Responsive Ad Slot

KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA

 KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA

  1. Kuala Lumpur, 6 Disember 2021. Belanjawan 2022 berjumlah RM332.10 bilion telah diluluskan tanpa apa-apa langkah drastik yang diperkenalkan untuk mengurangkan kos mengurus dan hutang yang telah meningkat . Belanjawan juga diluluskan tanpa hubung kait dengan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12). Malah RMK12 juga tiada sasaran yang menarik yang boleh penambah- baik hasil negara terutamanya untuk menjelaskan pembayaran hutang yang tinggi. Kos mengurus negara berjumlah RM233.50 bilion perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah hutang negara yang sangat membimbangkan.

  2. Hasil negara juga banyak terjejas akibat pandemik dan Parti Pejuang Tanahair berpendapat kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus dan yang paling nyata adalah eperti berikut:

    1. Menghentikan semua lantikan jawatan bertaraf Menteri, mengurangkan jumlah

      Kementerian dan jumlah Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Perdana Menteri dan

      Menteri serta pegawai-pegawai Khas Menteri.

Jemputan siaran langsung bersama anak muda Sabah

Saya menyantuni jemputan dari anak anak muda Sabah untuk berbincang berkenaan dengan hutang & anak muda secara LIVE.

Terima kasih Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah diatas jemputan.




Menghadiri Pemukiman Selangor

 Tahniah saya ucapkan kepada Parti Pejuang Tanahair Selangor yang telah mengadakan program Pemukiman pada 20-21hb November. Acara di sempurnakan dengan kehadiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad memneri suntikan semangat dan inspirasi kepada warga Selangor.
Alhamdulillah saya juga dapat memenuhi undangan program untuk berkongsi inisiatif Biro Ekonomi Pusat bersama MPN dan penggerak parti di Selangor. Terima kasih diatas jemputan dan ruang. Seronok dapat berjumpa dengan ramai penggerak-penggerak Selangor.



Pelancaran Reset Malaysia

 Bersama menjayakan gerakan Reset Malaysia bersama Tun Dr Mahathir dan rakan rakan dari 120 NGO. NGO adalah badan terbaik yang boleh menyuarakan suara, isihati dan kepentingan rakyat. Terima kasih Yayasan Sedar yang menjadi penganjur utama program Reset Malaysia. Semoga NGO-NGO lain turut bersama menyertai resetmalaysia, berjuang menentang rasuah dan salah guna kuasa.








Menziarahi Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 3): Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Selepas selesai berjumpa dan bertemu bual peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, konvoi kami, Dato Sazmi Miah bersama pemimpin MPN, jawatankuasa dan jentera Pejuang Kota Bharu meneruskan perjalanan kami untuk melawat tapak rumah sederet terbakar yang terletak di Jalan Sultanah Zainab atau jalan yang lebih dikenali sebagai Jalan Gajah Mati.
Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Masjid Jamek Pakistan . Saya diiringi oleh Dato Sazmi Miah Ketua MPN Kelantan, Abdul Muthalib dari Biro Ekonomi Pusat, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Parlimen Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Alinordin Yaman Penyelaras Pejuang Kota Bharu serta jawatankuasa MPN dan jentera Pejuang sempat berbual mesra dengan beberapa keluarga. Salah seorang dari peniaga disitu berniaga barangan elektrik dan telah berada disitu agak lama. Beliau memaklumkan masalah utama kawasan itu merupakan dadah. Dadah dijual di kaki lima secara terbuka. Penagih dadah juga mengambil dadah secara terbuka.

Jelajah MEP ke Kota Bharu, Kelantan. Walkabout di Pasar Siti Khadijah bersama Jentera Pejuang Kelantan

Jelajah MEP ke Kota Bharu | Walkabout di Pasar Siti Khadijah 

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.

Tibanya kami di Pasar Siti Khadijah yang menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga rakyat tempatan, kami berjalan jalan dalam pasar sambil bertemu bual dan bertanyakan khabar peniaga-peniaga kecil dijalanan dan peniaga dalam pasar.

Saya juga berkesempatan berbicara berbual mesra bersama dua belas presiden dan wakil-wakil persatuan-persatuan peniaga di Pasar Khadijah. Banyak keluhan disampaikan oleh peniaga-peniaga melayu. Kelangsungan hidup mereka amat terjejas akibat pandemik.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

 Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal jentera Pejuang Kota Bharu, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Saya bersama Norasikim Yusof Penyelaras Parlimen Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu dan Abdul Muthalib dari pasukan Biro Ekonomi Pusat Pejuang dalam satu kereta. Dato Sazmi Miah Ketua Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Tuan Nor Alinordin bin Yaman Penyelaras SPP Parlimen Kota Bharu di Kereta hadapan mengetuai rombongan konvoi.
Dalam perjalanan, rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.

Jelajah Pimpinan Pusat ke Kota Bharu Kelantan (Part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Pada hari Sabtu saya balik ke Kelantan untuk merapatkan silaturahim bersama jentera parlimen Kota Bharu serta mendapat maklumbalas masyarakat dalam mengharungi pandemik. Sesampai saya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, saya di sambut oleh Penyelaras Pejuanita Kota Bharu merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pejuang Kelantan Cik Norasikim Yusof dan Farid Fakrullah Bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu. Bersama saya, Abdul Muthalib Zulkarnain, pasukan saya dari Biro Ekonomi Pusat Pejuang.
Kami kemudiannya tiba di Ayang Cafe dimana lebih 30 puluh jentera-jentera Pejuang kota Bharu telah berkumpul. Kami disambut oleh Dato Sazmi Miah selaku Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan dan jawatankuasa MPN. 7 orang dari pasukan saya di Biro ekonomi Pusat yang dipimpin oleh Tuan Mohd Norsharryadi Shaarai yang datang dengan kereta telah juga sampai lebih awal.

RATIFIKASI CPTPP HANYA JADI LIABILITI KEPADA NEGARA - ARMIN PEJUANG

RATIFIKASI CPTPP HANYA JADI LIABILITI KEPADA NEGARA - PEJUANG | Oleh Wartawan MalaysiaGazette - 29 October 2021
“Ratifikasi CPTPP hanya jadi liabiliti kepada negara - Pejuang”
KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Kerjasana Trans Pasifik (CPTPP)) setelah mendapati terma dan syarat perjanjian ini bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan hala tuju negara.
CPTPP juga akan menjadi satu liabiliti kepada negara pada masa hadapan dengan membolehkan syarikat swasta negara asing untuk menyaman kerajaan Malaysia berbilion ringgit di atas pelbagai sebab walaupun ianya bertentangan dengan dasar-dasar, akta-akta dan perlembagaan negara.
Pengerusi Biro Ekonomi Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin berkata, penolakan itu berdasarkan 3 faktor utama dengan faktor pertama merupakan dasar senarai negatif perjanjian CPTPP yang meliberalisasikan semua sektor termasuk pengliberalisasian perolehan kerajaan dan hanya tidak meliberalisasikan sektor yang dimasukkan secara rasmi dengan bertulis dalam senarai negatif mengikut perjanjian.
”Adalah mustahil untuk sesebuah kerajaan menyenarai dengan penuh dan lengkap semua sektorsektor yang perlu di kecualikan dan tanpa senarai yang lengkap, ianya boleh meninggalkan impak kerugian yang besar kepada industri khususnya industri mikro, kecil dan sederhana.

PEJUANG MENOLAK SEKERAS-KERASNYA RATIFIKASI PERJANJIAN CPTPP

 KENYATAAN MEDIA

BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG MENOLAK SEKERAS-KERASNYA RATIFIKASI PERJANJIAN KOMPREHENSIF DAN PROGRESIF BAGI PERKONGSIAN TRANS PASIFIK (‘COMPREHENSIVE AND PROGRESSIVE TRANSPACIFIC AGREEMENT ‘(CPTPP))

  1. Parti Pejuang Tanahair menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Kerjasana Trans Pasifik (Comprehensive and Progressive TransPacific Partnership (CPTPP)). Ratifikasi ini juga ditolak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pejuang semasa beliau menjadi Perdana Menteri dibawah kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menetapkan bulan Oktober 2021 untuk memberi keputusan berkenaan dengan ratifikasi perjanjian CPTPP.

  2. Setelah mengkaji dan mengadakan berbagai sesi libat urus bersama pakar-pakar ekonomi dan dewan-dewan perniagaan, kami dapati terma dan syarat perjanjian CPTPP bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan hala tuju negara kita.

  3. CPTPP juga akan menjadi satu liabiliti kepada negara pada masa hadapan dengan membolehkan syarikat swasta negara asing untuk menyaman kerajaan Malaysia berbilion ringgit di atas pelbagai sebab walaupun ianya bertentangan dengan dasar-dasar, akta-akta dan perlembagaan negara.

PEJUANG RECOMMENDS IMPORT RESTRICTIONS ON SOME OVERSEAS GOODS ON THE MALAYSIAN E- COMMERCE PLATFORM

MEDIA STATEMENT
CENTRAL ECONOMIC BUREAU PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG RECOMMENDS IMPORT RESTRICTIONS ON SOME OVERSEAS GOODS ON THE MALAYSIAN E- COMMERCE PLATFORM TO ASSIST THE MICRO, SMALL AND MEDIUM INDUSTRIES DURING THE ECONOMIC RECOVERY.

1. Parti Pejuang Tanahair recommends that the government restrict the sale of certain categories of foreign goods in Malaysia e-commerce marketplace to help and protect local businesses in micro, small and medium industries to recover from the economic crisis that has plagued many businesses.

2. Malaysians bought products from China online worth US$49.4 billion in 2020 and was the world's fourth largest online buyer in terms of gross trade value at last year's 11.11 sales promotion. This is larger than Singapore (US $ 28.2 billion), Japan (US $ 13 billion), the United States (US $ 12.8 billion), and Taipei China (US $ 10.3 billion). The cash outflow of US$49 billion or RM220 billion is a large amount that can be spent on local goods.

3. There are 14.4 million e-commerce users in Malaysia, and it is expected to increase to almost 4 million new e-commerce users by 2025. This number represents 77% of our country's total population. The average online purchase per e-commerce user is US$383 per year and is expected to increase to US$530 per year by 2025. If local sectors are not promoted from the beginning, we fear not only local entrepreneurs, but the Malaysian economy will also be affected with imports exceeding total export.

PENJUALAN BEBERAPA KATEGORI BARANGAN LUAR NEGARA DI PLATFORM E-DAGANG MALAYSIA PERLU DISEKAT

 KENYATAAN MEDIA

BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PENJUALAN BEBERAPA KATEGORI BARANGAN LUAR NEGARA DI PLATFORM E-DAGANG MALAYSIA PERLU DISEKAT UNTUK MEMBANTU INDUSTRI MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA DIWAKTU PEMULIHAN EKONOMI.

  1. Parti Pejuang Tanahair menyaran supaya kerajaan menyekat penjualan beberapa kategori barangan luar dalam platfom e-dagang untuk membantu dan melindungi usahawan tempatan terutamanya dalam industri mikro, kecil dan sederhana untuk kembali pulih dari krisis ekonomi yang telah menggugat banyak perniagaan.

  2. Rakyat Malaysia membeli barangan China melalui platform atas talian bernilai AS$49.4 bilion pada tahun 2020 dan merupakan negara keempat pembeli atas talian terbesar dari segi nilai dagang kasar pada promosi jualan 11.11 tahun lepas. Jumlah ini lebih besar berbanding dengan Singapura (AS$28.2 bilion), Jepun (AS$13 bilion), Amerika Syarikat (AS$12.8 bilion), dan Taipei China (AS$10.3 bilion). Aliran tunai ke luar negara berjumlah AS$49 bilion atau RM220 bilion itu adalah jumlah yang besar yang boleh dibelanjakan untuk barangan tempatan.

  3. Terdapat 14.4 juta pengguna e-dagang di Malaysia dan dijangka meningkat hampir 4 juta pengguna e-dagang baru menjelang 2025. Jumlah ini mewakili 77% dari jumlah populasi negara kita. Purata pembelian atas talian setiap pengguna e-dagang berjumlah AS$383 setahun dan dijangka akan meningkat menjadi AS$530 setahun menjelang 2025. Jika sektor-sektor tempatan tidak dibendung dari awal, kami khuatir bukan sahaja usahawan tempatan tetapi ekonomi Malaysia juga terjejas dengan jumlah import melebihi jumlah ekspot.

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN GERAN KEPADA PENIAGA KECIL DIBAWAH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

 KENYATAAN MEDIA

BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN GERAN KEPADA PENIAGA KECIL DIBAWAH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA.

  1. Parti Pejuang menggesa kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah wang dari dana COVID-19 sebagai geran untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang meminjam dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kami juga menggesa kerajaan untuk memberi laporan terkini tunggakan-tunggakan pembayaran oleh peminjam pinjaman AIM.

  2. Lebih RM800 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada AIM semenjak ditubuhkan; untuk tujuan memberi pinjaman kredit-mikro kepada golongan miskin untuk mereka memulakan perniagaan kecil.

  3. Merujuk kepada kenyataan Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahya pada 24 September 2021 di Berita Harian, kesan pandemik daripada sudut bayar balik pinjaman memang ketara. Kami amat prihatin dan risau terhadap masa depan 378,507 peminjam kredit mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD sepanjang pandemik.

PEJUANG MENGECAM KERAJAAN MELULUSKAN KENAIKAN HARGA DAN PENAMATAN BEBERAPA PERKHIDMATAN POS MALAYSIA

 KENYATAAN MEDIA

BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG MENGECAM KERAJAAN MELULUSKAN KENAIKAN HARGA DAN PENAMATAN BEBERAPA PERKHIDMATAN POS MALAYSIA

  1. Parti Pejuang menggesa kerajaan untuk mengawal perkhidmatan-perkhidmatan dan harga-harga yang di kenakan oleh POS Malaysia Berhad. Walaupun POS Malaysia telah diswastakan dan telah menjadi milikan swasta, tetapi ianya terletak di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

  2. Sebagai Kementerian yang mengawal selia tarif dan perkhidmatan POS Malaysia, sekurang-kurangnya kerajaan patut memberi penjelasan yang munasabah terhadap kenaikan harga dan penamatan perkhidmatan bungkusan udara ke/dari Sabah dan Sarawak.

  3. Jadual tarif baru juga tidak dimaklumkan dan dipamerkan di mana-mana pejabat pos dan/atau laman web. Laman web dan aplikasi mudah alih POS Malaysia hanya membuka ruang untuk mendapatkan sebut harga tanpa memaklumkan sebarang maklumat kenaikan harga atau jadual tarif yang baru.

PEJUANG MEMPERTIKAIKAN JUMLAH HUTANG PENEROKA FELDA – PENEROKA MISKIN MENJADI FAKIR DIBAWAH PENGURUSAN FELDA?

 

KENYATAAN MEDIA
BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG MEMPERTIKAIKAN JUMLAH HUTANG PENEROKA FELDA PENEROKA MISKIN MENJADI FAKIR DIBAWAH PENGURUSAN FELDA?

