Responsive Ad Slot

Felda perlu pikul tanggungjawab ke atas hutang peneroka, kata GEM


 

Artikel ini pertama kali di siarkan di DagangNews.com pada 25 Februari 2023. Pautan https://dagangnews.com/content/felda-perlu-pikul-tanggungjawab-ke-atas-hutang-peneroka-kata-gem-24305?fbclid=IwAR2_7vPIi4r84azotK8sHh_zQuY8o1Av9IsRSWQHqIF1z3OjCJZjnsdMsM0 





Bermula dari UMNO, kemudian Bersatu, lepas tu Pejuang, hari ini Putra - Dr Mahathir

 

Saya melihat kartun yang dilukis oleh Fahmi Reza ini dengan perasaan positif dan sedikit pun tak terguris walaupun mungkin niat Fahmi Reza untuk mempamerkan unsur negatif. Malah kartun ini menggambarkan kisah yang benar. Kisah yang perlu dihayati oleh setiap orang melayu.
Semenjak penglibatan Tun Dr Mahathir dalam kancah politik lebih 80 tahun yang lepas sebelum tertubuhnya UMNO, Tun memang berjuang hanya untuk satu, iaitu bangsa Melayu. Selama lebih 80 tahun beliau hanya berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Malah seperti yang di sebut sendiri oleh Tun, beliau masih hidup pada usia 97 tahun kerana semangat juangnya terhadap bangsa.
Bangsa melayu susah untuk bersatu dan susah untuk diubah. Semasa satu perjumpaan dengan anak-anak muda, ada yang bertanya dengan Tun siapakah idola Tun? Tun dengan penuh semangat menyebut beliau mencontohi Nabi Muhammad saw kerana Nabi Muhammad saw berjaya mengubah sikap kaum Quraisy yang pada mulanya menentang islam dengan keras tetapi hasil kesabaran dan semangat, kaum Quraisy juga boleh berubah.
Platfom parti politik tidak menjadi keutamaan bagi Tun tetapi misi perjuangan. Selagi bangsa melayu jauh dibelakang dari segi pencapaian ekonomi, pendidikan, pegangan ekuiti, pemilikan tanah dan selagi bangsa melayu masih dalam peratusan terbesar dari segi kemiskinan, selagi itulah Tun dan pengikutnya akan terus berjuang untuk membangunkan bangsa demi agama dan tanah air.
Janganlah kita terlalu taksub dengan semangat kepartian tetapi marilah kita sama-sama bersatu membangunkan bangsa.

Pejuang sudah tersasar – Dr. Mahathir


Pejuang sudah tersasar – Dr. Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan asas perjuangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) juga seolah-olah seperti ‘menolak’ dirinya yang juga Pengerusi Penaja GTA dan ahli Pejuang.

“Pejuang sudah tolak GTA maknanya dia (Pejuang) tolak saya sekali lah. Saya bersama GTA dan Pejuang sejak dahulu (awal penubuhan) lagi.

“Saya melihat aliran Pejuang sudah nampak lain sikit sekarang. Sebab itu saya letak jawatan dan keluar daripada Pejuang,” katanya ketika ditemui pada satu program di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ditanya apa perancangan seterusnya selepas keluar daripada Pejuang, Dr. Mahathir berkata, beliau mahu mengukuhkan GTA, malah bersedia menerima sesiapa sahaja yang bersih dan mempunyai idealogi sama untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

“(Gabungan lain) kalau nak bekerjasama, kita terima, kita akan terima sesiapa sahaja yang bersih. Setakat ini, kita tidak menerima mana-mana permohonan daripada sesiapa lagi,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah mengumumkan Dr. Mahathir bersama 12 ahli lain memutuskan untuk keluar dari parti itu.

Dalam surat peletakan itu, mereka menyuarakan kekecewaan terhadap Pejuang kerana memutuskan hubungan dengan GTA, yang secara tidak langsung menyingkirkan mereka sebagai penggerak perjuangan gabungan itu.

Turut meninggalkan Pejuang termasuk Timbalan Presidennya, Marzuki Yahya; bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Pejuang ditubuhkan Dr. Mahathir pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai pengerusi parti pada Disember tahun lalu.

Pada PRU15 lalu, semua calon Pejuang termasuk Dr. Mahathir dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang wang deposit. – UTUSAN

Pejuang yang tolak Dr Mahathir – Armin Baniaz


Pejuang yang tolak Dr Mahathir – Armin Baniaz | 
By Wartawan MalaysiaGazette - 11 February 2023

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak keluar Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana cukup kecewa dengan kepimpinan parti itu yang bertegas untuk terus menolak Gerakan Tanah Air (GTA).

Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat, Armin Baniaz Pahamin berkata, Mahathir sangat sedih apabila Pejuang masih mahu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) sedangkan idea itu tidak selari dengan matlamat dan perjuangannya yang mahu membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan negara.

Menurut beliau, ternyata apa yang dilakukan oleh kepimpinan Pejuang menunjukkan parti itu sanggup membelakangkan perjuangan demi mencapai matlamat mereka.

”Tun Mahathir dan kami sentiasa konsisten untuk menyatupadukan parti, NGO dan individual Melayu. Tapi pejuang tak setuju dan tolak perjuangan GTA yang dipengerusikan oleh Tun sendiri dan pada masa sama sanggup mempertimbangkan kerjasama dengan perjuangan gabungan lain.

”Apabila Pejuang menolak GTA, Tun Mahathir yang pada masa itu masih kekal sebagai ahli menganggap Pejuang telah menyingkir beliau selaku Pengerusi GTA dan juga pencetus idea penyatuan Melayu.

“Oleh itu, Tun Mahathir bersama kami berpendapat sudah tidak ada ruang dan tempat lagi untuk kami dalam Pejuang.

“Apabila kepimpinan Pejuang menolak GTA maka kita tahulah bahawa mereka tidak berminat dengan perjuangan asal parti,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau mengulas tindakan bekas Pengerusi Pejuang yang bertindak keluar parti yang diasaskannya itu bersama 12 lagi individu semalam.

Mereka ialah bekas Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Marzuki Yahya; bekas Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya.

Turut meninggalkan Pejuang ialah Armin Baniaz Pahamin, Afiqah Mohamad, Azman Mohd. Hashim, Datuk Nuhairi Rahmat, Mohd Jaffri Hussain, Mohamad Jani, Datuk Ahamed Basheer, Wan Azliana Wan Adnan dan Fyzul Adzwan Mustafa Kamal.

Menurut Armin, pembentukan GTA itu diasaskan oleh Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan matlamat untuk menyatupadukan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan pejuang-pejuang Melayu di bawah satu gabungan.

Idea itu, dakwanya mendapatkan sokongan namun sayangnya GTA tidak sempat didaftarkan kerana PRU-15 diumumkan lebih awal.

Biarpun Mahathir kesal apabila Pejuang tidak diterima rakyat dalam pilihan raya lalu namun semangatnya tidak luntur kerana GTA masih diterima baik.

“Tetapi Pejuang pulak tarik sokongan ada di pihak Pejuang Muda tidak setuju dengan usaha memperkasakan GTA.

“Pejuang beria-ria mahu menjadi sebahagian daripada parti yang menyokong Pakatan Harapan (PH) yanh didakwa sudah establish (kukuh) dengan alasan untuk kekal relevan,” tambahnya.

Sebagai individu yang terawal dalam penubuhan Pejuang, Armin tidak menafikan beliau kecewa dengan tindakan parti itu.

“Sebab dari awal-awal lagi perjuangan Pejuang adalah untuk menyatukan orang Melayu dan menyelamatkan Malaysia.

“Kalau parti-parti Cina, waima apa pun jenamanya, mereka masih memperjuangkan bangsanya.

“Tetapi parti Melayu tidak konsisten, tidak setia dengan perjuangan mereka. Memang menyedihkan,” tambahnya lagi.

Ditanya apa reaksi Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Presiden Pejuang dengan tindakan 13 ahli ini, beliau berkata: “Tidak pasti”.

Malah, beliau mendakwa, setakat ini PH juga tidak menunjukkan minat terhadap Pejuang/

Armin berkata, dengan keputusan yang dibuat oleh Mahathir dan 12 yang lain bermakna usaha memperkasakan GTA akan dibuat.

“Tunggu pengumuman Dr Mahathir tidak lama lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARMIN BANIAZ CAPAI PENYELESAIAN DAMAI DENGAN AIM, HENTIKAN TINDAKAN MAHKAMAH

CAPAI PERSETUJUAN DENGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA (EDARAN SEGERA)

1. Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat pada 11.10.2021 dan 8.11.2021 yang mana telah dibuat membabitkan Amanah Ikhtiar Malaysia (“AIM”) di atas kapasiti saya selaku Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG.

2. Sepanjang perjalanan proses Mahkamah yang melibatkan perkara-perkara yang diadukan di dalam kenyataan-kenyataan media saya tersebut dan berdasarkan perkembangan terkini tindakan di Mahkamah tersebut, PEJUANG menerima penjelasan-penjelasan daripada pihak AIM dan dengan itu tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini dengan lebih lanjut.

3. Matlamat PEJUANG yang menjunjung nilai-nilai murni dengan berteraskan prinsip memerangi rasuah dan menolak kleptokrasi serta melaksanakan hak untuk bersuara bagi tujuan semak dan imbang ke atas pentadbiran dan pengurusan badan-badan Kerajaan, telahpun dilaksanakan selaras dengan sistem demokrasi negara ini.

4. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak AIM dan saya telah mencapai persetujuan dan persepakatan untuk menghentikan tindakan Mahkamah tersebut dan memfokuskan ke arah perkhidmatan kepada rakyat.

Sekian, salam hormat.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Mantan Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Mantan Ketua Biro Ekonomi Pusat
Parti Pejuang Tanahair
18.01.2023

Gerakan Tanah Air can improve welfare of Malays, unlike PAS


 'Gerakan Tanah Air can improve welfare of Malays, unlike PAS'Published:  Sep 13, 2022 4:50 PM

ADS
The Gerakan Tanah Air (GTA) pact can improve the economic standing and future of the Malay community - something Islamist party PAS failed to achieve, alleges Armin Baniaz Pahamin.

The GTA central executive council member said many require assistance after they were left economically devastated by the Covid-19 pandemic.




EKONOMI DAN MASA DEPAN ORANG-ORANG MELAYU LEBIH TERPELIHARA DIBAWAH GTA

 EKONOMI DAN MASA DEPAN ORANG-ORANG MELAYU LEBIH TERPELIHARA DIBAWAH GTA

  1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan jelas membuktikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak faham konsep dan matlamat penubuhan Gerakan Tanah Air tetapi lebih memberi fokus kepada pegangan kuasa, isu politik dan menyokong perasuah-perasuah dan penyalahguna kuasa.

  2. Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)di SMK Sultan Ismail. Mengikut beliau, Parti PAS tidak akan menyertai GTA dengan alasan GTA bukanlah daripada parti dominan dan telah pun mempunyai gabungan sendiri.

  3. GTA adalah gerakan orang-orang Melayu untuk mengubah nasib dan masa depan bangsa Melayu dan bukanlah satu permainan politik. Kemiskinan pasca pandemik adalah satu realiti dan hakikat yang perlu diterima dan diatasi, dan ia tidak mungkin akan selesai dengan sendirinya tanpa wawasan dan tindakan oleh kerajaan.

  4. Kalau Parti PAS mengutamakan ekonomi dan masa depan orang-orang Melayu, Parti PAS harus bersama dengan GTA dan bersama untuk mengubah landskap ekonomi bangsa Melayu.

  5. Di Kelantan negeri yang diterajui oleh Parti PAS, kitaran kemiskinan amat nyata dan tiada penyelesaian. Kebanyakan generasi-generasi muda terhindar dari kemajuan akibat kemiskinan. Anak-anak di bangku sekolah terpaksa membantu ibu dan bapa berniaga untuk mencari sesuap nasi dan tidak dapat memberi fokus dan tumpuan kepada sekolah dan pembelajaran. Ramai yang tidak sempat tamat pelajaran sekolah menengah atau tamat dengan keputusan peperiksaan yang lemah.

  6. Tanpa pengajian tinggi, anak-anak mereka akan mengalami nasib yang sama seperti ibu bapa mereka dan kitaran ini akan berterusan ke generasi-generasi akan datang.

  7. Struktur dan halatuju ekonomi negeri Kelantan juga tidak dapat menjana pendapatan kepada kerajaan negeri dan tidak dapat menjana permintaan untuk mewujudkan pekerjaan atau ekosistem perniagaan. Kerajaan Negeri terpaksa menggadai tanah-tanah balak dan mengeluarkan permit-permit menjual pasir yang tidak menguntungkan negeri Kelantan.

  8. Pentadbiran kerajaan negeri juga mengambil langkah yang mudah untuk mentadbir dengan menswastakan tempat letak kenderaan dengan caj bayaran dan denda yang jauh lebih tinggi dari negeri-negeri yang lebih maju. Caj-caj dan bayaran denda ini juga tidak menguntungkan kerajaan negeri tetapi lebih menguntungkan syarikat swasta itu dan

UNTUK EDARAN SEGERA

membebankan rakyat. Penswastaan ini juga mengurangkan peluang kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan hasil yang lebih.

  1. Peratusan tanah rizab Melayu di negeri Kelantan adalah yang tertinggi berbanding negeri- negeri lain. Walaubagaimanapun, kami risau apabila menerima laporan tanah-tanah rizab Melayu ini dengan jumlah yang agak besar, telah di pajak kepada golongan bukan Melayu dan bukan dari orang tempatan. Dengan jumlah tanah yang dipajak kepada golongan bukan Melayu dan bukan tempatan, peluang untuk orang-orang Melayu menjana pendapatan dari tanah-tanah negeri Kelantan semakin tipis.

  2. Oleh sebab itu, memartabatkan kuasa pembeli dan ekonomi orang-orang Melayu menjadi salah satu dari matlamat utama gerakan orang-orang Melayu di bawah GTA. Prinsip bersih, cekap dan amanah akan memastikan perlaksanaan yang telus tanpa rasuah, salah guna kuasa dan lebih berkesan. Penyatuan orang-rang Melayu termasuk ahli dan penyokong PAS dalam memperjuangkan ekonomi dan taraf hidup orang-orang Melayu akan lebih menjamin perubahan terutamanya dari segi struktur ekonomi.

  3. GTA juga di sertai oleh individu-individu dan NGO-NGO Melayu dari berbagai kluster. Pembabitan NGO dari 12 kluster berlainan ini dapat memberi impak yang besar kerana NGO tersebut adalah pihak yang punyai kepakaran yang relevan dan lebih peka kepada keperluan dan isu-isu industri. Kalau kebiasaannya NGO terpaksa membentangkan masalah mereka kepada Kementerian-Kementerian untuk dipertimbangkan, melalui GTA mereka akan menjadi sebahagian dari pembuat dasar. Ini akan menjadi pemangkin kepada struktur ekonomi baru yang akan diperkenalkan.

  4. Kami percaya ahli dan penyokong PAS juga sudah bosan dengan masalah air di Kelantan dan Kedah, dan mahukan sebuah Kerajaan yang mampu menanganinya. Jelas Kerajaan Negeri pimpinan PAS gagal untuk menggalas tanggungjawab ini.

