Artikel ini disiarkan di DagangNews.com pada 18 Januari 2023. Pautan https://www.dagangnews.com/content/armin-baniaz-capai-penyelesaian-damai-dengan-aim-hentikan-tindakan-mahkamah-23209
Artikel ini disiarkan di DagangNews.com pada 18 Januari 2023. Pautan https://www.dagangnews.com/content/armin-baniaz-capai-penyelesaian-damai-dengan-aim-hentikan-tindakan-mahkamah-23209
KENYATAAN MEDIA (EDARAN SEGERA)
1. Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat pada 11.10.2021 dan 8.11.2021 yang mana telah dibuat membabitkan Amanah Ikhtiar Malaysia (“AIM”) di atas kapasiti saya selaku Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG.'Gerakan Tanah Air can improve welfare of Malays, unlike PAS'Published: Sep 13, 2022 4:50 PM
EKONOMI DAN MASA DEPAN ORANG-ORANG MELAYU LEBIH TERPELIHARA DIBAWAH GTA
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan jelas membuktikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak faham konsep dan matlamat penubuhan Gerakan Tanah Air tetapi lebih memberi fokus kepada pegangan kuasa, isu politik dan menyokong perasuah-perasuah dan penyalahguna kuasa.
Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)di SMK Sultan Ismail. Mengikut beliau, Parti PAS tidak akan menyertai GTA dengan alasan GTA bukanlah daripada parti dominan dan telah pun mempunyai gabungan sendiri.
GTA adalah gerakan orang-orang Melayu untuk mengubah nasib dan masa depan bangsa Melayu dan bukanlah satu permainan politik. Kemiskinan pasca pandemik adalah satu realiti dan hakikat yang perlu diterima dan diatasi, dan ia tidak mungkin akan selesai dengan sendirinya tanpa wawasan dan tindakan oleh kerajaan.
Kalau Parti PAS mengutamakan ekonomi dan masa depan orang-orang Melayu, Parti PAS harus bersama dengan GTA dan bersama untuk mengubah landskap ekonomi bangsa Melayu.
Di Kelantan negeri yang diterajui oleh Parti PAS, kitaran kemiskinan amat nyata dan tiada penyelesaian. Kebanyakan generasi-generasi muda terhindar dari kemajuan akibat kemiskinan. Anak-anak di bangku sekolah terpaksa membantu ibu dan bapa berniaga untuk mencari sesuap nasi dan tidak dapat memberi fokus dan tumpuan kepada sekolah dan pembelajaran. Ramai yang tidak sempat tamat pelajaran sekolah menengah atau tamat dengan keputusan peperiksaan yang lemah.
Tanpa pengajian tinggi, anak-anak mereka akan mengalami nasib yang sama seperti ibu bapa mereka dan kitaran ini akan berterusan ke generasi-generasi akan datang.
Struktur dan halatuju ekonomi negeri Kelantan juga tidak dapat menjana pendapatan kepada kerajaan negeri dan tidak dapat menjana permintaan untuk mewujudkan pekerjaan atau ekosistem perniagaan. Kerajaan Negeri terpaksa menggadai tanah-tanah balak dan mengeluarkan permit-permit menjual pasir yang tidak menguntungkan negeri Kelantan.
Pentadbiran kerajaan negeri juga mengambil langkah yang mudah untuk mentadbir dengan menswastakan tempat letak kenderaan dengan caj bayaran dan denda yang jauh lebih tinggi dari negeri-negeri yang lebih maju. Caj-caj dan bayaran denda ini juga tidak menguntungkan kerajaan negeri tetapi lebih menguntungkan syarikat swasta itu dan
UNTUK EDARAN SEGERA
membebankan rakyat. Penswastaan ini juga mengurangkan peluang kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan hasil yang lebih.
