Apakah dasar holistik dan tindakan kerajaan untuk menangani fenomena cuaca panas yang bakal menjejas ekonomi negara?
Perubahan iklim dengan cuaca panas terik berpanjangan boleh melumpuh ekonomi negara dan kerajaan perlu bersedia dengan rancangan tindakan yang holistik untuk mengatasi sebarang masalah.
Cuaca panas berpanjangan adalah masalah perubahan iklim yang tidak teratur dan ini telah menimbulkan berbagai bencana alam yang berbahaya seperti banjir yang mencetus kemusnahan harta benda yang besar seperti yang berlaku pada tahun 2021.
Pemanasan global adalah salah satu faktor yang menjadi pemangkin kepada hujan yang sangat lebat, pembakaran hutan dan bencana ribut taufan.
Sektor pertanian adalah salah satu sektor yang terkesan dengan sumbangan sebanyak 7.4 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Sektor pertanian yang merangkumi pengeluaran komoditi seperti getah, koko, beras dan minyak sawit telah pun terjejas. Cuaca panas dan kemarau mengakibatkan daun pokok getah gugur, susu getah berkurangan dan tanaman dijangkiti berbagai penyakit.
Kalau kebiasaannya 700 batang pokok getah dapat mengeluarkan 200 kilogram susu getah, kini ianya hanya dapat menghasilkan 100 kilogram susu getah sahaja.
Sesetengah petani juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air untuk penanaman padi dan jika tidak di atasi, masalah ini mampu menjejas bekalan beras dalam negara.
Mengikut kenyataan dari Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd Sektor pertanian mengalami 30% impak negatif akibat dari cuaca panas.
Selain dari pertanian, sektor-sektor lain juga terkesan dengan cuaca panas dan perubahan iklim termasuk sektor Perikanan yang terancam apabila suhu meningkat dan menjejas sumber makanan hidupan akuatik. Perubahan suhu panas juga mengancam terumbu karang yang menjadi tempat bergantung ikan-ikan di lautan.
Kenaikan suhu juga akan menghasilkan ombak besar apabila sel-sel tekanan rendah di permukaan laut berkembang. Ombak yang besar mengganggu aktiviti perikanan di pinggir pantai. Keadaan cuaca amat penting kepada nelayan dan hasil tangkapan. Pendapatan nelayan akan terjejas teruk.
Perubahan iklim juga menjejas sistem pengangkutan apabila hujan dan ribut yang lebat merosakkan jalan; jalan raya berlubang, tenggelam dan pengangkutan terhenti. Hujan, ribut dan ombak yang besar juga mengakibatkan pengangkutan laut terhenti dan menjejas perdagangan.
Gerakan Ekonomi Malaysia khuatir ekonomi Malaysia yang sedang di landa inflasi dan pertumbuhan merudum akan terbeban dan terus terjejas akibat dari perubahan iklim tanpa perancangan awal untuk mengatasi sebarang masalah yang bakal mengganggu bekalan. Kami menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang holistik, lebih pro-aktif dan bukan setakat memantau dan menunggu bencana melanda sebelum mengambil tindakan.
Armin Baniaz Pahamin
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia
Rujukan:
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/cuaca-panas-jejaskan-pendapatan-penoreh-getah/
No comments
Post a Comment
Stay Tuned~