Responsive Ad Slot

Showing posts with label insurance agent. Show all posts
Showing posts with label insurance agent. Show all posts

INSURAN MOTOKAR. APA YANG ANDA PERLU TAHU & CARA NAK KURANGKAN BAYARAN



Topik pada minggu ini ialah berkenaan dengan Insuran Motokar yang memang selalu kita mengambil mudah (take it for granted) atau memandang remeh kerana insuran adalah syarat mandatori untuk pendaftaran semua kereta & juga untuk setiap pembaharuan cukai jalan. Jadi semua membeli insuran motokar hanya setakat nak cukup syarat. Dalam video ni, saya terangkan sedikit keperluan untuk mengambil lindungan insuran, memahami jenis-jenis insuran dan faktor-faktor yang diambl kira untuk pengeluaran polisi lindungan kita terutamanya kepada pemilik baru kereta. Video ini juga memberi tip cara yang paling murah untuk mendapatkan insuran motokar. Topik ini pertama kali di majukan oleh Youtuber Princess Sofia dan oleh “I am Qay” dalam komen video di http://bit.ly/2PivVw1. saya harap semua soalan terjawab dalam video ni & kalau ada apa-apa soalan lain. tolong tinggalkan komen. NOTA & PERHATIAN: Tiada polisi insurans kenderaan yang melindungi risiko kecederaan dan kematian pada diri sendiri atau pada penumpang anda.  Kalau video ni bermanfaat, tolong like & share video ni dan tinggalkan Komen (atau tinggalkan komen atau topik untuk video seterusnya). Tolong juga tekan butan subscribe & butang loceng supaya you all dapat notification semua video yang terbaru. Ada banyak topik-topik yang saya akan berkongsi pada setiap minggu. Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya boleh menjadi panduan kepada awam.
© all rights reserved
made with by templateszoo