DASAR-DASAR EKONOMI HARUS MENJADI KEUTAMAAN PADA PILIHANRAYA UMUM.
RAKYAT HARUS MENILAI DASAR EKONOMI PARTI-PARTI POLITIK PADA PILIHANRAYA UMUM KE 15
STRUKTUR EKONOMI NEGARA TIADA HALA TUJU JELAS DAN PERLU DI UBAH
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
MALAYSIA PERLU MENSTRUKTUR SEMULA EKONOMI
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair berpendapat hala tuju dan ekonomi negara perlu distrukturkan semula supaya ekonomi negara dapat mewujudkan kembali berbagai permintaan barangan dan pekerjaan yang boleh memulihkan negara dari kemelesetan ekonomi. Ukuran untuk inflasi dan kemiskinan juga perlu dikemaskini kerana ianya tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat yang semakin terdesak dalam mengharungi kehidupan seharian.
2. Terkini, 288,000 rakyat Malaysia telah di isytihar muflis setakat bulan Februari 2022, 50,000 kontraktor telah gulung tikar dan 1.5 juta rakyat tergolong dalam kategori B5 yang dikenali sebagai ‘economically dead’ atau miskin tegar iaitu golongan yang tiada pendapatan, tabung simpanan dan tidak dapat meneruskan kehidupan harian.
3. Keadaan negara yang juga tidak dapat mengawal nilai mata wang ringgit dari terus merosot, harga barang yang semakin mahal dan ura-ura kadar faedah OPR akan dinaikkan, akan terus membebankan lagi kesejahteraan rakyat.
4. Masalah kemiskinan dan juga masalah pengangguran di negara kita berpunca dari struktur ekonomi yang tidak dipandu dengan baik dari segi hala tuju dan juga perlaksanaan. Malaysia gagal mencapai negara perindustrian seperti sasaran wawasan 2020 dan dengan industri perindustrian yang belum matang ini, hala tuju ekonomi telah dipandu-ubah, lebih menghala ke sektor perkhidmatan.
5. Akibatnya jurang kenaikan gaji bagi sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, semakin meningkat dan ini terbukti apabila ramai graduan profesional seperti jurutera tidak mendapat gaji setimpal dengan latar-belakang akademik, pengalaman dan tugas kerjanya. Jurutera siswazah dilaporkan menerima gaji statik dan tidak berubah semenjak hampir 20 tahun.
6. Jurang terbesar peningkatan produktiviti berbanding dengan kenaikan gaji pekerja dalam sektor perkhidmatan adalah yang paling ketara. Lebih merisaukan semenjak tahun 2020 dan pasca pandemik, sektor perkhidmatan telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang tinggi tetapi gaji pekerja yang dibayar semakin merosot.
7. Ini menyumbang kepada jumlah kemiskinan yang semakin meruncing dan ianya hanya boleh diselesaikan melalui penstrukturan semula ekonomi. Penstrukturan semula ekonomi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan akan mengambil kira faktor-faktor seperti:
i. Keselamatan makanan,
ii. Akses kepada pendidikan percuma yang berkualiti untuk masa depan negara;
iii. Perumahan mampu milik khususnya mereka dalam golongan B40;
iv. penstrukturan semula pendidikan untuk membuka peluang pekerjaan berpandukan permintaan ekonomi; dan
v. Teknologi
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia
Parti PEJUANG Tanahair
04.07.2022
RINGGIT LEMAH MENJADI PENGUKUR KEBERKESANAN PENTADBIRAN KERAJAAN
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
RINGGIT LEMAH MENJADI PENGUKUR KEBERKESANAN PENTADBIRAN KERAJAAN
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair menggesa kerajaan untuk bertindak segera mengawal nilai mata wang ringgit dari terus merosot. Dasar-dasar kerajaan dalam industri dan sektor yang terus bergantung kepada komoditi import perlu digubal untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.
2. Malaysia terlalu bergantung kepada barangan dan bahan mentah import dan nilai ringgit yang lemah akan melonjakkan harga terutamanya barangan pengguna dan mentah yang diimport. Pengguna akan dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi akibat dari peningkatan kos import.
3. Malaysia juga bergantung kepada bahan makanan import untuk bekalan domestik. Komoditi makanan ternakan seperti makanan lembu, ayam, itik, burung, ikan dan binatang peliharaan juga amat bergantung kepada komoditi import dan akan turut terjejas. Harga ternakan tempatan seperti daging dan ayam juga telah meningkat dan akan terus meningkat kerana kos makanan ternakan bergantung kepada import dan kos ini akan terjejas akibat nilai ringgit yang lemah. Kos sara hidup akan terus menjadi beban terutamanya kepada golongan B40.
4. Kebergantungan kepada barangan import tidak hanya terhad kepada komoditi makanan, barangan pengguna tetapi juga kepada industri berat seperti automotif kerana bekalan pengeluaran banyak di import. Walaupun PROTON belum memutuskan kenaikan harga susulan dari peningkatan kos bahan mentah, dua pengeluar kenderaan sudah pun membuat pelarasan semula harga beberapa model keluarannya setakat ini dengan harga meningkat sehingga tujuh peratus.
5. Malaysia bukan sahaja bergantung kepada komoditi dan makanan import tetapi juga bergantung kepada tenaga kerja import dan beroperasi dalam ekosistem kartel yang memonopoli keluaran barangan tertentu seperti gula, minyak masak, beras dan lain-lain. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.
6. Banyak dasar-dasar yang perlu digubal demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh dasar larangan eksport minyak sawit oleh Indonesia sepatutnya diambil sebagai batu locatan untuk merancakkan industri minyak sawit tempatan. Malaysia perlu mengambil peluang untuk meraih semula pasaran dunia berikutan larangan eksport itu melalui usaha usaha yang difikirkan sesuai.
7. Semasa krisis mata wang Asia 1997/98, Tun Dr Mahathir mengubah dasar automotif negara untuk meningkatkan R&D dan Proton diarah untuk mengeluarkan enjin sendiri tanpa bergantung kepada enjin Mitsubishi dan Renault yang di import kerana negara terkesan teruk akibat susut nilai ringgit. Tun Dr Mahathir juga telah mengikat nilai ringgit pada kadar RM3.80 bagi setiap AS$1 untuk mengelak ekonomi negara dari parah terjejas.
8. Dasar, insentif dan program pada industri dan sektor yang bergantung kepada import seperti pertanian juga perlu di gubal untuk mengurangkan kebergantungan kepada komoditi import dan juga untuk memastikan bekalan dari keluaran tempatan mencukupi. Pada tahun 2020, Malaysia mengimport sebanyak RM55.4 bilion sayur sayuran.
9. Isu food bank negara juga perlu diberi perhatian yang serius. Sekadar mengeluarkan lebih banyak permit import tidak akan menyelesaikan masalah bekalan rantaian makanan tetapi akan menjadi pendokong kepada kos sara hidup yang akan meningkat semakin tinggi akibat nilai ringgit yang lemah.
10. Naik turun mata wang termasuklah mata wang ringgit adalah pengukur kepada kekuatan ekonomi dan kestabilan politik sesebuah negara. Apabila ekonomi sesebuah negara kukuh dan stabil, nilai mata wangnya akan meningkat lebih tinggi.
11. Sejak tahun 2015 ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, nilai ringgit mula jatuh sehingga lebih buruk daripada masa krisis mata wang 1997/1998. Di bawah pentadbiran kerajaan terkini, nilai ringgit terus merosot berbanding dolar dengan kadar sekarang sekitar RM4.34 bagi satu dolar.
12. Apakah pelan tindakan jangka masa terdekat kerajaan untuk mengikat ringgit, atau apakah pelan jangka masa Panjang dalam memperkasakan ekonomi negara? Adakah pelan-pelan menarik untuk pleabur dan dimanakah potensi Malaysia dalam sektor ekonomi dunia?
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia
Parti PEJUANG Tanahair
11.05.2022
Jenayah Scam Perlu di Banteras
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
JENAYAH SCAM PERLU DIBANTERAS
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair memandang serius isu jenayah ‘Macau Scam’ yang semakin meningkat di seluruh negara. Jenayah Macau Scam ini telah berleluasa semenjak beberapa tahun dan setiap tahun, ia semakin berkembang.
2. Di Negeri Sembilan sahaja, kes meningkat 336 peratus berbanding tahun sebelumnya; melibatkan kerugian kira-kira RM4.56 juta bagi tempoh Januari hingga 21 April lepas. Di Johor pula, kes meningkat dengan ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM9.5 juta setakat 18 April 2022.
3. Kebiasaannya modus operandi Macau Scam ialah dengan menyamar sebagai anggota Polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau sebagai kakitangan kerajaan. Mereka mendakwa orang yang dihubungi mempunyai kes dengan jabatan tertentu sebelum meminta butir-butir dan maklumat dari mangsa.
