Responsive Ad Slot

Slider

PILIHANRAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN MEMBAZIRKAN TENAGA DAN WANG RAKYAT.


Malaysia tidak memerlukan satu lagi pilihanraya yang bakal menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk memuaskan nafsu kuasa ahli-ahli politik. Malah pemilihan melalui pilihanraya juga telah membuktikan pemimpin yang dipilih, dipilih berdasarkan populariti dan kemahiran bercakap tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin dan mengurus.
 
Pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya akan melakukan apa saja termasuk menyalah-guna kuasa untuk kekal berkuasa. Pergelutan kuasa sebegini merugikan rakyat. 
 
Lagipun Pihak Berkuasa Tempatan, mengurus jajahan pentadbiran mereka berlandaskan dasar dan pimpinan ahli politik yang telah pun di pilih melalui pilihanraya utama. Jadi pilihanraya untuk pihak berkuasa tempatan adalah satu ‘duplicate’ dan pembaziran yang boleh dielak.
 
Seseorang yang mengetuai pihak berkuasa tempatan perlu dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang mereka dan bukannya dipilih mengikut populariti dan akhirnya, tidak mampu mengurus. Kerajaan sepatutnya menyediakan garis panduan kelayakan pelantikan ketua-ketua pihak berkuasa tempatan dan bukannya mencadang pemilihan melalui pilihanraya.
 
Fakta juga telah membuktikan bagaimana wujudnya ketidakseimbangan ekonomi dan demografi antara kaum di bandar-bandar besar. Kaum bukan bumiputera akan mendapat kelebihan yang nyata dari pilihanraya pihak berkuasa tempatan disebabkan demografi penduduk memihak kepada mereka.
 
Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik pada tahun 2010, 62% penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  contohnya terdiri dari kaum bukan bumiputera. Kaum  bumiputra di bandar-bandar besar adalah kaum minoriti dan terbukti apabila kaum bumiputera susah untuk menang semasa pilihanraya utama kerana penduduk bangsa bukan melayu merupakan penduduk majoriti.
 
Ketidakseimbangan demografi dan juga ekonomi yang memihak kepada bangsa bukan pribumi akan mendorong kepada rusuhan kaum yang juga menjadi salah satu penyebab perisitiwa 13 Mei 1969.
 
Dengan keadaan dan suasana ekonomi yang tidak menentu dan bertambah teruk dari segi nilai ringgit, kuasa membeli dan kos sara hidup, segala dasar seperti pilihanraya kerajaan tempatan yang tidak menguntungkan perlu di ketepikan. Ahli-ahli parlimen khususnya ahli parlimen kerajaan perlu menitik-beratkan isu-isu yang menjadi menjejas kelestarian hidup rakyat dan bukan untuk isu untuk mengekalkan kuasa.
 

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo