NAJIB RAZAK BOLEH BEBAS - AZLIANA ADNAN
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD BERCAKAP MENGENAI BANGSA MELAYU SEJAK 80 TAHUN YANG LEPAS
Semua pihak yang tidak bertanggungjawab harus berhenti untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya hendak jatuhkan kerajaan PH pada hari ini apabila beliau bercakap secara proaktif mengenai masa depan orang-orang melayu.
Apa masalahnya untuk kita bercakap serta berbincang mengenai kedudukan anak bangsa melayu tanpa sebarang unsur-unsur yang menyentuh mengenai sensitivi agama, Raja-Raja Melayu dan mempertikaikan hak kaum-kaum lain di negara ini?
Dalam perlembagaan persekutuan termaktub secara jelas mengenai hak-hak orang-orang melayu yang mana berhak untuk berbincang atau mempertahankan pada setiap masa tanpa sebarang elemen-elemen provokasi.
Mengapa pada pemikiran kerajaan Madani apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap mengenai dilema orang-orang melayu mereka mentohmah itu satu gerakan untuk menganjurkan kacau-bilau ke arah hendak menumbangkan kerajaan.
Pada hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali mengingatkan serta memberi arahan kepada kami semua agar tidak terlibat dengan mana-mana gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas bahawa apa saja daya-usaha murni kerajaan pada rakyat jelata harus disokong.
Tetapi sekiranya kerajaan melakukan sesuatu yang tidak baik untuk bangsa dan negara maka kita harus memberi tentangan secara habis-habisan.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa semua pihak harus meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas kepentingan politik.
Kesejahteraan penghidupan rakyat serta masa depan negara harus diutamakan.
Bukan perbuatan untuk merebut kuasa yang harus diutamakan!
Bagaimana dengan kedudukan masakini Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen hendak menjatuhkan kerajaan?
Apa kekuatan yang masih ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini?
Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad merasa amat hairan pada usia yang mencecah 98 tahun beliau senantiasa ditakuti oleh kalangan tertentu khususnya Perdana Menteri masakini.
Beliau menyatakan bahawa beliau sudah terlalu tua dan tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkan kerajaan; jadi apa yang pihak tertentu takut pada ‘bayang-bayang sendiri?’
Sebenarnya, terdapat segelintir dari kalangan yang tidak bertanggungjawab cuba hendak mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad secara membuat satu ‘branding’ seolah-olah beliau gemar mengganggu-gugat kestabilan lanskap politik tanahair kita.
Ini akan memberi satu imej bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan hanya mementingkan legasi peribadi semata-mata tanpa memikirkan kepentingan bangsa serta negara.
Ramai orang-orang melayu menyokong mengenai niat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menganjurkan majlis ‘Proklamasi Orang Melayu’ baru-baru ini.
Sebenarnya, ini adalah sesi perjumpaan secara tertutup berlandaskan perjumpaan ‘non partisan’ dengan jemputan terhad 350 orang saja.
Majlis ini adalah untuk bermuzakarrah mengenai segala permasalahan orang-orang melayu dan untuk mencari satu formula ke arah menyelesaikan segala polemik bangsa melayu yang belum selesai selaras dengan perlembagaan negara.
Kita hanya ingin mencari satu kaedah bagi menjaminkan kesejahteraan masa depan orang-orang melayu tanpa menyalahi atau menyentuh hak kaum-kaum lain di tanahair yang tercinta ini.
Majlis sepatutnya dianjurkan secara tertutup tanpa sebarang unsur-unsur provokasi, tiada perarakan di jalan raya mahupun bukan satu himpunan besar secara terbuka.
Cuma yang peliknya Sekretariat Orang Melayu selaku penganjur gagal untuk mendapatkan tempat di empat lokasi walaupun milik syarikat swasta ditolak atas alasan ‘tekanan dari atas.’
Walaupun wang pembayaran sudah dibuat secara sepenuhnya namun di saat akhir lokasi pengajuran telah dibatalkan atas dasar arahan dari kalangan tertentu.
Berpuluh tahun pemimpin-pemimpin kerajaan Madani bercakap mengenai ‘reformasi,’ ‘kebebasan bersuara’ dan ‘demokrasi’ tetapi malangnya hari ini mereka semua kelihatan hanya ‘beretorika’ semata-mata.