Bubur Lambuk Kota Bharu
Siti Nur Syazwani binti Mohd Azman memotong rumput untuk menyara keluarga di Kota Bharu Kelantan
KARTEL BANGLA PERLU DIMANSUHKAN
Sketsa Hari Penamaan Calon PRN Johor
Sepetang bersama calon-calon pilihan Parti Pejuang Tanahair untuk rakyat Johor. Tahniah saya ucapkan kepada yang terpilih & kekalkan perpaduan bersama yang tidak terpilih. Sesungguhnya senarai pemilihan calon bukanlah satu keputusan yang senang dibuat.
Now the hard work began. Let’s do this together. Sama-sama lah kita jayakan matlamat Parti untuk membentuk kerajaan bermula di Johor. Hidup Pejuang! Hidup Tun!
#undipejuang
#pilihpejuang
#PRNJohor
#GerakanEkonomi
Majlis Pelancaran Jentera & Pelancaran Lagu Pejuang
Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor
PRN JOHOR: Komitmen kontinjen Pejuang Kelantan amat di hargai. Saya kagum dengan semangat pejuang pejuang Kelantan yang memandu selama 12 jam dalam konvoi beberapa biji kereta dari Kelantan ke Johor untuk memperkukuhkan jentera negeri Johor dalam menghadapi Pilihanraya Negeri.
Ziarah warga uzur di Kota Bharu
Di beberapa rumah yang kami ziarah, mereka kurang sihat jadi kami hanya singgah di muka pintu dan meluangkan sedikit masa untuk mendengar keluhan dan rintihan mereka. Ramai yang tidak dapat mencari rezeki kerana uzur dan masalah kesihatan. Kami mengambil maklum dan catat semua masalah rakyat.
Lawatan tapak untuk mendapatkan maklumbalas bekalan air di Kota Bharu
Sambil kami memberi taklimat Gerakan ekonomi pejuang dari rumah ke rumah, kami juga menemuramah penduduk tempatan untuk memahami sendiri masalah bekalan air dan bagaimana perigi boring dapat membantu.
Carian untuk menaja perigi boring di Kota Bharu
Kak Yah membesarkan anaknya berusia 32 tahun yang mengalami penyakit down syndrome. Diantara faktor yang merumitkan lagi keadaan Kak Yah apabila bekalan air ke rumah beliau sering terganggu. Kami melawat kawasan rumah persekitaran untuk memahami dengan lebih mendalam masalah bekalan air. Hampir semua rumah-rumah telah memasang perigi boring.
Santuni rakyat untuk dapat maklumbalas
Kami juga melawat Kak Ani yang berasal dari Bachok tetapi dan berpindah dan menetap di kota Bharu. Kami menerangkan inisiatif Gerakan ekonomi Pejuang supaya kami dapat membantu anak-anak dan warih warah Kak Ani yang memerlukan bantuan yang kami sediakan di bawah Gerakan ekonomi pejuang. Jirannya yang kebetulan berada di situ juga tertarik dengan program yang kami sediakan. InnSya Allah kami akan bantu semua.
Bantuan kepada wanita kurang upaya
Sayu sebentar apabila kami singgah ke rumah yang di diami oleh beberapa wanita kurang upaya. Mereka tidak boleh bekerja dan bergantung kepada bantuan.
Alhamdulillah dapat membantu rakyat
Kami terus mengantuni setiap rumah di kampung Dusun Muda. Kami berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan Parti Pejuang dan menawarkan program ekonomi Pejuang untuk membantu penduduk yang memerlukan pekerjaan dan kemahiran.
Rezeki Jodoh Semasa Santuni Rakyat
Kami menyantuni sesetengah rumah yang menjemput kami untuk masuk ke dalam rumah. Di setiap rumah kami pasti menawarkan berbagai peluang untuk membantu ekonomi rakyat sambil mengambil catatan rintihan dan maklumbalas dari masyarakat. Sambil kami menawarkan bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang, Makcik ni menawarkan anak perempuannya untuk dijadikan jodoh aiiks..
Berjumpa dengan peniaga homebase di Kota Bharu
Berbagai perniagaan di usahakan oleh orang Kelantan untuk menyara hidup. Sepasang suami isteri ini pula mengambil tempahan untuk kuih tepung pelita. Mereka juga mengambil tempahan untuk infaq sempena puasa. Begitulah caranya sebilangan besar rakyat kelantan menyara keluarga mereka. Tidak mengharapkan bantuan tetapi berdikari dan berusaha untuk menyara perbelanjaan sekeluarga.