Responsive Ad Slot

Showing posts with label Perodua. Show all posts
Showing posts with label Perodua. Show all posts

PERBEZAAN SKIM PELUPUSAN KERETA DIANTARA PROTON EDAR DAN PERODUA

PERBEZAAN SKIM PELUPUSAN KERETA DIANTARA PROTON EDAR DAN PERODUA

1. PERSAMAAN SYARAT-SYARAT SKIM PELUPUSAN PROTON & PERODUA

a) Kenderaan pelbagai model dan buatan diterima tetapi mesti berusia 10 tahun atau lebih dari tahun diperbuat
b) Kenderaan harus berdaftar di Malaysia
c) Tiada hak milik dituntut oleh institusi kewangan atau tiada apa-apa cagaran kewangan
d) Tiada apa-apa saman, senarai hitam, perintah mahkamah, kes polis- Pelanggan harus mendapat kelulusan dari badan-badan kerajaan (JPJ/PDRM)
e) Mesti mempunyai cukai jalan yang sah


2. PERBEZAAN SYARAT-SYARAT SKIM PELUPUSAN

a) HAKMILIK.
PROTON mewajibkan pemilik sah kenderaan yang hendak dilupuskan, telah berdaftar lebih pada 6 bulan dan di rekodkan dalam kad pendaftaran kenderaan.
PERODUA meluluskan semua kenderaan berusia 10 tahun atau lebih (dari tahun diperbuat) dengan syarat pemilik yang direkodkan di kad pendaftaran kenderaan berdaftar sebelum tarikh 10 March 2009.

b) KEADAAN KERETA.
PROTON hanya menerima kereta yang boleh dipandu ke hadapan dan pandu undur (reverse) sekurang-kurangnya sejauh 20 meter.
PERODUA menerima kereta yang boleh dipandu masuk ke atas lori pengangkutan kenderaan.

c) PENDAFTARAN PERSENDIRIAN.
PROTON tidak membezakan kereta yang didaftar untuk kegunaan persendirian atau perdagangan.
PERODUA tidak menerima kenderaan yang didaftar di bawah pendaftaran perdagangan.

d) PINDAH-MILIK SKIM PELUPUSAN.
PROTON tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bertulis yang membenarkan pindah-milik RM5,000 dibawah skim pelupusan kereta kepada sesiapa kecuali pemilik berdaftar.
PERODUA membenarkan secara bertulis pindaan baucer dibuat kepada saudara terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak-beranak dan adik-beradik.

e) JUMLAH YANG DITAWARKAN UNTUK PELUPUSAN KERETA.
PROTON menawarkan RM5,000 kepada pelanggan bagi melupuskan kereta lama untuk membeli sebuah kereta Proton yang baru walaupun harga pasaran kenderaan yang hendak dilupuskan melebihi atau kurang dari jumlah yang ditawarkan.
PERODUA pula menawarkan jumlah maksima sebanyak RM5,000 bagi pelupusan kereta. Jumlah maksima itu bergantung di atas jenis, model dan harga kereta baru yang hendak dibeli pada masa tawaran dibuat.

f) TEMPOH SAH BAUCER DISKAUN
Apabila skim pelupusan diluluskan, baucer RM5,000 akan dikeluarkan dan boleh ditebus untuk membeli sebuah kereta baru PROTON atau PERODUA.
Baucer PROTON sah laku untuk jangkamasa 3 bulan. Baucer mesti ditebus dalam tempoh sah laku itu, tetapi tempoh sah itu akan disambung jika jenis/model kereta yang dtempah masih tidak diperolehi.
Baucer PERODUA pula, hanya sah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan PERODUA berhak mengenakan caj tambahan walaupun kereta yang ditempah tiada dalam stok.


3. SYARAT-SYARAT LAIN YANG HANYA DIKENAKAN OLEH PROTON SAHAJA

PERODUA tidak mengenakan apa-apa syarat lain selain dari syarat yang disebut di perenggan 1 & 2 di atas. Syarat-syarat lain yang HANYA dikenakan oleh pelanggan PROTON dan MESTI DIPATUHI adalah syarat Pemeriksaan fungsi dan Pemeriksaan alatan.

(a) Pemeriksaan Fungsian

i- Sistem pencucuhan yang aktif, enjin boleh dinyala dan dipadamkan tanpa bantuan bateri luaran (ignition).

ii- Pemanduan – kereta boleh dipandu ke hadapan dan pandu-undur sekurang-kurangnya sejauh 20 meter.

iii- Sistem Gear masih berfungsi dan dapat menggerakkan semua gear.

iv- Injak-injak (Pedal) , cekam (Clutch), brek (Brake) dan pemecut (Acclerator) masih berfungsi.

v- Brek Tangan ( Hand Brake ) masih ada dan berfungsi.

vi- Pemanduan tidak terjejas oleh kerosakan pada bahagian badan kereta, steering atau suspension.

(b) Pemeriksaan Alatan

i- Pintu – semua pintu masih ada dan lengkap.

ii- Hud (bumbung) – masih ada dan lengkap

iii- Papan pemuka (Dash Board) - masih ada dan lengkap

iv- Tempat Duduk (Seat) – masih ada dan lengkap

v- Injak-injak dalaman ( Interior Pedals ) – masih ada dan lengkap

vi- Badan Kereta – masih ada dan lengkap

vii-paip eksos – masih ada dan berkeadaan baik

viii-Lampu depan – satu lampu masih ada

ix- Lampu belakang – satu lampu masih ada

x- Lampu brek – satu lampu masih berfungsi

xii-Tingkap – semua tingkap masih sempurna

xiii-Brek tangan ( Hand Brake ) – masih ada


4. Tempoh KELULUSAN untuk permohonan pelupusan kereta dijangka memakan masa di antara 2 minggu sehingga 4 minggu bagi pelanggan PROTON dan 4 minggu hingga 6 minggu bagi pelanggan PERODUA.

.
© all rights reserved
made with by templateszoo