DASAR PELUPUSAN - PANDUAN UNTUK MELUPUSKAN KERETA ANDA
1. Sebahagian daripada Rangsangsan Kewangan Ke-2 seperti yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 10 March 2009 adalah untuk merangsang penjualan kereta dengan belanjawan tambahan sebanyak RM200 juta untuk disalurkan ke Tabung Pembangunan Automotif.
2. Diskaun sebanyak RM5,000 (sebahagian dari peruntukan RM200 untuk indudstri automotif), akan diberi kepada pemilik kereta yang akan menukar-beli sebarang kereta pelbagai model yang kenderaannya berumur sekurang-kurangnya 10 tahun untuk membeli sebuah kereta baru ( Skim Pelupusan ) ( Perenggan 54 – Menteri Kewangan Malaysia ).
3. Rentetan daripada pengumuman itu, Proton telah mengeluarkan satu Piawaian Prosedur Operasi pada 11 March 2009 akan tetapi skim pelupusan PERODUA masih belum bermula lagi. Kriteria untuk kelayakan pelupusan ini adalah ketat dan pada pendapat saya akan menggagalkan tujuan dan objektif utama untuk merangsangan penjualan kereta. Peruntukkan belanjawan untuk skim pelupusan ini akan mengakibatkan pembaziran bajet jika jualan kereta tidak dapat dipertingkatkan. Peruntukan untuk skim pelupusan ini adalah sebahagian dari RM200 juta yang disalurkan melalui Tabung Pembangunan Automotif.
4. Walau bagaimana, sebagai panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menukar beli dan melupuskan kereta mereka yang telah berumur 10 tahun untuk membeli kereta Proton baru, berikut merupakan Piawaian Prosedur Operasi untuk membantu dan mendidik orang ramai bagi mengelak dari sebarang PENOLAKAN permohonan.
5. Pemilikan bagi kereta berumur 10 tahun (untuk dilupuskan) mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas. Dengan itu, pemilik yang memiliki kereta berumur 10 tahun ke atas dan kurang dari 6 bulan tidak akan dapat melupuskan kereta demikian. Lazimnya, peringkat umur pemilik kereta 10 tahun ke atas adalah berumur 45 hingga 50 tahun. Walaupun mereka dapat melupuskan kereta, mereka cuma layak mendapatkan pinjaman (bagi pembelian kereta baru Proton) dengan tempoh pembayaran balik selama 3 hingga 5 tahun dan akan dikenakan pembayaran bulanan yang tinggi (berbanding dengan pembayaran bulanan bagi tempoh pembayaran selama 9 tahun) . Mereka mungkin tidak mampu untuk pembayaran bulanan yang amat tinggi untuk pembelian kereta Proton baru (jika pinjaman diluluskan).
6. Kereta yang hendak dilupuskan mestilah berumur 10 tahun ke atas dari tarikh diperbuat.
7. Pemilik yang sah mesti menanda tangani Borang JPJK1C , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membatalkan pendaftaran kereta demikian di bawah Perenggan 13 (2) , Akta 1952 Jabatan Pengangkutan Jalan.
8. Kereta yang akan dilupuskan MESTI MEMATUHI :
(i) Pemeriksaan fungsi
(ii) Pemeriksaan alatan.
9. Pemeriksaan Fungsian
(a) Sistem pencucuhan yang aktif, enjin boleh dinyala dan dipadamkan tanpa bantuan bateri luaran (ignition).
(b) Pemanduan – kereta boleh dipandu ke hadapan dan undur sekurang-kurangnya sejauh 20 meter.
(c) Sistem Gear masih berfungsi dan dapat menggerakkan semua gear.
(d) Injak-injak (Pedal) , cekam (Clutch), brek (Brake) dan pemecut (Acclerator) masih berfungsi.
(e) Brek Tangan ( Hand Brake ) masih ada dan berfungsi.
(f) Pemanduan tidak terjejas oleh kerosakan pada bahagian badan kereta, steering atau suspension.
10. Pemeriksaan Alatan
(a) Pintu – semua pintu masih ada dan lengkap.
(b) Hud (bumbung) – masih ada dan lengkap
(c) Papan pemuka (Dash Board) - masih ada dan lengkap
(d) Tempat Duduk (Seat) – masih ada dan lengkap
(e) Injak-injak dalaman ( Interior Pedals ) – masih ada dan lengkap
(f) Badan Kereta – masih ada dan lengkap
(g) Paip eksos – masih ada dan berkeadaan baik
(h) Lampu depan – satu lampu masih ada
(i) Lampu belakang – satu lampu masih ada
(j) Lampu brek – satu lampu masih berfungsi
(k) Tingkap – semua tingkap masih sempurna
(l) Brek tangan ( Hand Brake ) – masih ada
11. Setelah kedua-dua prasyarat telah dipatuhi, kereta itu mesti di periksa dan diluluskan oleh Puspakom serta lulus pencarian JPJ. Pemeriksaan Puspakom akan dikenakan caj minima sebanyak RM25 untuk satu kali pemeriksaan.
12. Setelah kedua-dua prasyarat tersebut dipatuhi, pembeli dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut ;
(a) Kad Pendaftaran Kereta yang asli (untuk diberi kepada Proton Edar Sdn Bhd)
(b) Borang JPJ K3 asli (Borang tuntutan pemilik yang telah ditanda tangan kepada Proton Edar Sdn Bhd)
(c) Borang JPJ K1C yang asli (untuk diberi kepada Proton Edar Sdn Bhd)
(d) Serahan kereta dan kunci kereta (kepada Proton Edar Sdn Bhd)
13. Proton Edar akan mengendalikan pemeriksaan PDRM, pemeriksaan ketaksolvenan dan pemeriksaan kastam untuk mendapatkan kelulusan baucer diskaun RM5,000 bagi pelupusan kereta.
14. Setelah baucer RM5,000 dikeluarkan untuk melupuskan kereta, pembeli mempunyai tempoh maksima 3 bulan untuk menebusnya.
15. Semua kereta yang telah diserahkan tidak boleh di tuntut kembali oleh pelanggan dan ianya akan dimansuhkan oleh JPJ.
http://arminbaniaz.com
Sent via BlackBerry from Maxis