Responsive Ad Slot

Showing posts with label Video Promosi Kementerian Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Video Promosi Kementerian Pelancongan. Show all posts

Tiong tak layak pegang portfolio pelancongan dan budaya


 
Tiong tak layak pegang portfolio pelancongan dan budaya

Oleh Armin Baniaz Pahamin
PENJELASAN mudah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berhubung kontroversi video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 mempamerkan sikap tidak peka seorang menteri.
Walaupun dinyatakan bahawa video tersebut hanyalah montaj ringkas dan lebih banyak kandungan akan diperkenalkan kemudian, alasan ini tidak boleh diterima dan menunjukkan sikap kurang sensitif terhadap agama dan identiti kebangsaan.
Islam adalah agama rasmi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, elemen yang mencerminkan warisan Islam, termasuk seni bina masjid yang menjadi lambang keindahan budaya dan keimanan umat Islam di negara ini, tidak sepatutnya diabaikan dalam mana-mana usaha promosi pelancongan.
Kegagalan untuk mengetengahkan elemen ini bukan sahaja menunjukkan kekurangan penghargaan terhadap identiti Islam Malaysia tetapi juga berisiko memberikan gambaran yang tidak seimbang kepada pelancong asing.
Isu ini bukan tentang “mempolitikkan” perkara kecil seperti yang didakwa oleh Menteri, tetapi lebih kepada tanggungjawab moral dan profesional seorang pemimpin untuk memahami, menghormati, dan mempromosikan warisan negara secara inklusif dan adil.
Mengabaikan aspek Islam dalam promosi pelancongan negara menunjukkan kekurangan wawasan strategik dan rasa hormat terhadap sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Kami mendesak kerajaan untuk menukar Menteri Pelancongan dan Budaya kepada seorang pemimpin Melayu Islam yang lebih peka kepada sensitiviti rakyat.
Ini bukan kali pertama Tiong mengenepikan budaya dan adat melayu dan serta agama islam dalam pentadbiran beliau.
Tiong juga dilihat lebih tertumpu kepada tarikan budaya Cina seperti perayaan Tahun Baru Cina, seni bina tokong, dan makanan tradisional Cina, sementara warisan Melayu-Islam sering kali dipandang sepi atau sekadar diberi perhatian minimum.
Sebagai Menteri, Tiong dilihat kurang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu, terutama dalam bahan promosi pelancongan.
Sebaliknya, terdapat laporan bahawa bahan-bahan promosi lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris atau Mandarin, yang tidak mencerminkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Dalam beberapa ucapan dan inisiatif kementerian, pendekatan Tiong dilihat tidak mengimbangi kepelbagaian budaya Malaysia secara inklusif.
Penekanan terhadap satu warisan budaya tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti Islam dan Melayu adalah amat mengecewakan, terutama dalam konteks mempromosikan identiti Malaysia secara keseluruhan.
Tiong sebelum ini mengkritik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan.
Kritikan ini telah mencetuskan kemarahan rakyat kerana seolah-olah beliau lebih mengutamakan warisan budaya Cina berbanding kepentingan nasional.
Seorang menteri harus bertanggungjawab memastikan semua inisiatif kementerian menghormati dan memartabatkan sentimen Melayu-Islam, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti rakyat Malaysia.
Justeru, kami juga mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan kembali sama ada Tiong yang tidak memahami sensitiviti agama dan budaya majoriti wajar memegang portfolio penting sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pelancongan yang melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
© all rights reserved
made with by templateszoo