RATIFIKASI CPTPP HANYA JADI LIABILITI KEPADA NEGARA - ARMIN PEJUANG
PEJUANG MENOLAK SEKERAS-KERASNYA RATIFIKASI PERJANJIAN CPTPP
KENYATAAN MEDIA
BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR
PEJUANG MENOLAK SEKERAS-KERASNYA RATIFIKASI PERJANJIAN KOMPREHENSIF DAN PROGRESIF BAGI PERKONGSIAN TRANS PASIFIK (‘COMPREHENSIVE AND PROGRESSIVE TRANSPACIFIC AGREEMENT ‘(CPTPP))
-
Parti Pejuang Tanahair menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Kerjasana Trans Pasifik (Comprehensive and Progressive TransPacific Partnership (CPTPP)). Ratifikasi ini juga ditolak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pejuang semasa beliau menjadi Perdana Menteri dibawah kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menetapkan bulan Oktober 2021 untuk memberi keputusan berkenaan dengan ratifikasi perjanjian CPTPP.
-
Setelah mengkaji dan mengadakan berbagai sesi libat urus bersama pakar-pakar ekonomi dan dewan-dewan perniagaan, kami dapati terma dan syarat perjanjian CPTPP bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan hala tuju negara kita.
-
CPTPP juga akan menjadi satu liabiliti kepada negara pada masa hadapan dengan membolehkan syarikat swasta negara asing untuk menyaman kerajaan Malaysia berbilion ringgit di atas pelbagai sebab walaupun ianya bertentangan dengan dasar-dasar, akta-akta dan perlembagaan negara.