Responsive Ad Slot

Slider

Struktur Rasmi SG4 bukan untuk bersaing dengan Kerajaan Persekutuan


Kerajaan Persekutuan perlu menyokong dan membantu rancangan pembangunan ekonomi di negeri-negeri SG4 terutamanya dari segi kelulusan jika perlu. Negeri-negeri seperti Kelantan merupakan negeri termiskin di Malaysia dan perancangan pembangunan ekonomi di Kelantan dan di negeri-negeri SG4 bakal mengeluarkan negeri melayu dari di belenggu kemiskinan dan lebih maju serta berdaya saing setaraf dengan negeri-negeri lain. Hasil dari inisiatif ini juga akan memanfaatkan ekonomi negara secara keseluruhan.

Armin membetulkan kenyataan dari penganalisa dan pakar ekonomi. Pada 4 November FMT melaporkan kenyataan dari penganalisa ekonomi Mohd Yusof Kassim yang mengatakan struktur rasmi SG4 yang tidak akan berfungsi dengan baik kerana banyak bidang kuasa terletak di bawah Kerajaan pusat. Professor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak juga mengulas penubuhan struktur rasmi SG4 sebagai tidak melambang semangat satu negara.

Penubuhan struktur rasmi empat negeri ini tiada kena mengena dengan semangat satu negara seperti ulasan Dr Barjoyai Bardai kerana ianya bukan untuk bersaing dengan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain tetapi fokus utama struktur rasmi ini adalah untuk pembangunan ekonomi dengan mengoptimumkan hasil sumber tempatan, produk dan lokaliti strategik negeri-negeri SG4.

Struktur rasmi SG4 adalah penting dan satu keperluan untuk memastikan pembangunan ekonomi di empat negeri ini di rancang dengan strategik dan menarik berbagai pelaburan untuk melaksanakan perancangan.  Industri-industri yang bakal menjadi pemangkin di setiap negeri SG4 perlu dipandu dan dipantau untuk memastikan ianya berjaya direalisasikan khususnya dalam tempoh yang ditetapkan dan ini menjadi salah satu tanggung-jawab besar kepada struktur rasmi SG4.

Keempat-empat negeri di SG4 mempunyai daya tarikan dan posisi geolokaliti yang strategik untuk beberapa industri dan tugas utama struktur rasmi ini adalah untuk memudahcara tempoh kelulusan kerajaan negeri, menambah-baik dasar dan tatakelola negeri sedia ada untuk lebih mesra industri dan paling penting sekali untuk memastikan kejayaan industri pemangkin disamping menarik pelaburan luar.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman yang luas untuk membangunkan sesebuah negara. Cara dan metod pentadbiran yang sama juga telah melahirkan berbagai industri dengan jayanya di Malaysia. Tun Dr Mahathir telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara membangun yang pada asalnya Malaysia adalah sebuah negara dunia ketiga dan negara pertanian melalui pembentukan beberapa industri yang menjadi tulang belakang negara.

Rangkaian dan agensi-agensi kerajaan negeri perlu memahami dengan jelas matlamat dan halatuju ekonomi SG4 untuk keberkesanan perlaksanaan sesebuah dasar dan pencapaian matlamat ekonomi.  

Struktur rasmi SG4 juga perlu  berhubung dan bekerja-sama erat dengan kerajaan persekutuan, kerana bukan matlamat SG4 untuk bersaing dengan Kerajaan Persekutuan.

Armin Baniaz Pahamin
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 

Rujukan:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/04/struktur-rasmi-sg4-mungkin-tak-gambarkan-semangat-1-negara/


0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo