DASAR-DASAR EKONOMI HARUS MENJADI KEUTAMAAN PADA PILIHANRAYA UMUM.
RAKYAT HARUS MENILAI DASAR EKONOMI PARTI-PARTI POLITIK PADA PILIHANRAYA UMUM KE 15
RINGGIT LEMAH MENJADI PENGUKUR KEBERKESANAN PENTADBIRAN KERAJAAN
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
RINGGIT LEMAH MENJADI PENGUKUR KEBERKESANAN PENTADBIRAN KERAJAAN
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair menggesa kerajaan untuk bertindak segera mengawal nilai mata wang ringgit dari terus merosot. Dasar-dasar kerajaan dalam industri dan sektor yang terus bergantung kepada komoditi import perlu digubal untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.
2. Malaysia terlalu bergantung kepada barangan dan bahan mentah import dan nilai ringgit yang lemah akan melonjakkan harga terutamanya barangan pengguna dan mentah yang diimport. Pengguna akan dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi akibat dari peningkatan kos import.
3. Malaysia juga bergantung kepada bahan makanan import untuk bekalan domestik. Komoditi makanan ternakan seperti makanan lembu, ayam, itik, burung, ikan dan binatang peliharaan juga amat bergantung kepada komoditi import dan akan turut terjejas. Harga ternakan tempatan seperti daging dan ayam juga telah meningkat dan akan terus meningkat kerana kos makanan ternakan bergantung kepada import dan kos ini akan terjejas akibat nilai ringgit yang lemah. Kos sara hidup akan terus menjadi beban terutamanya kepada golongan B40.
4. Kebergantungan kepada barangan import tidak hanya terhad kepada komoditi makanan, barangan pengguna tetapi juga kepada industri berat seperti automotif kerana bekalan pengeluaran banyak di import. Walaupun PROTON belum memutuskan kenaikan harga susulan dari peningkatan kos bahan mentah, dua pengeluar kenderaan sudah pun membuat pelarasan semula harga beberapa model keluarannya setakat ini dengan harga meningkat sehingga tujuh peratus.
5. Malaysia bukan sahaja bergantung kepada komoditi dan makanan import tetapi juga bergantung kepada tenaga kerja import dan beroperasi dalam ekosistem kartel yang memonopoli keluaran barangan tertentu seperti gula, minyak masak, beras dan lain-lain. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.
6. Banyak dasar-dasar yang perlu digubal demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh dasar larangan eksport minyak sawit oleh Indonesia sepatutnya diambil sebagai batu locatan untuk merancakkan industri minyak sawit tempatan. Malaysia perlu mengambil peluang untuk meraih semula pasaran dunia berikutan larangan eksport itu melalui usaha usaha yang difikirkan sesuai.
7. Semasa krisis mata wang Asia 1997/98, Tun Dr Mahathir mengubah dasar automotif negara untuk meningkatkan R&D dan Proton diarah untuk mengeluarkan enjin sendiri tanpa bergantung kepada enjin Mitsubishi dan Renault yang di import kerana negara terkesan teruk akibat susut nilai ringgit. Tun Dr Mahathir juga telah mengikat nilai ringgit pada kadar RM3.80 bagi setiap AS$1 untuk mengelak ekonomi negara dari parah terjejas.
8. Dasar, insentif dan program pada industri dan sektor yang bergantung kepada import seperti pertanian juga perlu di gubal untuk mengurangkan kebergantungan kepada komoditi import dan juga untuk memastikan bekalan dari keluaran tempatan mencukupi. Pada tahun 2020, Malaysia mengimport sebanyak RM55.4 bilion sayur sayuran.
9. Isu food bank negara juga perlu diberi perhatian yang serius. Sekadar mengeluarkan lebih banyak permit import tidak akan menyelesaikan masalah bekalan rantaian makanan tetapi akan menjadi pendokong kepada kos sara hidup yang akan meningkat semakin tinggi akibat nilai ringgit yang lemah.