Peratusan tanah rizab Melayu di negeri Kelantan adalah yang tertinggi berbanding negeri- negeri lain. Walaubagaimanapun, kami risau apabila menerima laporan tanah-tanah rizab Melayu ini dengan jumlah yang agak besar, telah di pajak kepada golongan bukan Melayu dan bukan dari orang tempatan. Dengan jumlah tanah yang dipajak kepada golongan bukan Melayu dan bukan tempatan, peluang untuk orang-orang Melayu menjana pendapatan dari tanah-tanah negeri Kelantan semakin tipis.
Oleh sebab itu, memartabatkan kuasa pembeli dan ekonomi orang-orang Melayu menjadi salah satu dari matlamat utama gerakan orang-orang Melayu di bawah GTA. Prinsip bersih, cekap dan amanah akan memastikan perlaksanaan yang telus tanpa rasuah, salah guna kuasa dan lebih berkesan. Penyatuan orang-rang Melayu termasuk ahli dan penyokong PAS dalam memperjuangkan ekonomi dan taraf hidup orang-orang Melayu akan lebih menjamin perubahan terutamanya dari segi struktur ekonomi.
GTA juga di sertai oleh individu-individu dan NGO-NGO Melayu dari berbagai kluster. Pembabitan NGO dari 12 kluster berlainan ini dapat memberi impak yang besar kerana NGO tersebut adalah pihak yang punyai kepakaran yang relevan dan lebih peka kepada keperluan dan isu-isu industri. Kalau kebiasaannya NGO terpaksa membentangkan masalah mereka kepada Kementerian-Kementerian untuk dipertimbangkan, melalui GTA mereka akan menjadi sebahagian dari pembuat dasar. Ini akan menjadi pemangkin kepada struktur ekonomi baru yang akan diperkenalkan.
Kami percaya ahli dan penyokong PAS juga sudah bosan dengan masalah air di Kelantan dan Kedah, dan mahukan sebuah Kerajaan yang mampu menanganinya. Jelas Kerajaan Negeri pimpinan PAS gagal untuk menggalas tanggungjawab ini.
Perubahan hanya boleh berlaku melalui gerakan orang-orang Melayu yang bersatu.
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat |
Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair
13.09.2022
Pas sertailah GTA jika mahu martabat ekonomi orang Melayu – Armin
By Ainul Asniera Ahsan - 13 September 2022SEGERAKAN SIASATAN GESA PEJUANG KEPADA TAN SRI NOH OMAR SELAKU MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
1. Parti Pejuang Tanahair menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk segera mengambil tindakan dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat dakwaan terbaru dan semua dakwaan salah laku pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia.
2. Pada 26 Ogos 2022, pihak kami telah menerima satu laporan melalui pautan umum yang mendakwa timbul isu penyelewengan wang rakyat Amanah Ikhtiar Malaysia dan Koop Sahabat berhubung projek balak di Hutan Simpan Berkelah Jerantut Pahang 6,591.7 ekar bernilai RM40,738,520.00 dengan sebuah Yayasan di Pahang.
3. Projek balak tersebut didakwa tidak wujud tetapi bayaran telah dibuat. Projek itu sepatutnya mendapat pulangan RM7.0 juta sejak tahun 2018 tetapi sebaliknya Syarikat Gemalai Plantation Sdn Bhd (GEMALAI PRIMARY INDUSTRY SDN. BHD) terus rugi sehingga tahun 2021.
4. Parti Pejuang Tanahair telah mengeluarkan dua kenyataan media pada 11 Oktober 2021 dan 8 November 2021 untuk menggesa kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan salahlaku pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia berdasarkan laporan-laporan yang kami terima.
5. Sehingga kini, tiada tindakan diambil oleh kerajaan mahupun Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang bertanggung jawab keatas Amanah Ikhtiar Malaysia.
6. Sebaliknya saya di saman pada 17 Februari 2022 oleh Amanah Ikhtiar Malaysia melalui peguamnya Tetuan Kamarudin & Partners yang tentunya dibawah arahan mereka yang didakwa terlibat.
