juga tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran tinggi kerana terpaksa bekerja mencari rezeki untuk menyara hidup. 

 

Apakah pendekatan Perdana Menteri untuk keluarga Petani dan Nelayan yang majoritinya adalah orang Melayu? Mereka sentiasa memerlukan bantuan samada bantuan kewangan, pendidikan atau lain-lain kerana halatuju dan masa depan industri ini tidak di kemudi dengan baik. 

 

Petani dan nelayan di Malaysia adalah pengusaha-pengusaha kecil dan akan sentiasa berada dalam kitaran kemiskinan.

 

Perdana Menteri membidas niat suci Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai propaganda politik Dr Mahathir sedangkan gerakan ini di mulakan oleh orang-orang melayu persendirian dan bukan parti politik. Orang-orang Melayu persendirian yang menganjur Proklamasi ini kerana orang Melayu berpecah dan memang memerlukan bantuan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan menjamin masa depan orang Melayu.

 

Orang-orang Melayu sekarang ini berpecah belah dan miskin sehingga ramai yang meluat untuk keluar mengundi kerana periuk nasi mereka terjejas. Parti politik Melayu keramat sendiri yang sepatutnya memperjuangkan masa depan orang melayu telah terpesong dan bersekongkol untuk menyamaratakan hak dan bukan menyamaratakan kekayaan kaum bukan Melayu dan Melayu. 

 

Masalah orang Melayu tidak akan selesai dengan fitnah-fitnah Perdana Menteri terhadap Tun Dr Mahathir. Kami khuatir masa depan orang melayu akan terus terkubur di bawah pentadbiran Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim. Berhentilah memfitnah Tun Dr Mahathir dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Sekretariat Tanahair 

 

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-cabar-pemimpin-kaya-kongsi-kekayaan-dengan-orang-melayu-418346 

 

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo