Kami terus menyantuni warga Kota Bharu dengan melawat rumah ke rumah. Rumah seterusnya amat menarik. Rumah Pok Soh. Pok Soh ni orang kelantan panggil ore berisi. Dia ada ilmu. Umurnya dah lebih 80 tahun tetapi masih gagah. Lepas kami perkenalkan diri dan Parti Pejuang, Pok Soh menawarkan satu ‘barang’ yang boleh bagi err… ‘Rahsia’ (tak boleh cakap).
Berkenalan dengan Pok Soh Kota Bharu
Menyantuni penduduk Kampung Dusun Muda
Perjumpaan bersama Jentera Kota Bharu
Agenda pertama di Kota Bharu ialah untuk berjumpa dengan pasukan di setiap PDM. Semasa sesi libat urus bersama jentera di Kampung Dusun, kami terserempak dengan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa (gambar pertama 3 dari kiri).
Nasi Tumpang Ayang Cafe
Sampai je Kota Bharu, terus sambar nasi tumpang udang dari Ayang Cafe cafe sarapan pagi di kota Bharu. Makan tak banyak setakat 2 bungkus je. Next food hunt, kena cari nasi sup keting dan sup perut
Kalau boleh dapat sup perut muda lagi syiok.MEP Bil 66 dari Kota Bharu
Menghadiri Mesyuarat Eksekutif Pusat bil 66 dari Kota Bharu secara atas talian. Alhamdulillah, Presiden memaklumkan Tun M dah boleh berjalan dan berada dalam keadaan yang memuaskan. Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan Tun supaya Tun kembali pulih sepenuhnya untuk mengepalai Parti kita InnSya Allah.
Terserempak Kawan Lama Sayf
Selamat pagi. Hari ni ambo kelik Kota Bharu jupo jentera Parti. Kat airport, terserempak dengan Sayf Ismail, kawan lama zaman Fasfik dulu di airport. Punya lama tak jumpa sampai rambut Saif dah sampai ke bahu. Glad to bumped into you bro. Nanti kita minum kopi.
Malaysia jatuh ke tangga 62 dari tangga 57 pada tahun 2020 Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah
Tengah hari tadi jam 1230pm, saya mendapat jemputan menghadiri sidang media Transparency International Malaysia yang mengumumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2021 (Corruption Perception Index (CPI) 2021.
50 peratus individu dewasa Malaysia mempunyai masalah berat badan
Jom jogging setiap pagi khususnya wanita muda umur 30an - 40an. Jom jaga kesihatan
Lebih 50 peratus atau kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan ketika ini, sekali gus berisiko menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Peluang Perniagaan dengan BlackBixon
SASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
PARTI PEJUANG TANAHAIR MENSASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN
Kajang, 2 Januari 2022. Parti Pejuang Tanahair mensasar untuk membantu 100,000 penganggur dan usahawan melalui program gerakan ekonomi Pejuang yang dilancarkan pada 19 Disember 2021.
Gerakan ekonomi Pejuang merupakan satu program yang menggerakkan semua jentera-jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu komuniti bisnes dan usahawan dengan mendigitasikan perniagaan atau kemahiran mereka serta menyediakan platfom pemasaran dan latihan. Sasaran utama kami adalah kepada golongan B40 terbawah.
Kami telah berjaya mendigitasikan lebih 2,000 kemahiran melalui program GIG, mendaftar 2,000 perniagaan dan memberi penempatan kerja kepada lebih 1,000 orang terutamanya di negeri Kelantan, Selangor dan Perak dan bercadang untuk menggerakkan jentera parti di seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai masyarakat.
PELANCARAN GERAKAN EKONOMI PEJUANG UNTUK MEMBANTU MASALAH PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MENINGKAT
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
PELANCARAN GERAKAN EKONOMI PEJUANG UNTUK MEMBANTU MASALAH PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MENINGKAT MELALUI PENEMPATAN KERJA, PENDIDIKAN, PENGKOMERSIALAN KEMAHIRAN DAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN
-
Selangor, 19 Disember 2021. Parti Pejuang Tanahair amat bimbang keadaan rakyat yang semakin terdesak akibat kehilangan kerja dan tiada sumber pendapatan. Terkini lebih 59,000 rakyat kehilangan kerja dan jumlah pengangguran telah meningkat melebihi paras 800,000. Kami risau keadaan mereka terutamanya dengan kenaikan harga barang keperluan asas yang teramat tinggi.
-
Oleh itu, Parti Pejuang Tanahair dengan kerjasama Pertubuhan Gerakan Ekonomi Malaysia hari ini melancarkan Gerakan Ekonomi Pejuang Kebangsaan diseluruh negara bermula dengan Negeri Selangor. Pelancaran gerakan ekonomi pejuang disempurnakan oleh Armin Baniaz Pahamin selaku ahli Majlis Eksekutif Pusat merangkap Ketua Biro Ekonomi Malaysia bersama YB Tuan Harumaini Hj Omar Ketua Pimpinan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor disertai oleh Dato Hj Mohd Zaidi bin Hj Llamdin, Ketua Biro Ekonomi Selangor.
-
KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR
KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA
-
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021. Belanjawan 2022 berjumlah RM332.10 bilion telah diluluskan tanpa apa-apa langkah drastik yang diperkenalkan untuk mengurangkan kos mengurus dan hutang yang telah meningkat . Belanjawan juga diluluskan tanpa hubung kait dengan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12). Malah RMK12 juga tiada sasaran yang menarik yang boleh penambah- baik hasil negara terutamanya untuk menjelaskan pembayaran hutang yang tinggi. Kos mengurus negara berjumlah RM233.50 bilion perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah hutang negara yang sangat membimbangkan.
-
Hasil negara juga banyak terjejas akibat pandemik dan Parti Pejuang Tanahair berpendapat kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus dan yang paling nyata adalah eperti berikut:
-
Menghentikan semua lantikan jawatan bertaraf Menteri, mengurangkan jumlah
Kementerian dan jumlah Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Perdana Menteri dan
Menteri serta pegawai-pegawai Khas Menteri.
-
Jemputan siaran langsung bersama anak muda Sabah
Saya menyantuni jemputan dari anak anak muda Sabah untuk berbincang berkenaan dengan hutang & anak muda secara LIVE.
Menghadiri Pemukiman Selangor
Pelancaran Reset Malaysia
Bersama menjayakan gerakan Reset Malaysia bersama Tun Dr Mahathir dan rakan rakan dari 120 NGO. NGO adalah badan terbaik yang boleh menyuarakan suara, isihati dan kepentingan rakyat. Terima kasih Yayasan Sedar yang menjadi penganjur utama program Reset Malaysia. Semoga NGO-NGO lain turut bersama menyertai resetmalaysia, berjuang menentang rasuah dan salah guna kuasa.
Menziarahi Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Jelajah MEP ke Kota Bharu, Kelantan. Walkabout di Pasar Siti Khadijah bersama Jentera Pejuang Kelantan
Jelajah MEP ke Kota Bharu | Walkabout di Pasar Siti Khadijah
Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.
Tibanya kami di Pasar Siti Khadijah yang menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga rakyat tempatan, kami berjalan jalan dalam pasar sambil bertemu bual dan bertanyakan khabar peniaga-peniaga kecil dijalanan dan peniaga dalam pasar.
Saya juga berkesempatan berbicara berbual mesra bersama dua belas presiden dan wakil-wakil persatuan-persatuan peniaga di Pasar Khadijah. Banyak keluhan disampaikan oleh peniaga-peniaga melayu. Kelangsungan hidup mereka amat terjejas akibat pandemik.
Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah
Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah