Responsive Ad Slot

Showing posts with label Penarafan kredit Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Penarafan kredit Malaysia. Show all posts

SELAMATKAN MALAYSIA SIRI 13: TIGA FAKTOR UTAMA PERUBAHAN NEGATIF PENARAFAN KREDIT MALAYSIA OLEH FITCH

 

TIGA FAKTOR UTAMA PERUBAHAN NEGATIF PENARAFAN KREDIT MALAYSIA OLEH FITCH

1. Apakah yang menyebabkan Penarafan kredit Malaysia diturunkan? 

2. Mengikut laporan Fitch Inc, terdapat beberapa faktor yang melemahkan kredit metrik utama Malaysia. 

3. Faktor Pertama: Tahap dan jangkamasa krisis pandemik Covid-19. Seperti yang kita sedia maklum, pandemik Covid-19 telah berjaya dikawal dengan baik hanya untuk beberapa bulan sehingga gelombang ketiga pandemik Covid-19 menjadi lebih agresif dan masih belum terkawal dengan baik. Setakat ini, pandemik Covid-19 mengambil masa yang terlampau lama untuk dibendung, menjadi tidak terkawal dan kerajaan tidak memperuntukkan belanjawan yang cukup untuk mengatasi penularan wabak Covid-19.

4. Malah, Belanjawan 2021 juga telah dirangka pada peringkat kelima Strategi 6R, iaitu peringkat Revitalise iaitu fasa selepas pemulihan atau 'Recovery' seolah-olah gelombang ketiga langsung tidak wujud. 

5. Seperti saranan YB Langkawi, Tun Dr Mahathir semasa perbahasan Belanjawan 2021, belanjawan sepatutnya memperuntukkan lebih bajet untuk membendung gejala pandemik Covid-19 dengan membuat ujian seluas yang mungkin dan mengasingkan semua yang positif Covid-19 dari awam. Dengan itu semua sempadan, kegiatan sosial dan aktiviti ekonomi boleh dibuka sepenuhnya supaya kita mampu memulihkan negara dari krisis kesihatan dan krisis ekonomi. 

6. Melalui teknologi terbaru ujian Covid-19 melalui alat 'breathalyzer'-Breath Analysis atau Analisa Nafas, keputusan ujian Covid-19 dapat diputuskan dengan segera dan semua pelancong yang ingin memasuki sempadan negara atau sesiapa dapat diasingkan jika keputusan positif dengan segera tanpa menggangu aktiviti ekonomi terutamanya sektor pelancongan.

7. Dengan ujian yang menyeluruh, negara kita pasti dapat melandaikan lengkung atau 'flatten the curve' dan mengatasi gejala wabak Covid-19 dan pemulihan sebenar ekonomi dapat dijalankan.

8. Faktor Kedua: Governance atau Tata Urus Kerajaan. Laporan Fitch Rating Inc juga menyebut dalam perenggan 6 berhubung ketidaktentuan prospek menambahbaik tata-urus kerajaan serta ketidakstabilan kerajaan dengan majoriti 2 kerusi parlimen sebagai salah satu faktor utama penurunan penarafan. Pertikaian terhadap ketidaktentuan polisi-polisi, tata-urus dan ketelusan pentadbiran yang diamalkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan terus menjadi tanda tanya dalam komitmen pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Ketidakstabilan kerajaan bertambah tenat dengan perebutan kuasa terbaru di negeri Perak yang memberi isyarat negatif risiko Kerajaan Persekutuan yang kemungkinan akan hilang kuasa.  

9. Malaysia telah mendapat Skor Tata-Urus atau 'Governance Score' dari Bank Dunia melebihi median 76 persentil untuk penarafan 'A' pada tahun 2019 dibawah Pakatan Harapan. Tetapi Skor Tata-Urus Kerajaan Perikatan Nasional pada tahun 2020 jatuh kepada 64 persentil.

10. Contoh tata-urus yang dikemukan dalam laporan Fitch ialah seperti perbicaraan rasuah dan salah guna kuasa oleh Mantan Perdana Menteri dan bekas menteri-menteri dari Barisan Nasinal dahulu. Contoh lain yang juga memberi kesan kepada penarafan Malaysia termasuk pelantikan jawatan kanan syarikat berkaitan kerajaan atau 'Government Link Companies' yang dahulunya dibawah pentadbiran Pakatan Harapan dilantik dari golongan professional; dan kini diganti dengan ahli-ahli politik yang kurang pengalaman dalam dunia korporat.

