Responsive Ad Slot

Showing posts with label Proklamasi Orang Melayu. Show all posts
Showing posts with label Proklamasi Orang Melayu. Show all posts

MENTERI PELANCONGAN PERLU DISINGKIRKAN KERANA GAGAL MEMELIHARA WARISAN DAN IDENTITI TEMPATAN


MENTERI PELANCONGAN PERLU DISINGKIRKAN KERANA GAGAL MEMELIHARA WARISAN DAN IDENTITI TEMPATAN

 

Kuala Lumpur, 29 November 2024 – Kerajaan disarankan untuk menilai semula keputusan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina bagi pihak China. Pada masa yang sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing, wajar disingkirkan dari cabinet Jemaah menteri demi menjaga maruah dan kedaulatan budaya negara.

 

Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap pelancongan, seni, dan budaya, Dato' Seri Tiong seharusnya mempromosikan budaya tempatan sebagai daya tarikan utama pelancongan Malaysia. Negara kita kaya dengan warisan budaya yang unik dan berbilang kaum. Namun, keputusan ini bukan sahaja tidak menghormati identiti budaya tempatan, tetapi juga membawa implikasi negatif terhadap imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

Langkah ini boleh menimbulkan persepsi bahawa Malaysia terlalu bergantung dan mudah terpengaruh dengan pengaruh negara China, sekaligus mencetuskan keraguan terhadap kedaulatan budaya kita. Lebih membimbangkan, ia berpotensi menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Rakyat mungkin melihat keputusan ini sebagai tidak adil, terutamanya jika budaya lain dalam negara tidak diberikan perhatian yang sama.

 

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi tempatan, tanggungjawab Menteri Pelancongan adalah untuk memperkukuh dan menonjolkan identiti budaya Malaysia, bukan mengutamakan budaya negara asing. Penonjolan budaya China secara berlebihan ini memberi gambaran bahawa budaya tempatan, khususnya budaya Melayu yang menjadi tunjang identiti negara, telah diabaikan.

 

Terdahulu, Dato' Seri Tiong juga telah mengabaikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan apabila mempersoalkan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai dominasi tulisan Cina pada papan tanda di kompleks membeli-belah baharu di Kuala Lumpur. Pendekatan ini jelas menunjukkan kecenderungan untuk mengutamakan sensitiviti pihak luar berbanding memelihara identiti nasional dan memartabatkan peranan Bahasa Malaysia.

 

Dalam satu insiden lain, pelancong dari China telah mengibarkan bendera negara mereka semasa acara kebudayaan di Teluk Intan. Dato' Seri Tiong menyatakan bahawa reaksi terhadap tindakan tersebut adalah berlebihan dan boleh menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Namun, pendekatan ini memperlihatkan sikap toleransi yang keterlaluan terhadap tindakan yang boleh dianggap tidak sensitif terhadap kedaulatan negara dan perasaan rakyat tempatan.

 

Keseluruhan tindakan dan kenyataan Dato' Seri Tiong King Sing menimbulkan persoalan serius tentang keutamaan beliau dalam memelihara warisan dan identiti tempatan. Sebagai pemimpin, beliau seharusnya menjadi benteng kepada warisan budaya Malaysia, bukan membiarkan keunikan dan kedaulatan budaya negara ini terpinggir demi kepentingan pihak luar.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Setiausaha Agung - Sekretariat Tanahair

ORANG MELAYU BERHIMPUN DIKATAKAN RASIS- BIBI SUNITA



Oleh: Hajjah Bibi Sunita Sakandar Khan

1. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) (2022), kadar kemiskinan mutlak bagi Bumiputera adalah 7.2%.

2. Peratusan 7.2% ini lebih tinggi daripada Paras Nasional iaitu 5.6%.

3. Seramai 383,036 orang dikalangan Bumiputera berbanding 136,124 Bukan Bumiputera dikategorikan sebagai penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini bermakna penerima bantuan paling ramai adalah dari kalangan bumiputera

4.  Kaum Bumiputera merupakan kaum terbesar di Malaysia, seramai 21.1 juta orang atau merangkumi hampir 70% daripada populasi penduduk di negara ini. 


5.  Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu,

Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. 

6.  Meskipun memegang komposisi penduduk terbesar, kaum Bumiputera sering dikaitkan dengan pelbagai kesulitan ekonomi dan sosial yang tampak seperti tiada penghujungnya walaupun saban tahun diberikan keutamaan oleh Kerajaan.

7. Bukan saja Bumiputera yang majoritinya dari etnik orang Melayu mempunyai jurang kemiskinan yang tinggi berbanding kaum lain, malah dari segi pemilikan hartanah juga rendah, sehingga faktor kemiskinan ini membuatkan sehingga ada yang menjual atau menggadaikan hartanah mereka yang akhirannya tidak dapat dituntut dan terlepas dari tangan menjadi milik orang lain khususnya bangsa asing.

8. Sebagai contoh, daripada 94,000 perniagaan yang didaftarkan pada tahun 1957, hampir tiga per empat daripadanya dimiliki oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya memegang lebih kurang 15% sahaja daripada perniagaan yang didaftarkan. Monopoli kaum Cina dalam industri-industri utama negara seperti perbankan juga begitu jelas sekali pada era pasca Kemerdekaan

9.  Perangkaan ini bukan direka-reka atau dicipta-cipta tetapi semua termaktub dalam perangkaan dan kajian2 yang telah dilakukan oleh Jabatan berkaitan.

10. Pada 19hb Mac 2023, atas dasar dan keprihatinan Sekretariat TanahAir telah menjemput YABhgia Tun M untuk bersama2 melihat permasalahan dan isu ini secara serius dan perlunya semua bangsa Melayu melakukan sesuatu untuk mengatasi permasalan dan isu ini.

11.  Namun 4 kali lokasi dipilih oleh Sekretariat ini, 4 kali juga telah dibatalkan oleh pemilik lokasi tanpa diberikan apa jua alasan yang munasabah.

12. Orang Melayu hendak berkumpul untuk membawa isu-isu yang jelas di depan mata namun kerajaan menuduh perhimpunan ini menunjukkan ada sikap rasis dan perkauman.


13. Wahai Kerajaan!!! Adakah menjadi kesalahan kepada kami-kami untuk mencari jalan dan usaha sebagai bangsa Melayu untuk memperbaiki masalah dan isu yang terpampang di data-data perangkaan tersebut???

14.  Kami orang-orang Melayu tidak rasis, Sepanjang zaman bermula Merdeka hingga kini, berikan bukti-bukti yang kami orang-orang Melayu mengamalkan sikap rasis kami kepada kaum lain. Buktikan dan bukan menuduh kami rasis hanya kerana takut pada bayang-bayang sendiri.

15.  Kami ingin majukan diri kami, kami ingin lihat purata kadar kemiskinan kami dibaiki dan bukan lagi lebih tinggi dari kadar paras Nasional. 

16. Sekarang ini, dilihat hanya golongan elitis yang kaya semakin kaya, kami-kami ini, masih terkial-kial mencari rezeki, anak-anak kos sekolah, ada hingga nak beli komputer riba untuk sekolah anak-anak pun tak mampu, warga emas tak diberi perhatian, yg bekerja gaji tak cukup untuk sara keluarga mereka sedangkan kos barang2 meningkat hari demi hari.

17. Ada pulak dari kalangan mereka yang berjawatan ingin untuk menghapuskan dan mengurangkan dominasi kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam, sedangkan ini sajalah punca pendapatan orang2 Melayu, sektor lain dikuasai oleh Siapa?? adakah anak2 Melayu dapat pekerjaan di sektor2 ini?? ada yang diterima tetapi harus pula diminta untuk menanggalkan hijab mereka. Ini apa wahai Kerajaan??

18.  Jangan fikir kami tiada mata, mukut kami tertutup rapat, telinga kami pekakkan.

Kami lihat, sedar, dan faham situasi kami ini.

19. Salah kah kami ingin berkumpul untuk menzahirkan isu-isu kami ini??

20.  Saya bersyukur, saya salah satu dati ramai anak-anak Melayu lahir dari Universiti UITM, saya anak miskin yang dari kecil hidup menumpang sedara mara, saya ingin bersama-sama membantu bangsa saya orang-orang Melayu.

21.  Saya tidak rasis, saya punyai ramai sahabat-sahabat berbangsa lain dan kaum-kaum lain. Saya juga menjadi pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berbilang kaum. Saya yakin ramai kami orang-orang Melayu bukan terdiri dari golongan rasis, amat menyedihkan bila dituduh sedemikian rupa.

22.  Atas apa yang berlaku kini dan dengan insaf serta keyakinan untuk bersama-sama perjuangan orang-orang Melayu, saya menandatangani PROKLAMASI ORANG MELAYU. 

23. Saya pohon semua yang bernama dan mengakui diri mereka Orang Melayu, jom sama2 kita tandatangani Proklamasi Orang Melayu ini.

https://bit.ly/ProklamasiOrangMelayu

24.  Ini ibadah & Jihad kita untuk generasi anak cucu cicit kita yang akan datang


*********************************************************

HAJJAH BIBI SUNITA SAKANDAR KHAN ialah seorang aktivis, Ahli Perniagaan dan pemimpin badan bukan kerajaan. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

Proklamasi Orang Melayu

Proklamasi Orang Melayu

1. Secara keseluruhan hanya 65% rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbandingkan dengan 98% rakyat bukan Melayu yang keluar mengundi. 35% rakyat berbangsa Melayu tidak mengambil kisah soal pemilihan wakil rakyat.