7. Dengan dakwaan terbaru ini, kami menggesa YB Tan Sri Noh Omar selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas dan bekerjasama dengan SPRM dan PDRM untuk mempastikan segala dakwaan penyelewengan dan salah laku di kenalpasti dan nama baik institusi Amanah Ikhtiar Malaysia dapat di bersihkan
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Pimpinan Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Pejuang
29.08.2022
DASAR-DASAR EKONOMI HARUS MENJADI KEUTAMAAN PADA PILIHANRAYA UMUM.
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
MALAYSIA PERLU MENSTRUKTUR SEMULA EKONOMI
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair berpendapat hala tuju dan ekonomi negara perlu distrukturkan semula supaya ekonomi negara dapat mewujudkan kembali berbagai permintaan barangan dan pekerjaan yang boleh memulihkan negara dari kemelesetan ekonomi. Ukuran untuk inflasi dan kemiskinan juga perlu dikemaskini kerana ianya tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat yang semakin terdesak dalam mengharungi kehidupan seharian.
2. Terkini, 288,000 rakyat Malaysia telah di isytihar muflis setakat bulan Februari 2022, 50,000 kontraktor telah gulung tikar dan 1.5 juta rakyat tergolong dalam kategori B5 yang dikenali sebagai ‘economically dead’ atau miskin tegar iaitu golongan yang tiada pendapatan, tabung simpanan dan tidak dapat meneruskan kehidupan harian.
3. Keadaan negara yang juga tidak dapat mengawal nilai mata wang ringgit dari terus merosot, harga barang yang semakin mahal dan ura-ura kadar faedah OPR akan dinaikkan, akan terus membebankan lagi kesejahteraan rakyat.
4. Masalah kemiskinan dan juga masalah pengangguran di negara kita berpunca dari struktur ekonomi yang tidak dipandu dengan baik dari segi hala tuju dan juga perlaksanaan. Malaysia gagal mencapai negara perindustrian seperti sasaran wawasan 2020 dan dengan industri perindustrian yang belum matang ini, hala tuju ekonomi telah dipandu-ubah, lebih menghala ke sektor perkhidmatan.
5. Akibatnya jurang kenaikan gaji bagi sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, semakin meningkat dan ini terbukti apabila ramai graduan profesional seperti jurutera tidak mendapat gaji setimpal dengan latar-belakang akademik, pengalaman dan tugas kerjanya. Jurutera siswazah dilaporkan menerima gaji statik dan tidak berubah semenjak hampir 20 tahun.
6. Jurang terbesar peningkatan produktiviti berbanding dengan kenaikan gaji pekerja dalam sektor perkhidmatan adalah yang paling ketara. Lebih merisaukan semenjak tahun 2020 dan pasca pandemik, sektor perkhidmatan telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang tinggi tetapi gaji pekerja yang dibayar semakin merosot.
7. Ini menyumbang kepada jumlah kemiskinan yang semakin meruncing dan ianya hanya boleh diselesaikan melalui penstrukturan semula ekonomi. Penstrukturan semula ekonomi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan akan mengambil kira faktor-faktor seperti:
i. Keselamatan makanan,
ii. Akses kepada pendidikan percuma yang berkualiti untuk masa depan negara;
iii. Perumahan mampu milik khususnya mereka dalam golongan B40;
iv. penstrukturan semula pendidikan untuk membuka peluang pekerjaan berpandukan permintaan ekonomi; dan
v. Teknologi
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia
Parti PEJUANG Tanahair
04.07.2022
KENYATAAN MEDIA
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA
RINGGIT LEMAH MENJADI PENGUKUR KEBERKESANAN PENTADBIRAN KERAJAAN
1. PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair menggesa kerajaan untuk bertindak segera mengawal nilai mata wang ringgit dari terus merosot. Dasar-dasar kerajaan dalam industri dan sektor yang terus bergantung kepada komoditi import perlu digubal untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.
2. Malaysia terlalu bergantung kepada barangan dan bahan mentah import dan nilai ringgit yang lemah akan melonjakkan harga terutamanya barangan pengguna dan mentah yang diimport. Pengguna akan dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi akibat dari peningkatan kos import.