11. Kemerosotan dalam urus tadbir dan ketidakstabilan politik yang berterusan akan menjejaskan keyakinan pelabur dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut. Ini juga akan mengakibatkan krisis ekonomi kita akan terus berpanjangan.

12. Faktor Ketiga: Beban Hutang. Mengikut Laporan Fitch, metrik hutang dibawah Kerajaan Perikatan Nasional merosot teruk dan Fitch menganggarkan hutang am kerajaan akan meningkat kepada 76.0% daripada KDNK tahun 2020 daripada 65.2% daripada KDNK tahun 2019 dibawah Pakatan Harapan.

13. Angka hutang yang digunakan oleh Fitch termasuk komitmen jaminan kerajaan keatas pinjaman yang dilaporkan secara rasmi, yang dibayar melalui belanjawan kerajaan. Pembayaran hutang bersih 1MDB bersamaan 12.6% perbelanjaan pada bulan September 2020 dan 1.3% daripada KDNK.

14. Oleh sebab itu beban hutang jauh lebih tinggi daripada nilai purata 59.2% dan 52.7% untuk kategori penarafan 'A' dan 'BBB'. 

15. Kerajaan Perikatan Nasional juga tidak memperkenalkan langkah atau pendekatan untuk mengurangkan beban hutang melalui perlaksaan strategi fiskal yang efektif.

 16. Ini bermakna, beban hutang 1MDB dan SRC telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan penurunan penarafan kredit Malaysia yang mengakibatkan faedah pinjaman secara keseluruhan menjadi lebih mahal.

17. Dalam erti kata lain, rakyat terpaksa membayar lebih cukai pada masa hadapan untuk membayar hutang yang semakin meningkat diatas kelemahan pentadbiran kewangan dan ekonomi Malaysia dibawah Perikatan Nasional.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN ~ Usahawan teknologi, Mantan Pengerusi & President Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia.

 

#selamatkanmalaysia #pejuangberprinsip #tolakbelanjawan #muhyidinout

Siri 1: https://bit.ly/2IHW2Mp    

Siri 2: https://bit.ly/3jqUeV2   

Siri 3: https://bit.ly/31AKWPW   

Siri 4: https://bit.ly/3mzLGNB  

Siri 5: https://bit.ly/3mBoLBj    

Siri 6: https://bit.ly/3mEoP3j 

Siri 7: https://bit.ly/34NmgG8

Siri 8: https://bit.ly/34R4bH2

Siri 9: https://bit.ly/3kbI1Uy 

Siri 10: https://bit.ly/3n2gq9S

Siri 11: https://bit.ly/38I0aXX

Siri 12: https://bit.ly/39Sn0fQ 

SELAMATKAN MALAYSIA SIRI 12: APAKAH KESAN DARI PENYEMAK TURUN PENARAFAN KREDIT MALAYSIA

 

SELAMATKAN MALAYSIA SIRI 12: APAKAH KESAN DARI PENYEMAK TURUN PENARAFAN KREDIT MALAYSIA. BAB-1

1. Pada 4 Disember 2020, Fitch Rating Inc telah menyemak semula Issuer Default Rating (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia dengan menurunkan penarafan dari 'A-' kepada 'BBB+'.

2. Fitch Ratings Inc. ialah salah satu daripada 'agensi penarafan kredit Tiga Besar' yang mana dua lagi ialah Moody's dan Standard & Poor's. Ia merupakan salah satu daripada tiga organisasi penarafan statistik yang diiktiraf secara nasional serta antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran AS pada tahun 1975.

3. Apakah kesan dari penurunan Penarafan Fitch Ratings Inc. ini?

4. Setiap individu, syarikat atau negara mempunyai penarafan kredit yang tersendiri yang ditetapkan oleh institusi kewangan atau agensi yang diiktiraf. Penarafan kredit untuk individu atau syarikat, lebih dikenali sebagai skor kredit atau 'credit worthiness'. Untuk tujuan blog ini, kita akan merujuk kredit skor atau credit worthiness individu itu sabagai penarafan kredit.

5. Apabila seseorang individu atau syarikat memohon untuk mendapatkan pinjaman Bank samada untuk pinjaman peribadi (atau korporat), pinjaman untuk membeli kereta atau membeli rumah (atau pejabat), penarafan kredit (atau skor kredit/'credit worthiness') pemohon akan disemak oleh institusi kewangan untuk menentukan kelayakan kredit atau 'credit worthiness'.

