Responsive Ad Slot

Gerakan Ekonomi Pejuang terus di perkenalkan di Kota Bharu

 Kami singgah dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan peluang-peluang pekerjaan, kemahiran, perniagaan dibawah program Gerakan Ekonomi Pejuang. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mendengar rintihan rakyat dan mengambil nota maklumbalas serta pandangan yang dikongsi. Perubahan hanya boleh berlaku dengan mengambil iktibar suara rakyat InnSya Allah

Santuni penduduk untuk memperkenalkan Gerakan EKonomi Pejuang

 Walaupun dibawah matahari terik, rombongan kami terus rancak berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang. Program Walkabout bermula dari pagi sehingga ke petang. Seronok mendengar pandangan, rintihan dan maklumbalas terus dari penduduk. Banyak pandangan yang diterima dari penduduk berbeza dari apa yang di sampaikan dan dibaca dalam media. Perubahan perlu berlaku untuk kesejahteraan dan masa depan rakyat.

Saya amat berbangga dengan semangat membara jentera-jentera rombongan kami.
Ps- gambar oleh Kai, unit media.

Berkenalan dengan Pok Soh Kota Bharu

Kami terus menyantuni warga Kota Bharu dengan melawat rumah ke rumah. Rumah seterusnya amat menarik. Rumah Pok Soh. Pok Soh ni orang kelantan panggil ore berisi. Dia ada ilmu. Umurnya dah lebih 80 tahun tetapi masih gagah. Lepas kami perkenalkan diri dan Parti Pejuang, Pok Soh menawarkan satu ‘barang’ yang boleh bagi err… ‘Rahsia’ (tak boleh cakap).

Barang tersebut mempunyai pantang larangnya tetapi Pok Soh kata, Kalau nak masuk politik, mesti kena ada. Wah lepas ni ambo jadi Superman 🤣 Yang lucu, semua Pejuanita yang hadir pong nok jugo. Nok jadi Superwomen gamoknyo.

Menyantuni penduduk Kampung Dusun Muda


Selepas berjumpa dengan pasukan Pejuang di PDM Kampung Dusun Muda, kami menyantuni penduduk berdekatan. Kami berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan Parti Pejuang dan menawarkan program ekonomi Pejuang untuk membantu penduduk yang memerlukan pekerjaan dan kemahiran.
Rombongan kami terdiri dari Ali Nordin (Ayah Ali) selaku penyelaras parlimen pejuang Koa Bharu, Faizul Hisham atau lebih dikenali sebagai Abe Joe merangkap Timbalan Penyelaras parlimen pejuang Kota Bharu, Muhammad Ahzan selaku Setiausaha Parlimen Pejuang Kota Bharu, Che Aminah Marican Penerangan Kota Bharu, Norasikim Yusuf Penyelaras Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Muhammad Khairul (nickname Kai) unit media, Rosli Abdullah Biro Ekonomi Kota Bharu, Emir Rostam Ketua Unit Sukarelawan Kota Bharu, Wan Azira Ketua Unit Pacaba, Muhammad Ansori Unit tugas tugas khas, Zuelina Hanim Ketua Data center dan beberapa jentera-jentera lain (minta maaf Kalau tertinggal nama).
Kami di terima baik oleh penduduk kampung Dusun Muda terutamanya apabila mereka faham niat kami untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan joran melalui penempatan kerja, dan latihan kemahiran tanpa memerlukan apa apa kos atau bayaran. Kami juga cuba untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan bantuan khidmat nasihat untuk peniaga.
Kami berhasrat untuk membantu penganggur di Kota Bharu melalui program Gerakan Ekonomi Pejuang InnSya Allah.
Armin Baniaz Pahamin
Pimpinan Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair

#pejuangkelantan







 

Perjumpaan bersama Jentera Kota Bharu

Agenda pertama di Kota Bharu ialah untuk berjumpa dengan pasukan di setiap PDM. Semasa sesi libat urus bersama jentera di Kampung Dusun, kami terserempak dengan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa (gambar pertama 3 dari kiri).

Lepas berkenalan, kami sambung berbincang program program yang akan dilancarkan di Kota Bharu dan juga mendengar pandangan dan cadangan-cadangan dari ahli-ahli dan jentera.
Lepas sesi bersama pasukan Kampung Dusun, kami meneruskan program dengan sesi walkabout ke rumah rumah dipersekitaran.

#Kota Bharu

Nasi Tumpang Ayang Cafe

 Sampai je Kota Bharu, terus sambar nasi tumpang udang dari Ayang Cafe cafe sarapan pagi di kota Bharu. Makan tak banyak setakat 2 bungkus je. Next food hunt, kena cari nasi sup keting dan sup perut

Kalau boleh dapat sup perut muda lagi syiok.




MEP Bil 66 dari Kota Bharu

Menghadiri Mesyuarat Eksekutif Pusat bil 66 dari Kota Bharu secara atas talian. Alhamdulillah, Presiden memaklumkan Tun M dah boleh berjalan dan berada dalam keadaan yang memuaskan. Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan Tun supaya Tun kembali pulih sepenuhnya untuk mengepalai Parti kita InnSya Allah.



Terserempak Kawan Lama Sayf

 Selamat pagi. Hari ni ambo kelik Kota Bharu jupo jentera Parti. Kat airport, terserempak dengan Sayf Ismail, kawan lama zaman Fasfik dulu di airport. Punya lama tak jumpa sampai rambut Saif dah sampai ke bahu. Glad to bumped into you bro. Nanti kita minum kopi.

Pagi ni drama sikit. Bangun awal pagi pergi ke KLIA2. Sampai je, tercari cari tak jumpa kaunter Malaysia Airlines. Tanya kat customer service, dia Kata MH di KLIA main airport. Terus call Aaraf suruh patah balik. Nasib baik dia bawa kereta slow. Sempat patah balik dan speeding ke KLIA. Sempat sampai airport on time… Pheww
Sekarang tunggu boarding. Have a good day.

Malaysia jatuh ke tangga 62 dari tangga 57 pada tahun 2020 Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah

 Tengah hari tadi jam 1230pm, saya mendapat jemputan menghadiri sidang media Transparency International Malaysia yang mengumumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2021 (Corruption Perception Index (CPI) 2021.

Tahniah Kerajaan Keluarga Malaysia kerana berjaya meletakkan Malaysia ditangga 62 (Dari 57).
Ps- Terima kasih Cik Nurrizati Mohamad Nor diatas jemputan.
***********************************************
SINAR HARIAN: Indeks Persepsi Rasuah 2021: Malaysia jatuh ke tangga 62
Oleh: Raiham Mohd Sanusi & Muhammad Amnan Hibrahim | 25 Januari 2022

Gerakan EKonomi Pejuang di Kubang Pasu, Kedah

Memberi taklimat kepada YB Dato Wira Amiruddin Hamzah dan pengunjung-pengunjung Karnival Pejuang di Kubang Pasu.

Gambar oleh Abang Zulkiflie Alfia, seorang Pengarah Kreatif yang amat berbakat dan berpengalaman. Kubang Pasu beruntung ada photographer dalaman macam Abg Zul.

50 pe­ratus individu dewasa Malaysia mempunyai masalah berat badan

Jom jogging setiap pagi khususnya wanita muda umur 30an - 40an. Jom jaga kesihatan

Lebih 50 pe­ratus atau kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan ketika ini, sekali gus berisiko menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus atau 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.

Peluang Perniagaan dengan BlackBixon


Hari ini kami membuat lawatan ke syarikat BlackBixon Sdn Bhd yang terletak di Balakong. Kami di sambut oleh Pengarah Eksekutif syarikat Mr Lai Kian Huat dan Rizki Abd Halim.

Syarikat Blackbixon menawarkan peluang pekerjaan berkonsep baru dan peluang menarik menanti golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan dengan modal rendah.

SASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

 KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA

PARTI PEJUANG TANAHAIR MENSASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

Kajang, 2 Januari 2022. Parti Pejuang Tanahair mensasar untuk membantu 100,000 penganggur dan usahawan melalui program gerakan ekonomi Pejuang yang dilancarkan pada 19 Disember 2021.

Gerakan ekonomi Pejuang merupakan satu program yang menggerakkan semua jentera-jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu komuniti bisnes dan usahawan dengan mendigitasikan perniagaan atau kemahiran mereka serta menyediakan platfom pemasaran dan latihan. Sasaran utama kami adalah kepada golongan B40 terbawah.

Kami telah berjaya mendigitasikan lebih 2,000 kemahiran melalui program GIG, mendaftar 2,000 perniagaan dan memberi penempatan kerja kepada lebih 1,000 orang terutamanya di negeri Kelantan, Selangor dan Perak dan bercadang untuk menggerakkan jentera parti di seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai masyarakat.

PELANCARAN GERAKAN EKONOMI PEJUANG UNTUK MEMBANTU MASALAH PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MENINGKAT

 KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA


PELANCARAN GERAKAN EKONOMI PEJUANG UNTUK MEMBANTU MASALAH PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MENINGKAT MELALUI PENEMPATAN KERJA, PENDIDIKAN, PENGKOMERSIALAN KEMAHIRAN DAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

  1. Selangor, 19 Disember 2021. Parti Pejuang Tanahair amat bimbang keadaan rakyat yang semakin terdesak akibat kehilangan kerja dan tiada sumber pendapatan. Terkini lebih 59,000 rakyat kehilangan kerja dan jumlah pengangguran telah meningkat melebihi paras 800,000. Kami risau keadaan mereka terutamanya dengan kenaikan harga barang keperluan asas yang teramat tinggi.