2. Sebahagian besar yang keluar mengundi ini, keluar mengundi untuk mendapat sogokan wang kecil berjumlah RM100-RM500 setiap seorang.

3. Matlamat utama Proklamasi Orang Melayu ialah untuk menimbul kesedaran dan mendorong lebih ramai orang-orang Melayu untuk mengambil kisah tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi. Tanggung-jawab untuk menyedarkan orang-orang Melayu ini perlu di pikul bersama oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu merentasi kepentingan politik.

4. Saya amat kecewa dengan tindakan kerajaan menghalang inisiatif murni Sekretariat Tanahair untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tanggung-jawab mereka terhadap Negara.

5. Untuk pelancaran proklamasi ini, empat dewan dengan kapasiti hanya 300 hadirin telah membatalkan tempahan yang telah pun dibayar di atas arahan tangan ghaib. Majlis tertutup kecil dengan jemputan rasmi hanya 80 hadirin telah di labelkan sebagai perkauman. 

6. Inikah yang di namakan demokrasi oleh kerajaan Perpaduan?

7. Orang-orang Melayu tidak sedar kejahilan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab untuk keluar mengundi atau mengundi pemimpin yang memberi wang sogokan akan merugikan mereka pada jangka masa panjang.

8. Ini telah terbukti melalui statistik dengan jumlah pegangan ekuiti orang Melayu yang kecil dan semakin merosot, jumlah tanah rizab melayu yang semakin pupus. Jumlah kemiskinan yang tertinggi dan semakin besar di tanah Melayu, adalah orang-orang Melayu. 

9. Dengan Lafaz Bimimillah, saya Armin Baniaz Pahamin seorang warganegara berbangsa Melayu menandatangani Proklamasi ini.

10. Marilah orang-orang Melayu bersama, bersatu membina bangsa kita. Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Orang Melayu


Berikut adalah Proklamasi yang di tandatangani.


PROKLAMASI ORANG MELAYU 

  1. Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.
  2. Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka. 
  3. Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka. 
  4. Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri. 
  5. Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri. 
  6. Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu. 
  7. Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka. 
  8. Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka. 
  9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan Berjaya jika mereka kembali bersatu. 
  10. Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan. 
  11. Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri. 
  12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara.

Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini. 





Sidang media Proklamasi Melayu Tun Dr Mahathir Mohamad

 


1. Secara keseluruhan hanya 65% rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbandingkan dengan 98% rakyat bukan Melayu yang keluar mengundi. 35% rakyat berbangsa Melayu tidak mengambil kisah soal pemilihan wakil rakyat. 2. Sebahagian besar yang keluar mengundi ini, keluar mengundi untuk mendapat sogokan wang kecil berjumlah RM100-RM300 setiap seorang. 3. Matlamat utama Proklamasi Orang Melayu ialah untuk menimbul kesedaran dan mendorong lebih ramai orang-orang Melayu untuk mengambil kisah tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi. Tanggung-jawab untuk menyedarkan orang-orang Melayu ini perlu di pikul bersama oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu merentasi kepentingan politik. 4. Saya amat kecewa dengan tindakan kerajaan menghalang inisiatif murni Sekretariat Tanahair untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tanggung-jawab mereka terhadap Negara. 5. Untuk pelancaran proklamasi ini, empat dewan dengan kapasiti hanya 300 hadirin telah membatalkan tempahan yang telah pun dibayar di atas arahan tangan ghaib. Majlis tertutup kecil dengan jemputan rasmi hanya 80 hadirin telah di labelkan sebagai perkauman. 6. Inikah yang di namakan demokrasi oleh kerajaan Perpaduan? 7. Orang-orang Melayu tidak sedar kejahilan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab untuk keluar mengundi atau mengundi pemimpin yang memberi wang sogokan akan merugikan mereka pada jangka masa panjang. 8. Ini telah terbukti melalui statistik dengan jumlah pegangan ekuiti orang Melayu yang kecil dan semakin merosot, jumlah tanah rizab melayu yang semakin pupus. Jumlah kemiskinan yang tertinggi dan semakin besar di tanah Melayu, adalah orang-orang Melayu. 9. Dengan Lafaz Bimimillah, saya Armin Baniaz Pahamin seorang warganegara berbangsa Melayu menandatangani Proklamasi ini. 10. Marilah orang-orang Melayu bersama, bersatu membina bangsa kita. Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini. Tandatangan di https://bit.ly/ProklamasiOrangMelayu ARMIN BANIAZ PAHAMIN Orang Melayu

© all rights reserved
made with by templateszoo