  1. Peneroka Felda yang ditawarkan pelarasan hutang harus berhati-hati dalam menandatangani perjanjian 6-muka surat itu dengan tempoh persetujuan yang amat singkat. Peneroka sekarang dikategorikan sebagai golongan fakir di bawah pengurusan FELDA dan menandatangani perjanjian itu tidak akan mengubah nasib mereka.

  2. Kami amat risau dan bimbang bagaimana peneroka-peneroka boleh mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM10.375 bilion. Kami berpendapat, jumlah ini amat besar dan punca hutang terkumpul ini harus dikaji dan diteliti.

  3. Melupuskan sebahagian dari hutang peneroka tanpa menyelesaikan punca masalah akan menimbulkan masalah yang sama pada masa depan dan peneroka-peneroka akan kembali dalam keadaan terdesak menanggung beban hutang yang tidak sepatutnya berlaku.

SATU LANGKAH DRASTIK DIPERLUKAN UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI

KENYATAAN MEDIA
BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

SATU LANGKAH DRASTIK DIPERLUKAN UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI

  1. Setelah menyertai dan menganjur berbagai sesi dialog mingguan bersama industri, wakil-wakil dari berbagai dewan perniagaan dan usahawan-usahawan, Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan beberapa insentif drastik untuk memastikan peniaga-peniaga mikro, kecil dan sederhana dapat terus berdaya tahan dalam mengharungi pandemik COVID-19.

  2. Setelah dikaji, pakej stimulus PEMULIH, walaupun dialu-alukan tetapi tidak memberi kesan untuk peniaga mikro, kecil dan sederhana untuk berdaya tahan sepanjang tempoh pandemik.

  3. Adalah amat mengecewakan jumlah keseluruhan suntikan langsung fiskal stimulus kerajaan semenjak negara dilanda pandemik, hanyalah RM84 bilion atau 6% dari KDNK negara. Pakej stimulus PEMULIH hanya memperuntukkan RM10 bilion suntikan fiskal langsung.

  4. Di negara-negara yang berjaya memulihkan ekonomi dari wabak covid-19 seperti Jerman, 60% dari KDNK dibelanjakan secara suntikan fiskal langsung untuk tujuan memulihkan ekonomi. Singapura pula membelanja 20% dari KDNK untuk stimulus pemulihan.

PEJUANG: Luluskan Kemudahan Moratorium Menyeluruh dan Moratorium Sewa dengan Segera

KENYATAAN MEDIA BERSAMA 

SETIAUSAHA AGUNG & KETUA BIRO EKONOMI PUSAT

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN UNTUK MELULUSKAN KEMUDAHAN MORATORIUM MENYELURUH DAN MORATORIUM SEWA DENGAN SEGERA.

  1. Moratorium menyeluruh mesti diluluskan dengan segera dan dilanjutkan sehingga imuniti berkelompok dicapai sebelum lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup, lebih ramai rakyat dibangkrapkan dan dalam situasi terdesak, ramai yang membunuh diri.

  2. Ramai rakyat dan perniagaan dinafikan Moratorium bersasar kerana mereka perlu memohon dengan menyediakan berbagai maklumat, dokumen dan bukti.

  3. Kami memandang serius kenyataan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin melaporkan Majoriti peniaga-peniaga sektor peruncitan di negara ini terutama peniaga Melayu sudah ‘hampir mati’ selepas kerajaan melaksanakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

  4. Kami mengambil maklum dan menyokong penuh permintaan Gabungan 140 NGO-NGO, Dewan-Dewan Perniagaan supaya Moratorium ini ditawarkan secara automatic untuk semua fasiliti bank (individu dan syarikat termasuk kad kredit, overdraf, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan lain-lain), fasiliti Kredit dan ‘Leasing’ atau pajakan.

Bantuan perlu disediakan sebelum capaian imuniti kelompok (Herd Immunity)

 KENYATAAN NEDIA

  1. Kami merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

  2. Tiada peruntukan atau perancangan yang disediakan kepada setiap sektor yang masih ditutup atau memerlukan masa untuk dibuka mengikut fasa-fasa yang dicadangkan. Kemungkinan besar sektor tersebut akan gulung tikar sebelum negara masuk ke fasa seterusnya.