6. Penarafan kredit pemohon yang memberangsangkan akan membolehkan pemohon mendapat jumlah pinjaman yang tinggi dengan kadar faedah yang rendah kerana risiko pembayaran untuk pinjaman adalah lebih rendah. Pemohon yang mempunyai penarafan kredit yang tinggi ditawarkan berbagai kemudahan seperti fasiliti overdraft tanpa komitment fi (comitment fee), kad kredit tanpa caj tahunan dan sebagainya.

7. Diantara faktor yang memberi kesan kepada penarafan kredit pemohon individu/syarikat ialah kebolehan pemohon untuk membayar ansuran pinjaman berdasarkan jumlah hutang sedia-ada seperti kad kredit, overdraf, pinjaman sewa-beli, pinjaman rumah/pejabat dan lain lain. Jika pemohon telah mempunyai kemudahan kewangan, permohonan pinjaman baru kemungkinan ditawarkan (atau ditolak) dengan kadar faedah yang lebih tinggi kerana risiko pinjaman tidak berbayar menjadi lebih tinggi dengan tanggungan pinjaman keseluruhan yang banyak.

8. Saya pasti ramai pernah memohon pinjaman dari institusi kewangan untuk membeli kereta atau rumah dan di tawarkan faedah yang tinggi atau telah ditolak (reject) sama-sekali kerana skor kredit yang rendah.

9. Begitulah pentingnya untuk kita menjaga had hutang (dan pembayaran tanpa tunggakan) kita kerana kita akan terus menjalankan kehidupan dengan rekod kewangan kita seumur hidup.

10. Begitu penting juga penarafan kredit yang ditetapkan kepada negara kita, Malaysia. 

11. Penurunan penarafan kredit Malaysia bermakna kebolehan negara kita untuk membayar pinjaman dan/atau faedah (contoh: kepada pinjaman seperti Bon) tepat pada masanya dipertikaikan. Ini akan menjejaskan kebolehan Malaysia untuk mendapatkan lebih dana melalui pinjaman dengan faedah yang rendah dan kompetitif.

12. Agensi penarafan seperti Fitch Inc memberi maklumat kepada pelabur global mengenai kemampuan negara untuk membayar hutang - contohnya, bolehkan Malaysia membuat pembayaran faedah tepat pada waktunya, atau akan gagal bayar.

13. Dengan jumlah hutang terkumpul yang mencecah RM1.3 trilion dan kadar faedah lebih tinggi yang mungkin dikenakan dengan penarafan kredit 'BBB+', hutang ini berkemungkinan besar, terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang dalam bentuk cukai lebih tinggi.

14. Keadaan negara Malaysia seumpama keadaan Makcik Kiah yang mengalami ketidaktentuan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan dibelenggu hutang kad kredit (5 kad kredit), hutang overdraf, hutang sewa-beli kereta, hutang rumah, hutang ahlong, dan hutang dengan saudara-mara. Oleh sebab penarafan kredit Makcik Kiah terjejas, Makcik Kiah kemungkinan terpaksa memohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang tinggi.

15. Sanggupkah kita meninggalkan beban hutang negara kepada anak-anak dan cucu-cucu kita yang mungkin terpaksa bekerja 3 syif sehari kerana sebahagian besar pendapatan mereka terpaksa ditolak untuk membayar cukai pendapatan yang tinggi.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN ~ Usahawan teknologi, Mantan Pengerusi & President Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia.

 

#selamatkanmalaysia #pejuangberprinsip #tolakbelanjawan #muhyidinout

Siri 1: https://bit.ly/2IHW2Mp    

Siri 2: https://bit.ly/3jqUeV2   

Siri 3: https://bit.ly/31AKWPW   

Siri 4: https://bit.ly/3mzLGNB  

Siri 5: https://bit.ly/3mBoLBj    

Siri 6: https://bit.ly/3mEoP3j 

Siri 7: https://bit.ly/34NmgG8

Siri 8: https://bit.ly/34R4bH2

Siri 9: https://bit.ly/3kbI1Uy 

Siri 10: https://bit.ly/3n2gq9S

Siri 11: https://bit.ly/38I0aXX
© all rights reserved
made with by templateszoo