Sungguh memalukan di alaf moden dengan kerajaan yang kononnya ditunjang oleh tokoh ‘reformasi’ menyekat serta menghalang atau menafikan hak-hak orang lain dalam sebuah negara yang mengamalkan amalan demokrasi.
Dalam bahasa yang ringkas; Anwar Ibrahim adalah seorang ‘kaki penipu dulu, kini dan selamanya.’
Anwar Ibrahim jangan lupa dia hanya mampu menipu Allah swt dan memperbodohkan rakyat jelata hanya untuk seketika bukan buat selamanya.
Malaysia sedang diuji oleh Allah swt dan keseluruhan umat Islam di negara kita harus menadahkan tangan berdoa agar kifarah serta mala-petaka ‘sejarah zaman Nabi Lut’ tidak diturunkan di bumi orang-orang melayu ini. Ameen.
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
26 Mac 2023
***********************************************************************
DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN adalah mantan Ketua Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, seorang aktivis, dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com
JANGAN MALU MENGAKU MELAYU-BIBI SUNITA
JANGAN MALU MENGAKU MELAYU
Kepada Wanita-wanita Melayu, yang ingin sertai Sekretariat Wanita Tanahair untuk membantu usaha kami ini, amat kami alu-alukan, boleh mesej, pm, dm saya.. Moga Allah merahmati usaha kita ini dan kita lakukan dengan sedaya mungkin. InsyaAllah. Amiiin
***********************************************************************
HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com
HURU-HARAKAN NEGARA BUKAN TUJUAN “PROKLAMASI ORANG MELAYU
9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka Kembali bersatu.
10. menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukan perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak relevan lagi.
11. Jesteru, kita menyeru supaya ketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.
12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Agama.
Jawatan Kuasa Sekretariat Tanahair
***********************************************************************HAJJAZMAN MOHD HASHIM ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com
UMNO Sudah Tiada – Dr Mahathir
Oleh Mahdzir Ibrahim
KUALA LUMPUR, 25 Mac 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti UMNO sudah tiada lagi dan gugur daripada perjuangan asalnya. Beliau menyatakan demikian dalam hantaran terbarunya menerusi applikasi twitter semalam.
Dakwanya, UMNO tidak ada lagi dan apa yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.
“Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya.
Dr Mahathir melontar perkara itu sebagai mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.
Dalam mesyuarat itu juga, UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Bagi Mahathir, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenarkan.
“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.
“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.
“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO,” soal beliau.
Justeru. Beliau mengajak orang UMNO sedar bahawa UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. – malayadaily.com
***********************************************************************
MAHDZIR IBRAHIM ialah Pengarang di portal MalayaDaily.com. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com
ORANG MELAYU BERHIMPUN DIKATAKAN RASIS- BIBI SUNITA
Oleh: Hajjah Bibi Sunita Sakandar Khan
1. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) (2022), kadar kemiskinan mutlak bagi Bumiputera adalah 7.2%.2. Peratusan 7.2% ini lebih tinggi daripada Paras Nasional iaitu 5.6%.
3. Seramai 383,036 orang dikalangan Bumiputera berbanding 136,124 Bukan Bumiputera dikategorikan sebagai penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini bermakna penerima bantuan paling ramai adalah dari kalangan bumiputera
4. Kaum Bumiputera merupakan kaum terbesar di Malaysia, seramai 21.1 juta orang atau merangkumi hampir 70% daripada populasi penduduk di negara ini.
5. Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu,
Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak.
6. Meskipun memegang komposisi penduduk terbesar, kaum Bumiputera sering dikaitkan dengan pelbagai kesulitan ekonomi dan sosial yang tampak seperti tiada penghujungnya walaupun saban tahun diberikan keutamaan oleh Kerajaan.
7. Bukan saja Bumiputera yang majoritinya dari etnik orang Melayu mempunyai jurang kemiskinan yang tinggi berbanding kaum lain, malah dari segi pemilikan hartanah juga rendah, sehingga faktor kemiskinan ini membuatkan sehingga ada yang menjual atau menggadaikan hartanah mereka yang akhirannya tidak dapat dituntut dan terlepas dari tangan menjadi milik orang lain khususnya bangsa asing.