10. Naik turun mata wang termasuklah mata wang ringgit adalah pengukur kepada kekuatan ekonomi dan kestabilan politik sesebuah negara. Apabila ekonomi sesebuah negara kukuh dan stabil, nilai mata wangnya akan meningkat lebih tinggi.
11. Sejak tahun 2015 ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, nilai ringgit mula jatuh sehingga lebih buruk daripada masa krisis mata wang 1997/1998. Di bawah pentadbiran kerajaan terkini, nilai ringgit terus merosot berbanding dolar dengan kadar sekarang sekitar RM4.34 bagi satu dolar.
12. Apakah pelan tindakan jangka masa terdekat kerajaan untuk mengikat ringgit, atau apakah pelan jangka masa Panjang dalam memperkasakan ekonomi negara? Adakah pelan-pelan menarik untuk pleabur dan dimanakah potensi Malaysia dalam sektor ekonomi dunia?
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia
Parti PEJUANG Tanahair
11.05.2022
Jenayah Scam Perlu di Banteras
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
JENAYAH SCAM PERLU DIBANTERAS
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair memandang serius isu jenayah ‘Macau Scam’ yang semakin meningkat di seluruh negara. Jenayah Macau Scam ini telah berleluasa semenjak beberapa tahun dan setiap tahun, ia semakin berkembang.
2. Di Negeri Sembilan sahaja, kes meningkat 336 peratus berbanding tahun sebelumnya; melibatkan kerugian kira-kira RM4.56 juta bagi tempoh Januari hingga 21 April lepas. Di Johor pula, kes meningkat dengan ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM9.5 juta setakat 18 April 2022.
3. Kebiasaannya modus operandi Macau Scam ialah dengan menyamar sebagai anggota Polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau sebagai kakitangan kerajaan. Mereka mendakwa orang yang dihubungi mempunyai kes dengan jabatan tertentu sebelum meminta butir-butir dan maklumat dari mangsa.
KARTEL BANGLA PERLU DIMANSUHKAN
Majlis Pelancaran Jentera & Pelancaran Lagu Pejuang
MEP Bil 66 dari Kota Bharu
Menghadiri Mesyuarat Eksekutif Pusat bil 66 dari Kota Bharu secara atas talian. Alhamdulillah, Presiden memaklumkan Tun M dah boleh berjalan dan berada dalam keadaan yang memuaskan. Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan Tun supaya Tun kembali pulih sepenuhnya untuk mengepalai Parti kita InnSya Allah.
RATIFIKASI CPTPP HANYA JADI LIABILITI KEPADA NEGARA - ARMIN PEJUANG
KITA DALAM DARURAT
KITA DALAM DARURAT
Oleh: Armin Baniaz Pahamin
1. Setiap hari Khamis, 3pm Tun Dr Mahathir akan mempengerusikan Majlis Eksekutif Pusat Pejuang bersama dengan unit-unit & jabatan-jabatan dalaman Pejuang. Berbagai isu dibincang dan dibahaskan. Dalam Mesyuarat MEP yang ke 24 hari ini, isu ketidakstabilan negara, isu pengangguran, isu sosial, kesihatan dan kebajikan rakyat terus hangat dibincangkan. Mesyuarat bersurai beberapa jam kemudian.
2. Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalang MEP untuk terus bersidang. Kami bersidang melalui Zoom. Kami patuh kepada perintah.
3. Perincian perbincangan tidak dapat di kongsilah. Disini beberapa perkara yang perlu disentuh.
4. Situasi negara amat kritikal. Yang kaya boleh membeli kerajaan dah jadi macam cerita hollywood. 2 buah kerajaan di Malaysia telah dibeli. Kerajaan mahu kekal berkuasa tanpa saingan. Parti MUDA, Parti Pejuang terus ditolak. Parti Hindraf dibatalkan. Jangan terperanjat kalau UMNO pun dibatalkan nanti.
5. Parlimen masih tidak dibenarkan bersidang walaupun DYMM YDP Agong telah perkenan membenarkan parlimen bersidang. Malah persidangan Majlis Raja-raja juga ditangguh.