  2. Oleh itu, Parti Pejuang Tanahair dengan kerjasama Pertubuhan Gerakan Ekonomi Malaysia hari ini melancarkan Gerakan Ekonomi Pejuang Kebangsaan diseluruh negara bermula dengan Negeri Selangor. Pelancaran gerakan ekonomi pejuang disempurnakan oleh Armin Baniaz Pahamin selaku ahli Majlis Eksekutif Pusat merangkap Ketua Biro Ekonomi Malaysia bersama YB Tuan Harumaini Hj Omar Ketua Pimpinan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor disertai oleh Dato Hj Mohd Zaidi bin Hj Llamdin, Ketua Biro Ekonomi Selangor.

KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA

 KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

KOS MENGURUS NEGARA PERLU DI KURANGKAN UNTUK MENGATASI MASALAH HUTANG NEGARA

  1. Kuala Lumpur, 6 Disember 2021. Belanjawan 2022 berjumlah RM332.10 bilion telah diluluskan tanpa apa-apa langkah drastik yang diperkenalkan untuk mengurangkan kos mengurus dan hutang yang telah meningkat . Belanjawan juga diluluskan tanpa hubung kait dengan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12). Malah RMK12 juga tiada sasaran yang menarik yang boleh penambah- baik hasil negara terutamanya untuk menjelaskan pembayaran hutang yang tinggi. Kos mengurus negara berjumlah RM233.50 bilion perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah hutang negara yang sangat membimbangkan.

  2. Hasil negara juga banyak terjejas akibat pandemik dan Parti Pejuang Tanahair berpendapat kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus dan yang paling nyata adalah eperti berikut:

    1. Menghentikan semua lantikan jawatan bertaraf Menteri, mengurangkan jumlah

      Kementerian dan jumlah Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Perdana Menteri dan

      Menteri serta pegawai-pegawai Khas Menteri.

Jemputan siaran langsung bersama anak muda Sabah

Saya menyantuni jemputan dari anak anak muda Sabah untuk berbincang berkenaan dengan hutang & anak muda secara LIVE.

Terima kasih Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah diatas jemputan.




Menghadiri Pemukiman Selangor

 Tahniah saya ucapkan kepada Parti Pejuang Tanahair Selangor yang telah mengadakan program Pemukiman pada 20-21hb November. Acara di sempurnakan dengan kehadiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad memneri suntikan semangat dan inspirasi kepada warga Selangor.
Alhamdulillah saya juga dapat memenuhi undangan program untuk berkongsi inisiatif Biro Ekonomi Pusat bersama MPN dan penggerak parti di Selangor. Terima kasih diatas jemputan dan ruang. Seronok dapat berjumpa dengan ramai penggerak-penggerak Selangor.



Pelancaran Reset Malaysia

 Bersama menjayakan gerakan Reset Malaysia bersama Tun Dr Mahathir dan rakan rakan dari 120 NGO. NGO adalah badan terbaik yang boleh menyuarakan suara, isihati dan kepentingan rakyat. Terima kasih Yayasan Sedar yang menjadi penganjur utama program Reset Malaysia. Semoga NGO-NGO lain turut bersama menyertai resetmalaysia, berjuang menentang rasuah dan salah guna kuasa.








Menziarahi Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 3): Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Selepas selesai berjumpa dan bertemu bual peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, konvoi kami, Dato Sazmi Miah bersama pemimpin MPN, jawatankuasa dan jentera Pejuang Kota Bharu meneruskan perjalanan kami untuk melawat tapak rumah sederet terbakar yang terletak di Jalan Sultanah Zainab atau jalan yang lebih dikenali sebagai Jalan Gajah Mati.
Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Masjid Jamek Pakistan . Saya diiringi oleh Dato Sazmi Miah Ketua MPN Kelantan, Abdul Muthalib dari Biro Ekonomi Pusat, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Parlimen Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Alinordin Yaman Penyelaras Pejuang Kota Bharu serta jawatankuasa MPN dan jentera Pejuang sempat berbual mesra dengan beberapa keluarga. Salah seorang dari peniaga disitu berniaga barangan elektrik dan telah berada disitu agak lama. Beliau memaklumkan masalah utama kawasan itu merupakan dadah. Dadah dijual di kaki lima secara terbuka. Penagih dadah juga mengambil dadah secara terbuka.

Jelajah MEP ke Kota Bharu, Kelantan. Walkabout di Pasar Siti Khadijah bersama Jentera Pejuang Kelantan

Jelajah MEP ke Kota Bharu | Walkabout di Pasar Siti Khadijah 

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.

Tibanya kami di Pasar Siti Khadijah yang menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga rakyat tempatan, kami berjalan jalan dalam pasar sambil bertemu bual dan bertanyakan khabar peniaga-peniaga kecil dijalanan dan peniaga dalam pasar.

Saya juga berkesempatan berbicara berbual mesra bersama dua belas presiden dan wakil-wakil persatuan-persatuan peniaga di Pasar Khadijah. Banyak keluhan disampaikan oleh peniaga-peniaga melayu. Kelangsungan hidup mereka amat terjejas akibat pandemik.

© all rights reserved
made with by templateszoo