8. Sebagai contoh, daripada 94,000 perniagaan yang didaftarkan pada tahun 1957, hampir tiga per empat daripadanya dimiliki oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya memegang lebih kurang 15% sahaja daripada perniagaan yang didaftarkan. Monopoli kaum Cina dalam industri-industri utama negara seperti perbankan juga begitu jelas sekali pada era pasca Kemerdekaan
9. Perangkaan ini bukan direka-reka atau dicipta-cipta tetapi semua termaktub dalam perangkaan dan kajian2 yang telah dilakukan oleh Jabatan berkaitan.
10. Pada 19hb Mac 2023, atas dasar dan keprihatinan Sekretariat TanahAir telah menjemput YABhgia Tun M untuk bersama2 melihat permasalahan dan isu ini secara serius dan perlunya semua bangsa Melayu melakukan sesuatu untuk mengatasi permasalan dan isu ini.
11. Namun 4 kali lokasi dipilih oleh Sekretariat ini, 4 kali juga telah dibatalkan oleh pemilik lokasi tanpa diberikan apa jua alasan yang munasabah.
12. Orang Melayu hendak berkumpul untuk membawa isu-isu yang jelas di depan mata namun kerajaan menuduh perhimpunan ini menunjukkan ada sikap rasis dan perkauman.
13. Wahai Kerajaan!!! Adakah menjadi kesalahan kepada kami-kami untuk mencari jalan dan usaha sebagai bangsa Melayu untuk memperbaiki masalah dan isu yang terpampang di data-data perangkaan tersebut???
14. Kami orang-orang Melayu tidak rasis, Sepanjang zaman bermula Merdeka hingga kini, berikan bukti-bukti yang kami orang-orang Melayu mengamalkan sikap rasis kami kepada kaum lain. Buktikan dan bukan menuduh kami rasis hanya kerana takut pada bayang-bayang sendiri.
15. Kami ingin majukan diri kami, kami ingin lihat purata kadar kemiskinan kami dibaiki dan bukan lagi lebih tinggi dari kadar paras Nasional.
16. Sekarang ini, dilihat hanya golongan elitis yang kaya semakin kaya, kami-kami ini, masih terkial-kial mencari rezeki, anak-anak kos sekolah, ada hingga nak beli komputer riba untuk sekolah anak-anak pun tak mampu, warga emas tak diberi perhatian, yg bekerja gaji tak cukup untuk sara keluarga mereka sedangkan kos barang2 meningkat hari demi hari.
17. Ada pulak dari kalangan mereka yang berjawatan ingin untuk menghapuskan dan mengurangkan dominasi kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam, sedangkan ini sajalah punca pendapatan orang2 Melayu, sektor lain dikuasai oleh Siapa?? adakah anak2 Melayu dapat pekerjaan di sektor2 ini?? ada yang diterima tetapi harus pula diminta untuk menanggalkan hijab mereka. Ini apa wahai Kerajaan??
18. Jangan fikir kami tiada mata, mukut kami tertutup rapat, telinga kami pekakkan.
Kami lihat, sedar, dan faham situasi kami ini.
19. Salah kah kami ingin berkumpul untuk menzahirkan isu-isu kami ini??
20. Saya bersyukur, saya salah satu dati ramai anak-anak Melayu lahir dari Universiti UITM, saya anak miskin yang dari kecil hidup menumpang sedara mara, saya ingin bersama-sama membantu bangsa saya orang-orang Melayu.
21. Saya tidak rasis, saya punyai ramai sahabat-sahabat berbangsa lain dan kaum-kaum lain. Saya juga menjadi pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berbilang kaum. Saya yakin ramai kami orang-orang Melayu bukan terdiri dari golongan rasis, amat menyedihkan bila dituduh sedemikian rupa.
22. Atas apa yang berlaku kini dan dengan insaf serta keyakinan untuk bersama-sama perjuangan orang-orang Melayu, saya menandatangani PROKLAMASI ORANG MELAYU.
23. Saya pohon semua yang bernama dan mengakui diri mereka Orang Melayu, jom sama2 kita tandatangani Proklamasi Orang Melayu ini.
https://bit.ly/ProklamasiOrangMelayu
24. Ini ibadah & Jihad kita untuk generasi anak cucu cicit kita yang akan datang
*********************************************************
HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com