  5. Perubahan hanya boleh berlaku melalui gerakan orang-orang Melayu yang bersatu.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Ahli Majlis Eksekutif Pusat |
Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair 13.09.2022





Pas sertailah GTA jika mahu martabat ekonomi orang Melayu – Armin

 

Pas sertailah GTA jika mahu martabat ekonomi orang Melayu – Armin

By Ainul Asniera Ahsan - 13 September 2022

KUALA LUMPUR – Kalau Parti Pas mengutamakan ekonomi dan masa depan orang-orang Melayu, parti itu harus bersama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan bersama untuk mengubah landskap ekonomi bangsa Melayu.

Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Armin Baniaz Pahamin mendakwa, GTA adalah gerakan orang-orang Melayu untuk mengubah nasib dan masa depan bangsa itu dan bukanlah satu permainan politik.

Menurutnya, kemiskinan pasca pandemik adalah satu realiti dan hakikat yang perlu diterima dan diatasi dan ia tidak mungkin akan selesai dengan sendirinya tanpa wawasan dan tindakan oleh kerajaan.
Di Kelantan, negeri yang diterajui oleh Pas, kitaran kemiskinan amat nyata dan tiada penyelesaian.

Kebanyakan generasi-generasi muda terhindar daripada kemajuan akibat kemiskinan hinggakan anak-anak di bangku sekolah terpaksa membantu ibu dan bapa berniaga untuk mencari sesuap nasi dan tidak dapat memberi fokus dan tumpuan kepada sekolah dan pembelajaran.

Malah, dakwa Armin, ramai yang tidak sempat tamat pelajaran sekolah menengah atau tamat dengan keputusan peperiksaan yang lemah.

”Tanpa pengajian tinggi, anak-anak mereka akan mengalami nasib yang sama seperti ibu bapa mereka dan kitaran ini akan berterusan ke generasi-generasi akan datang.

”Struktur dan hala tuju ekonomi negeri Kelantan juga tidak dapat menjana pendapatan kepada kerajaan negeri dan tidak dapat menjana permintaan untuk mewujudkan pekerjaan atau ekosistem perniagaan. Kerajaan Negeri terpaksa menggadai tanah-tanah balak dan mengeluarkan permit-permit menjual pasir yang tidak menguntungkan negeri Kelantan.

”Pentadbiran kerajaan negeri juga mengambil langkah yang mudah untuk mentadbir dengan menswastakan tempat letak kenderaan dengan caj bayaran dan denda yang jauh lebih tinggi dari negeri-negeri yang lebih maju. Caj-caj dan bayaran denda ini juga tidak menguntungkan kerajaan negeri tetapi lebih menguntungkan syarikat swasta itu dan membebankan rakyat.

”Peratusan tanah rizab Melayu di negeri Kelantan adalah yang tertinggi berbanding negerinegeri lain. Walau bagaimanapun, kami risau apabila menerima laporan tanah-tanah rizab Melayu ini dengan jumlah yang agak besar, telah di pajak kepada golongan bukan Melayu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Pas tidak akan menyertai GTA kerana gabungan itu bukanlah daripada parti dominan.

Oleh sebab itu, memartabatkan kuasa pembeli dan ekonomi orang-orang Melayu menjadi salah satu dari matlamat utama gerakan orang-orang Melayu di bawah GTA.

Jelasnya, prinsip bersih, cekap dan amanah akan memastikan perlaksanaan yang telus tanpa rasuah, salah guna kuasa dan lebih berkesan dan penyatuan orang-orang Melayu termasuk ahli dan penyokong Pas dalam memperjuangkan ekonomi dan taraf hidup orang-orang Melayu akan lebih menjamin perubahan terutamanya dari segi struktur ekonomi. – MalaysiaGazette

© all rights reserved
made with by templateszoo