Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 3): Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Selepas selesai berjumpa dan bertemu bual peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, konvoi kami, Dato Sazmi Miah bersama pemimpin MPN, jawatankuasa dan jentera Pejuang Kota Bharu meneruskan perjalanan kami untuk melawat tapak rumah sederet terbakar yang terletak di Jalan Sultanah Zainab atau jalan yang lebih dikenali sebagai Jalan Gajah Mati.
Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Masjid Jamek Pakistan . Saya diiringi oleh Dato Sazmi Miah Ketua MPN Kelantan, Abdul Muthalib dari Biro Ekonomi Pusat, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Parlimen Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Alinordin Yaman Penyelaras Pejuang Kota Bharu serta jawatankuasa MPN dan jentera Pejuang sempat berbual mesra dengan beberapa keluarga. Salah seorang dari peniaga disitu berniaga barangan elektrik dan telah berada disitu agak lama. Beliau memaklumkan masalah utama kawasan itu merupakan dadah. Dadah dijual di kaki lima secara terbuka. Penagih dadah juga mengambil dadah secara terbuka.