  3. Sehingga imuniti kelompok (herd immunity) dicapai atau sehingga sektor-sektor dibuka, Moratorium menyeluruh atau blanket moratorium perlu disediakan. Moratorium ini tidak memerlukan peruntukan bajet tambahan dari kerajaan dan patut disegerakan.

  4. Bantuan juga perlu disediakan kepada peniaga kecil dan PKS yang tidak dapat beroperasi sehingga nilai ambang dicapai untuk maju ke fasa-fasa seterusnya.

KERJASAMA ANTARA GERAKAN EKONOMI MALAYSIA & MARDI CORPORATION DALAM USAHA MERUBAH LANSKAP PERTANIAN MALAYSIA

 

 

FOR IMMEDIATE RELEASE
GERAKAN EKONOMI MALAYSIA - GEM
KENYATAAN AKHBAR

KERJASAMA ANTARA GERAKAN EKONOMI MALAYSIA & MARDI CORPORATION DALAM USAHA MERUBAH LANSKAP PERTANIAN MALAYSIA

1.    Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) mengorak langkahnya dalam memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan keupayaan  MARDI Corporation, sebuah anak syarikat milik penuh Institut Penyelidikan & Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), dalam usaha memberikan nafas baharu sektor pertanian negara.

2.    Sehubungan dengan itu, GEM dan MARDI Corporation telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman untuk menetapkan terma dan syarat untuk penubuhan ladang pertanian campuran pada 26 Mac 2021 dengan disaksikan mantan Perdana Menteri, YB Tun Dr Mahathir Mohamad.

3.    Berkonsepkan penggabungan tanah-tanah pertanian yang menggunakan pertanian campuran berskala besar, usaha ini akan dilakukan dengan nasihat dan kerjasama dari MARDI. MARDI Corporation bakal menawarkan nasihat kepada GEM mengenai konsep, mekanisme dan unjuran pendapatan serta benih yang terbaik untuk memastikan hasil pulangan pertanian secara optimum. Sementara itu, GEM pula akan memberi tumpuan dalam mengenal pasti kawasan-kawasan tanah yang sesuai, perancangan korporat dan pengaturan pembiayaan untuk tujuan tersebut.

Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) aims to leverage on the knowledge, expertise and past successes of MARDI Corporation, the wholly-owned subsidiary of the Malaysia Agricultural Research & Development Institute (MARDI), in the effort of revamping the nation’s agriculture sector.

 

 

FOR IMMEDIATE RELEASE
GERAKAN EKONOMI MALAYSIA - GEM
PRESS RELEASE

Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) aims to leverage on the knowledge, expertise and past successes of MARDI Corporation, the wholly-owned subsidiary of the Malaysia Agricultural Research & Development Institute (MARDI), in the effort of revamping the nation’s agriculture sector.

1.    On March 26, GEM and MARDI Corporation signed a Memorandum of Understanding to establish the terms and conditions in establishing mix-farming estate(s) for production of crops. The ceremony was witnessed by former Prime Minister YB Tun Dr Mahathir Mohamad.

2.    The concept, which involves the amalgamation of agriculture land to be utilized for mixed farming on a big scale will be carried out with the support from MARDI in the areas of production of mix farming crops. 

3.    MARDI Corporation will advise on the concept, mechanism and forecast revenue of the best mix crops and seeds to ensure the best return.

4.    GEM on the other hand would focus on identifying the suitable land areas and financing arrangements for the said purpose.

5.    During the signing ceremony, Armin Baniaz Pahamin, GEM President amplified GEM’s intention to professionally operate and adopt the latest technology through a Cooperative to optimize crops production and to pilot test the concept on at least 1,000 acres of land.

© all rights reserved
made with by templateszoo