3. Malaysia juga bergantung kepada bahan makanan import untuk bekalan domestik. Komoditi makanan ternakan seperti makanan lembu, ayam, itik, burung, ikan dan binatang peliharaan juga amat bergantung kepada komoditi import dan akan turut terjejas. Harga ternakan tempatan seperti daging dan ayam juga telah meningkat dan akan terus meningkat kerana kos makanan ternakan bergantung kepada import dan kos ini akan terjejas akibat nilai ringgit yang lemah. Kos sara hidup akan terus menjadi beban terutamanya kepada golongan B40.
4. Kebergantungan kepada barangan import tidak hanya terhad kepada komoditi makanan, barangan pengguna tetapi juga kepada industri berat seperti automotif kerana bekalan pengeluaran banyak di import. Walaupun PROTON belum memutuskan kenaikan harga susulan dari peningkatan kos bahan mentah, dua pengeluar kenderaan sudah pun membuat pelarasan semula harga beberapa model keluarannya setakat ini dengan harga meningkat sehingga tujuh peratus.
5. Malaysia bukan sahaja bergantung kepada komoditi dan makanan import tetapi juga bergantung kepada tenaga kerja import dan beroperasi dalam ekosistem kartel yang memonopoli keluaran barangan tertentu seperti gula, minyak masak, beras dan lain-lain. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.
6. Banyak dasar-dasar yang perlu digubal demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh dasar larangan eksport minyak sawit oleh Indonesia sepatutnya diambil sebagai batu locatan untuk merancakkan industri minyak sawit tempatan. Malaysia perlu mengambil peluang untuk meraih semula pasaran dunia berikutan larangan eksport itu melalui usaha usaha yang difikirkan sesuai.
7. Semasa krisis mata wang Asia 1997/98, Tun Dr Mahathir mengubah dasar automotif negara untuk meningkatkan R&D dan Proton diarah untuk mengeluarkan enjin sendiri tanpa bergantung kepada enjin Mitsubishi dan Renault yang di import kerana negara terkesan teruk akibat susut nilai ringgit. Tun Dr Mahathir juga telah mengikat nilai ringgit pada kadar RM3.80 bagi setiap AS$1 untuk mengelak ekonomi negara dari parah terjejas.
8. Dasar, insentif dan program pada industri dan sektor yang bergantung kepada import seperti pertanian juga perlu di gubal untuk mengurangkan kebergantungan kepada komoditi import dan juga untuk memastikan bekalan dari keluaran tempatan mencukupi. Pada tahun 2020, Malaysia mengimport sebanyak RM55.4 bilion sayur sayuran.
9. Isu food bank negara juga perlu diberi perhatian yang serius. Sekadar mengeluarkan lebih banyak permit import tidak akan menyelesaikan masalah bekalan rantaian makanan tetapi akan menjadi pendokong kepada kos sara hidup yang akan meningkat semakin tinggi akibat nilai ringgit yang lemah.
10. Naik turun mata wang termasuklah mata wang ringgit adalah pengukur kepada kekuatan ekonomi dan kestabilan politik sesebuah negara. Apabila ekonomi sesebuah negara kukuh dan stabil, nilai mata wangnya akan meningkat lebih tinggi.
11. Sejak tahun 2015 ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, nilai ringgit mula jatuh sehingga lebih buruk daripada masa krisis mata wang 1997/1998. Di bawah pentadbiran kerajaan terkini, nilai ringgit terus merosot berbanding dolar dengan kadar sekarang sekitar RM4.34 bagi satu dolar.
12. Apakah pelan tindakan jangka masa terdekat kerajaan untuk mengikat ringgit, atau apakah pelan jangka masa Panjang dalam memperkasakan ekonomi negara? Adakah pelan-pelan menarik untuk pleabur dan dimanakah potensi Malaysia dalam sektor ekonomi dunia?
ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia
Parti PEJUANG Tanahair
11.05.2022